Sesampainya di dalam kantin, aku telah disapa oleh seorang cikgu.
" Mat, tolong buatkan saya air nescaffe tarik secawan."
Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena langsung dengan ini ceritera. Sumber gambar http://gemiez.blogspot.com |
Pergh!! Di bulan ramadhan mulia sebegini, tergamak seseorang yang bergelar cikgu ingin mencabul kemuliaan bulan ini! Aku dah mula hilang sabar. Bila aku marah, pinggul aku ni automatik akan bergelek dengan sendirinya. Tangan aku pula terkapai-kapai di udara dengan begitu lembut, lentik dan mempersonakan sekali.
" Ohoooooohoii!! Kalau dah mata bertentang mata!! Di bulan ramadhan yang mulia ni kenapa cikgu tak puasa heyy!!",ujar aku secara automatik. Bukan niat aku untuk menyakiti hati cikgu tersebut, tapi ayat ni keluar dari mulut tanpa disengajakan. Minda bawah sedar.
" Mat. Rasanya dah dua tahun kita mengenali antara satu sama lain. Saya ni kan cikgu berbangsa cina. Awak lupa ke?",soal Cikgu Lim(bukan nama sebenar).
" Hahahahaha. Maaf cikgu. Maaf. Saya terlupa sebenarnya. Ok, cikgu tunggu sebentar! Tak sampai setengah saat, air tu akan terhidang depan cikgu. Cikgu duduk dulu."
Inilah dugaan dan cobaan bagi seseorang yang bekerja sebagai mat kantin. Selain menghadapi kerenah-kerenah pelajar dan guru yang macam-macam ragam, aku juga sering diduga ketika bulan ramadhan. Paling teruk diduga ialah setiap bulan ramadhan. Sebabnya, aku terpaksa berhadapan dengan lauk-pauk dan air yang dibancuh oleh aku sendiri untuk cikgu-cikgu bukan Islam ketika sedang gila-gila menahan lapar dan dahaga.
Same goes around. Eh, apa ni? Samalah yang aku rasakan ketika sedang membancuh air Cikgu Lim tadi. Kadang-kadang bila terpandang air yang sedang aku bancuh tu, aku terbayangkan yang aku sedang berenang-renang dan menari-nari di Sungai Klang yang sangat sejuk, BERSIH dan JERNIH sambil ditemani oleh beberapa ekor ungka yang akan menyuapkan aku ABC ataupun cendol. Pergh! Memang tak tahan. Itulah dia kenangan aku semasa memegang title mat kantin di bulan ramadhan.
Jadi, adakah korang pernah juga mengalami situasi sebegini di bulan ramadhan? Atau adakah lebih teruk daripada ni? Rasa macam best pula cerita tentang kenangan-kenangan suatu ketika dulu di bulan ramadhan. Korang tak nak cerita ke kenangan ramadhan korang??
semua org de kngan time pose mcm2 kot heheee ^_^ lawak..lawak..