Cerita Lawak : Hanis Zalikha Berlakon Filem

     Bercerita tentang Hanis Zalikha ni, siapa tak kenal beliau. Beliau merupakan seorang blogger yang sebelum ini aktif di dalam bidang permodelan. Kemudiannya tampil di dalam drama Sahabatku Jenab. Eh. Macam salah je tu. Sebetulnya drama Memberku Hawa. Dan kini beliau melangkah setapak lagi ke dunia perfileman. 

     Hebat tak hebat penangan aura gadis bernama Hanis Zalikha ini. Aku sendiri mengakui yang aku agak meminati beliau. Bila terpandang sahaja wajah Hanis Zalikha ni, secara automatik pipi aku blushing-blushing, bibir terjueh secara tiba-tiba, dan mulut aku akan berbuih-buih selama 3 minit. Gedik bukan? Rasa nak tampar-tampar je halkum aku sendiri.


hanis zalikha
Gangster celop. Filem terbaru Hanis Zalikha. Sumber gambar -> http://inibelogsaya.blogspot.com
     Bercakap tentang filem lakonan Hanis Zalikha ini, ramai pasti tertanya-tanya filem apakah ini. Baiklah, di sini aku akan menceritakan serba sedikit sinopsis tentang filem gangster celop ini.

     Sakidol Lenteng (Syamsul Yusof) merupakan seorang pemuda yang amat taksub kepada perkara-perkara tahyul dan sering bermimpi beliau akan bertemu dengan seorang gadis cantik daripada alam kartun.  Sementara Daniel Effendi (Kamal Adli) pula merupakan adik kembar Sakidol Lenteng yang telah terpisah semasa rumah mereka hangus dijilat api. Semasa kejadian, suasana sangat kelam kabut. Disebabkan terlalu panik, ibu bapa mereka telah menyerahkan mereka berdua kepada Encik Jantan Senteng (jiran sebelah kanan) dan kepada Encik Hadi Rayyan (jiran sebelah kiri). Tidak sampai 2 minit mereka menyerahkan anak-anak mereka kepada jiran, suasana kembali aman di mana kebakaran berjaya dipadamkan. Mereka mula menyesal kerana telah kehilangan ke dua-dua anak mereka setelah jiran-jiran mereka membuat keputusan untuk berpindah terus daripada situ after menerima anak angkat baru. 

     Setelah 20 tahun terpisah, akhirnya Sakidol Lenteng dan Daniel Effendi telah bertemu kembali. Namun pertemuan mereka bermula dengan babak pertarungan sengit di mana Sakidol Lenteng, pakar ilmu silat cekak telah berlawan dengan Daniel Effendi, pakar ilmu silambam. Jadi, apakah yang bakal terjadi kepada kedua-dua beradik tersebut? Manakala, siapakah Julia Melor lakonan Hanis Zalikha? Adakah beliau gadis cantik yang datang daripada alam kartun seperti yang didambakan Sakidol Lenteng? Sama-samalah kita saksikan kemunculan filem gangster celop di pawagam tak lama lagi.

     Baiklah, korang semua tertipu dengan sinopsis filem ni. Aku pun tak tau filem ni berkenaan apa sebenarnya. Hahaha. Tunggu je lah sinopsis sebenar yang akan keluar tak lama lagi. Hahaha.

     Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada Hanis Zalikha kerana berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan. Semoga terus sukses di dalam bidang yang telah diceburi. Tahniah Hanis Zalikha. Aku akan tetap menjadi kipas susah mati dirimu. Pergh!!  Ayat kaki kipas aku tampilkan di sini. Hahahaha.



P/S : Aku nak sangat berlakon watak seorang gangster, tapi watak tu tak sesuai kerana aku ni seorang yang sangat manja dan buncit. 

Dan kepada mereka-mereka yang tak tak faham apa itu maksud gomen dalam entri aku yang semalam, aku sertakan jawapan sekali.

gomen = government

    

{ 60 comments.. read them below or add one }

SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 14 July, 2012
Bila Filem Gangster Celop Tue Kuar Bro?? hahahah
Mek Onie Mek Onie 14 July, 2012
fuhhhh,pakat terjah panggung la sat g :D
are_lin@yu are_lin@yu 14 July, 2012
dh agk dh..knfirm xtlpas nama hanis zalikha dlm blog boni ni.haha..jom ajk hanis skli date ngn kita.haha..cptla apply nk tgk boni lk jd robocop mna lh tau blkon ngn hanis ka.haha
PCL PCL 14 July, 2012
terjah panggung nih sbb ada blogger belakon ..haaha kita bg sapot.., n kalau gangster hogkong mmg perut buncit yg depa cari..bro.
MIZZSEVEN MIZZSEVEN 14 July, 2012
macam bast jer cite tu
hazanis hazanis 14 July, 2012
hebat hanis zalika.....hehe
si kiut lavender si kiut lavender 14 July, 2012
sakidol lenteng..?HAHA

dah xda nama indah yg lain lagi ka depa nak buh...adeis..
Unknown Unknown 14 July, 2012
tengok name pun dah dengar pelik.
ingat boni tukar name dye jek.
mak aiyy..
sinopsis buatan sendiri cap go mey rupenyee..
hahahaha..klakalaa entry nie.
best best !
syafiqa syafiqa 14 July, 2012
statement lu manja sgt menyadiskan
hahaha
حاني رملي حاني رملي 14 July, 2012
adeh~ betapa gigihnya sy baca sinopsis dia dan agak dah nak percaya..rupanya tipu belaka..haihh geram betol..haha
Ezad Skytech Ezad Skytech 14 July, 2012
aq ingatkan betul la sinopsis tu..rupa2nya...ahhh..tertipu lagi...HAHA...

> kena terjah ni nanti..sbb ada Hanis Zalikha...haha~
zaxx zaxx 14 July, 2012
hahaha..terer tol bro wat sinopsis,hihiihi... hahah bro leh gk jdi pelakon sebab bro kan manja dan buncit (sambil bayngkan bro boni jd bapak Hanis Zalikha,) kuikuikui...
Unknown Unknown 14 July, 2012
aku nk baca doa selamat tu blh??hahaha
Mat Som Sadona Mat Som Sadona 14 July, 2012
Betapa bertuahnya sebuah nama yang selalu disebut di alam MAYA ini seperti Hanish Zalikha ini

Rasanya sudah tiba nama BONI meletup bak MAWI pada zaman kegemilangannya.
LidiaSuraya LidiaSuraya 14 July, 2012
Aduhhhh tertipu den ngan sinopsis tu.. Tp ada tokoh la jd pngarah pilemmm huhuhu
Yuliana Wahit Yuliana Wahit 14 July, 2012
boleh percaya gile kan dengan sinopsis tu. rupanya kena tipu.. hahaaa...
Aien Not Alien Aien Not Alien 14 July, 2012
boni...boni...boni.... *tumbuk2 dada boni* main2 ya sinopsis....terpercaya dah tadi taw..huhu
Lyaa Suriany Lyaa Suriany 14 July, 2012
caya lah hanis. berlakon filem lak
inche hlovate inche hlovate 14 July, 2012
ehh ape salahnye gengster buncit hihi
MAY MAY 14 July, 2012
tak lame lagi boni kacak plk dpt offer jd hero kg bukit beruntung..muhahahaha
AnonymousAnonymous 14 July, 2012
Bang kacak bila nak berlakon plak?
Azza Afdzal Azza Afdzal 14 July, 2012
cis ditipu rupanya pasal sinopsis tu...hadoii pnt hayati sinosis nya hahahaha...
maszull maszull 14 July, 2012
assalamualaikum boni....wah bila baca sinopsinya mmg best tapi tipu jer rupa2nya yer tapi kalau Boni nak berlakon apalah salahnya kalau ada oper sahut jer...:)
Unknown Unknown 14 July, 2012
wahh hebat hanis kan bro ,, ehem .. hang bila lagi nak berlakon ? hehe
Unknown Unknown 14 July, 2012
Assalam, hahaha... mcm2lah koe punya sinopsis nie Boni tapi syok juga baca... aku tengok banyak pula filem gangster yg keluar sekarang nie... mungkin sekarang nie musim Gangster ? hehehhe... Tak apa Boni boleh kuruskan buncit tu, pi Gym bersenam lawan dengan Uncle Ben... hahah...
mujagirl92 mujagirl92 14 July, 2012
alamak,,, kalau dah cantik,, memg rezeki mencurah laa,,, t kalau abang boni yang act baru muja gi serang panggung,, kih3
nasir hamzah nasir hamzah 14 July, 2012
best ni boni.. boleh pakat terjah tgok.. lagi kalo rakan blogger yang belakon..
AmyZana AmyZana 14 July, 2012
hahaha
awal2 bce mmg dah agak dah yg sinopsis tuh copyright sendiri semata2 ~.~
putryteya putryteya 14 July, 2012
Aku nak sangat berlakon watak seorang gangster, tapi watak tu tak sesuai kerana aku ni seorang yang sangat manja dan buncit.

ambooinyaaa ayat . HAHAHHA . XD
Arina Shamsul Arina Shamsul 14 July, 2012
chaits..ingatkan sinopsis betul la tadi..mmg celop rupanya..hahahaha..
onlajer onlajer 14 July, 2012
ada betul ke cerita ini boni aku tak tahu pun
miss Fyqa miss Fyqa 14 July, 2012
ahahaa..suka2 jer ngan sinopsis dia
tu.
Dkna Abza Dkna Abza 14 July, 2012
gila sengal sinopsis!! nak lepok jer kepala ko boni!!!! eeee.... sakit hati wey....menyesal baca entry nie...ahahahaaa
Aimacomel Aimacomel 14 July, 2012
rasa excited je nk tengok bila baca sinopsis cite ni, tp alahai tipah tertipu la.. nti dh kuar habaq mai na ;)
AnonymousAnonymous 14 July, 2012
macam biasa , ENTRY MENARIK ! ;)
Errah Najwa Errah Najwa 14 July, 2012
haha..bole la bt skrip ni nanti...nasib tadi de baca metro psal filem ni..
ZULHILMI TEMPOYAK ZULHILMI TEMPOYAK 14 July, 2012
memang la celop sgt...huhu
Cendol Cendol 14 July, 2012
boniiii!!! sinopsis buatan sendiri !!
hishh ye ye je aq bace!! haha pndai promote.nice entry
eva eva 14 July, 2012
hahahahah!! chehh!!
Pwincess Pwincess 14 July, 2012
Pandai naa buat sinopsis. Kekeke =D All the best to Hanis Zalikha.
Mr.She Mr.She 14 July, 2012
hahahaha abam boni! penat je bce sinopsis tu. siap pcaye lg. grrrr!

hehe
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 14 July, 2012
baca sinopsis tu pun dah taw boni tipu, hahaha

nama pun pelik2 :P
GojesYoja GojesYoja 14 July, 2012
memang nak tengok cerita ni nanti..tapi,,bukan sebab minat hanis zalikha..minat syamsul dato' yusof tu..huhu
Razil Tahir Razil Tahir 14 July, 2012
hahahaha lawak sinopsis...
Tak minat la movie syamsul yusuf... huhuhuhuhu

@are_lin@yu
Noor Maizan Noor Maizan 14 July, 2012
perasan juga hanis zalikha dalam cite memberku hawa tu.

ehh untunglahh dia dpt berlakonn...
aliza aliza 14 July, 2012
ooo ye ke.. akak x kenal ek.. keringgalan komuter btol akak ni
akhiyy akhiyy 15 July, 2012
cam kelakar je citer nih..hehe
Unknown Unknown 15 July, 2012
Kena cari pengarah manja dan buncit la kalau Boni nak berlakon.Haha
Ana Farhana Ana Farhana 15 July, 2012
she is talented person lorh..
Geng Borak Geng Borak 15 July, 2012
rancangan setengah jam aku.. bila ko nak tengok? heheehhe
Unknown Unknown 15 July, 2012
boleyh tak nak ckp..tak kenal pun spe hanis zalikha tu..haha..xD

lorh..sinopsis tipu ka.?boleh la kalau nk try2 jd penulis skrip..^^
Shida Radzuan Shida Radzuan 15 July, 2012
what??? hanis zalikha??
CIK TOM CIK TOM 15 July, 2012
ciktom suka tgk hanis zalikha..lawa+pandai plk tue..mmg pakej lengkap
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 15 July, 2012
tak sabar nk tgok..

saya pun minat dia :)
puanbee puanbee 16 July, 2012
jahat .......... eeiiii berkerut2 aku baca sinopsis rupanya merapu je hahaha ..
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 18 July, 2012
Ciss tertipu ! rasa macam nak korek2 aje hidung cik Boni nieh taw ! hahaha :P

*ADA FILEM BARU LAGI KAA ? waaa , yg sebelum2 nie pun tak tengok lagi..