Selama ni, aku sebenarnya memendam sebuah rasa yang agak pelik. Puas difikir-fikir, adakah aku mengidam? Tapi tak mungkin pula, sebab apa kejadahnya aku mengandung? Aku bukannya ada melakukan hubungan intim tak tentu pasal apatah lagi hubungan sejenis.
Aku tak pasti sebenarnya. Yang aku tau aku amat gelisah dan tak tenteram bila aku terjenguk satu blogger ni. Entah macam mana, sejak aku tersesat ke blog beliau, fikiran aku sering terganggu. Puas aku fikirkan di mana aku pernah melihat wajahnya itu? Tergolek sudah, terlentang pun sudah, namun tetap tak dapat jawapan kepada persoalan itu. Wajah blogger tersebut selalu bermain di dalam fikiran aku. Seolah-olah aku pernah berjumpa dengan beliau. Dan seolah-olah kami sangat rapat dan akrab. Adakah aku pernah bermain kad UNO bersama beliau? Atau adakah kehidupan di zaman lampau? Itu tak mungkin kerana itu sangat mengarut! Pernah juga aku menggunakan khidmat seorang tok mudim untuk mencari penawar kepada perasaan aku tu, namun tetap tiada perubahan.
Gambar bukan gambar aku, sebab rambut beliau kelihatan sikit. Botak tengah agaknya. sumber gambar --> www.anarm.net |
Hampir setahun berlalu. Dan baru-baru ni aku telah mendapat jawapan kepada persoalan misteri tersebut. Hampeh! Hawau! Hampagas! Rupa-rupanya blogger tersebut adalah jiran sebelah rumah aku. Chit!!
Kantoi sudah aku. Rupanya beliau selalu juga terjah blog aku. Hadoi. Patutlah wajah tu macam pernah aku lihat. Rupa-rupanya tu lah wajah yang hari-hari aku jumpa bila keluar rumah untuk panaskan hati, eh, panaskan enjin motor.
Korang nak kenal tak? Jom beramai-ramai kita bersatu-padu dan menerjah blog beliau. Klik --> JIRAN AKU RUPANYA <--