Sembang Dengan Peribahasa


Tadi aku ke Putrajaya. Ada koreje sikit. Sebelum memulakan operasi, aku sarapan pagi tak berapa pagi kejap. Lokasi sarapan kat selera laman perdana
Tengah- tengah menyandarkan diri kekenyangan, dibantu dengan perut yang agak boroi tapi stylo ni, tiba-tiba aku tersengar dua orang lelaki berbual sesama sendiri sambil berjalan melintasi port aku.

"Kah kah kah!",dialog lelaki pertama.

"Dia suka baling batu sembunyi tangan.",dialog lelaki ke dua.

Aku yang mendengar perbualan dorang terus tersenyum. Masih ada lagi orang melayu yang bersembang menggunakan ayat-ayat peribahasa ni. Zaman sekarang ni susah nak dengar peribahasa-peribahasa ni digunakan. Terbaekk dua orang lelaki tadi. Tapi dalam terbaeekk tu ada juga yang tak baekk. Korang fikirlah sendiri. Heh heh.

"Bagai menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.",tegur aku kepada dua orang lelaki tadi... Tapi dalam hati je lah. Hahaha.

Jangan pelik dengan kehadiran gambar-gambar ni. Memang tak ada kena mengena pun dengan cerita ni. Hahaha.

Maksud peribahasa melayu kat atas tu :-

Baling batu sembunyi tangan :  buat jahat pada orang lain selepas tu berpura-pura tak tahu

Menarik rambut dalam tepung : berlaku bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah



{ 12 comments.. read them below or add one }

Akupenghibur.com Akupenghibur.com 20 December, 2013
husnuzon sahaja ^_^ bagus-bagus indahkan bahasa malaysia jika di pertuturkan dengan betul dan baik
Hana Hana 20 December, 2013
"Macam cantik jee...macam comel je..." itu peribahasa ka boni? :P

Peribahasa ni bahasa yang halus dan sopan. Dan paling penting membuatkan otak kita berfikir apa maksud sebenar peribahasa tu.hehe
Miss N™ Miss N™ 20 December, 2013
mmg ade kagi la guna la..heheh

mende ape yg pink tu boni??
Sarah Mohd Saleh Sarah Mohd Saleh 21 December, 2013
hahaha, itu laaa cerita pasal peribahasa tetiba ade gambar kedai makan bagai.pleks abam boni nih
Unknown Unknown 21 December, 2013
Yeah...:') Ingat lagi dlm exam pra dlu ada soalan psl peribahasa ni..dia suruh buat karangan..ahhaha
fairus fairus 23 December, 2013
KITA NI DAH IBARAT AUR DENGAN TEBING.. KAU PERASAN TAK? HAHAHA
Cik Itah Cik Itah 23 December, 2013
makin jarang orang yang guna peribahasa..
Afasz Afasz 23 December, 2013
boni suka kan wat entry cmni. tajuk lain gambar lain..
Cekgu Norazimah Cekgu Norazimah 23 December, 2013
CN dan cikgu2 lain suka bila borak2 selitkan peribahasa, lagi2 bila berborak dgn cikgu cina dan india, dlm masa yang sama, dorang pun akan belajar kembali peribahasa yang dah lupa ;)
KiD KiD 30 December, 2013
okay fine... datang putrajaya tak roger aku..