Situasi pertama
Terdengar bunyi orang masuk ke jamban sebelah. Tak lama kemudian terdengar suara.
" Arghhh..."
Ok. Otak aku dapat tafsirkan yang beliau rasa lega selepas mengeluarkan najis mughalazah.
Situasi kedua
Terdengar bunyi suara mengerang kesakitan.
" Urghh!! Ighh!! Arghh!!!
Ok. Otak aku akan mentafsirkan yang beliau ni sedang terseksa meneran najis yang sangat keras dan besar. Rasanya lepas berjaya mengeluarkan tu, pasti luka dan pedih-pedih bila membasuhnya.
Situasi ketiga
Terdengar bunyi orang berlari laju-laju dan seketika kemudian terdengar pintu jamban dihempas kuat. Tak sampai sesaat selepas tu, terdengar pula suara rintihan.
" Alamak...."
Ok. Kali ni otak aku dapat tafsirkan yang beliau ni tercirit sebelum sempat buka seluar.
Situasi keempat
Terdengar bunyi.
" Prepp.......prepp......................prepp."
Ok. Otak aku dapat menafsirkan yang beliau ni sedang cirit dan seorang yang pemalu. Sedaya upaya mengawal agar bunyi kentut itu tak kuat dan najis tidak bersepai.
Situasi kelima
Terdengar bunyi pintu dihempas kuat. Selepas itu terdengar pula bunyi tali pinggang, zip, dan seluar yang dibuka secara kelam kabut dan kasar. Tak lama kemudian terdengar pula bunyi.
" Prepp!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Prepepeepepepepeepepep!! PrepP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Prepepepepepepepepeep!! Prepp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"Arghhh!!!
Pekat betul bunyi kentut. Siap keluar suara puas lagi. Baiklah. Kali ni otak aku dapat tafsirkan yang beliau ni sebelum masuk ke jamban, terseksa menahan cirit daripada bersepai dalam seluar. Dah sampai dalam jamban, memang sepenuh hati dan sepenuh tenaga beliau melepaskan hajat. Najis bersepai pun tak kisah. Janji dapat keluarkan sepuas-puasnya. Beliau ni bagi aku seorang yang selamber dan tak mempedulikan orang lain.
Bahgianya rasa kalau tandas awam sebersih dan secantik ni. Tapi aku rasa MEMANG tandas awam kat Malaysia sebersih ni pun. Sumber gambar --> http://ajinbgagah.blogspot.com/ |
Sebenarnya , macam-macam lagi tragedi ngeri yang berlaku dalam tandas awam. Takut nak cerita. Nanti hilang selera makan korang sebulan. Dan sebenarnya, dari dalam tandas awam pun kita boleh menilai perwatakan seseorang. Hahahaha.