Apa yang buat aku rasa teruja nak pergi ni sebab aku nak tengok sendiri macam mana penulis-penulis dan pekomik-pekomik Indie menghasilkan karya mereka. Yang paling menarik sebab aku dengar yang ada antara karya-karya itu hanya dihasilkan dengan Potostat sahaja dan jual, namun tetap mempunyai peminat dan juga Follower tersendiri. Ok, itu unik. Walau kekacakan wajah aku sangat unik, tapi yang ni lebih unik.
Setibanya kat sana, suasana memang menarik sekali. Banyak perkara-perkara yang aku tak pernah tengok dapat aku tengok juga. Terutamanya buku-buku yang dihasilkan dengan hanya Potostat. Malas cakap banyak, jom layan gambar-gambar sekitar program KL FINE FEST ni.
Dan paling aku tak sangka, aku berjumpa dengan kembar aku. Bukan kembar adik beradik, tapi kembar nama.
Hidup terasa seperti tak lengkap kalau tak bergambar kan?
Menarik pada hari tu, salah sorang ahli Penyamun Inc. telah ketemu cinta yang dicarinya selama ni.
Inilah gadis yang berjaya mencairkan hati lelaki sasa tegap bermisai agak macho ni. Adakah gadis ni adalah jodoh Reja Mus? Hahaha. Jangan marah ye Cik penulis. Sebenarnya gadis ni adalah salah seorang penulis Indie juga.
Setibanya kat sana, suasana memang menarik sekali. Banyak perkara-perkara yang aku tak pernah tengok dapat aku tengok juga. Terutamanya buku-buku yang dihasilkan dengan hanya Potostat. Malas cakap banyak, jom layan gambar-gambar sekitar program KL FINE FEST ni.
Sini Ana Rafali ada buat Show, tapi aku tak sempat nak tangkap gambar. Aku dikepung oleh ratusan gadis-gadis yang sangat terpegun dengan kehadiran aku yang terlalu kacak ni bak lelaki Pan Asia. |
Ini lah antara ratusan karya yang aku cakap sebelum ni. Hanya dengan Potostat. Ini membuka minda aku untuk cuba hasilkan karya macam ni. Penulis Indie. |
Kalau tak salah aku, ni salah satu Indie Publisher. Geng Gelabah. |
Pengkarya sedang turunkan tandatangan kepada peminat. |
Objek ni aku sambar tiga. Sebab ada antaranya Bophairy a.k.a Chip Penyamun Inc. punya produk. Support produk member. Heh heh. |
Jangan main. Kaset pun ada. Nasib baik Walkman aku dah kena Pow kat Central Market dulu, kalau tak aku dah sambar dah. Heh heh. |
Pemain industri penulisan Indie mesti tau jenama yang terpampang tu. Ada LGA, TERFAKTAB, dan juga FIXI. Top jugak deme ni. |
Dan paling aku tak sangka, aku berjumpa dengan kembar aku. Bukan kembar adik beradik, tapi kembar nama.
Ini salah seorang penulis yang juga kembar nama aku. Kalau aku Boni Kacak, beliau pulak adalah Fikri Kacak! Terbaek bro! Sama-sama kita memperjuangkan nama Kacak ni di mata dunia. |
Ini buku Indie! |
Inilah hasil karya daripada gadis penulis tersebut yang bernama Serra Samz. Memang menarik buku ni. Aku dah baca sikit dah. Aku sarankan untuk korang beli.
Ok, setakat ni je lah cerita aku. Kalau korang terlepas Festival ni dan tak tau macam mana nak cari lagi buku-buku ni, jangan risau sebab akan ada satu lagi Event sebegini akan berlangsung tak lama lagi.
Apa lagi! Save The Date. Berbaloi pergi sini. Ada Ana Rafali lagi tu. Paling penting, cari buku Nama Ai Alusmitai "Lelaki Semuanya Sama!". Recommended!
Ini merupakan satu pengalaman baru pada aku. Dengan suasanan baru. Baru aku tau macam mana suasanan Indie ni. Selalu aku pergi Event Arus Perdana je. Bagi aku, ini pengalaman yang sangat menarik.