" Anjing punya anjing!! Boleh pulak menyalak macam tu malam-malam Jumaat ni. Adoi!! Meremang terus bulu dada aku ni.",bisik hati aku.
Aku terus melewati kawasan perumahan. Rasa menyesal pula keluar malam-malam ni. Kononnya nak termenung menenangkan nasib lah. Hambekk! Lepas tu sendiri takut. Langkahan diteruskan. Sampai sahaja di depan sebuah rumah usang, secara tiba-tiba aku dikejutkan dengan kelibat berwarna putih di dalam rumah tersebut.
gambar rumah usang. sumber gambar --> http://beaufortparanormal.blogspot.com/ |
Entah macam mana, di dalam ketakutan yang teramat tu, aku mendapat satu kekuatan apabila teringat kata-kata seorang ustaz.
" Kalau kita berani, 'benda' tu akan takut kepada kita."
Berbekalkan satu keazaman yang sangat tinggi, aku terus melangkah dengan penuh bongkak. Kayu di tanah aku capai untuk dijadikan senjata. Tanpa memikirkan pro dan kontra, aku terus masuk ke dalam rumah tersebut.
" Siaplah 'kau'! Hari ni aku akan tunjukkan belang aku yang sebenar. Bersaksikan bulan dan bintang, kayu di tangan aku ini akan aku pacakkan ke kepala kau untk menghapuskan kau wahai syaitan!". Benar-benar aku berazam.
Tak sampai seminit keazaman itu termaktub, secara tiba-tiba aku terkejut dan terus tak sedarkan diri.
Keesokannya...
" Lu dah kenapa bro pengsan kat rumah usang tu?",soal mak aku sambil mengelap muka aku dengan kain basah.
" Anak mak yang kacak ni terkejut tengok kucing la mak. Kucing tu comel sangat. Rasanya baka parsi tu. Geram betul tengok. Tu yang terpengsan tu. Kalaulah tak pengsan, memang dah bawak balik bela dah."
Comel gila. Boleh buat orang pengsan. Sumber gambar --> http://kucing-parsi-untuk-dijual.blogspot.com/ |