Keputusan Penuh Harimau Muda Vs FC Ryukyu
Tadi telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee menentang kelab daripada Jepun iaitu Fc Ryukyu. Disebabkan hari ni aku tengok bola, jadi saja aku nak buat entri keputusan perlawanan tadi. Heh heh.![]() |
Kredit Astro Arena |
Perlawanan antara Harimau Muda vs Fc Ryukyu telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Harimau Muda. Keputusan berakhir dengan Harimau Muda 2 FC Ryukyu 1.
Harimau Muda 3 - 1 FC Ryukyu
Bagi aku, inilah bola sepak yang kita mahukan. Semua bahagian hidup. Tengah sangat menjadi dengan gandingan antara Irfan Fazail dan Nazmi Faiz. Kombinasi mereka menjana serangan yang sangat bahaya. Corak permainan yang ditunjukkan pemain Harimau Muda sangat cantik dan tersusun. Bagi aku, ini adalah permainan yang rakyat Malaysia mahukan. Hantaran-hantaran cantik berjaya dipamerkan dorang. Dan, jaringan tadi oleh Tamil Arasu dan juga Rozaimi membuktikan pasukan Malaysia ni sebenarnya tak ketandusan penyerang berkaliber. Barisan simpanan juga mempamerkan permainan yang bertenaga. Minum Tongkat Ali Power Root agaknya. Tahniah Ong Kim Swee.
*Kalau Ong Kim Swee masukkan aku tadi, aku berani jamin yang Harimau Muda mampu menang 24 -1. Aku boleh main kat bahagian Sharp Shooter dengan Ball Picker. Lepas tu, masa sekolah dulu aku Naib Setiausaha Kadet Polis tau.
btway tahniah utk harimau muda. aumm*bunyi rimau sikit* lol