Rasanya ramai dah tau aku ni menyara seekor kucing kan? Kucing yang aku jumpa tersesat berkeliaran dengan mata berdarah. Masa tu mak aku lah yang suruh aku ambil dia. Kesian tengok dia macam tu. Tak ada hala tujuan. Macam orang tak ada masa depan. Jadi, aku pun terus ambik dia dan menjadikan dia seorang lagi ahli keluarga kitorang.
Aku tak pasti samada cerita kucing ni ada orang minat atau tak. Disebabkan tak ada cerita, aku saja-saja up cerita si Putih ni. Hehe. Tak pasti ada yang berminat nak dengar atau tak.
Diam tak diam aku rasa dah dekat setahun Putih dengan kitorang. Macam-macam dia alami sampai masuk wad sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Tapi, makin lama, itu yang buat aku makin sayang pulak kat dia ni. Special edition. Otak bijak. Manja pulak tu. Sama macam tuan dia. Jom tengok port-port dia tidur jom.
Tidur kat sebelah aku. Port kegemaran dia sebelum ni.
Lepas tu beralih kat bawah ketiak aku. Katanya masam-masam manja. Dia suka.
Sekarang kat atas peha aku. Sedap betul dia jadikan peha gebu aku tu sebagai bantal dia kan.
Sekarang aku pulak yang nak tidur. Hahaha. Siaplah aku jadikan dia bantal pulak. Hahaha.
*sayangi makhluk ciptaan Allah kerana mereka akan mendoakan kesejahteraan korang bila korang menyayangi dorang.