NIAT TAK BETUL MASA AMBIL RESULT SPM

Hari ni Result Spm dah keluar. Mesti macam-macam adegan yang menarik boleh dilihat sepanjang hari tadi. Mesti ada yang menangis gembira, mesti ada yang menangis kecewa, mesti ada yang gembira sebab dah habis sekolah dan mesti ada yang ketawa terbahak-bahak ejek kawan yang tak lulus. Yang pastinya pasti terukir berbagai-bagai emosi tadi.

Aku masa 13 tahun dulu masa nak ambik Result Spm langsung tak ada perasaan. Salah satu sebabnya aku dah tau SPM aku hancur lebur. Dah tau dah apa yang bakal aku tengok depan mata. Cuma aku Add On niat aku masa ambik Result tu. Antaranya :-

1. Usyar bekas awek aku kat sekolah tu.
2. Usyar awek yang aku suka masa sekolah dulu. Tu pun dari jauh.
3. Usyar awek-awek Junior sebab masa tu dah berani sikit dah nak menggatal. 
4. Test Market.. Mana lah tau dalam tempoh aku menunggu Result SPM tu, kekacakan aku bertambah sikit dari sebelum dan mampu menggoncang hati awek-awek yang memandang aku.
5.  Tunjuk matang sikit depan cikgu-cikgu muda yang belum kahwin lagi kat sekolah tu.

Bila aku kenang balik, rasa malu pulak kat kawan-kawan yang Success dengan cemerlang dulu. Yang aku pelik, aku bangga keputusan aku teruk. Unik betul aku ni.

Apa-apa pun, aku ucapkan jutaan tahniah kepada adik-adik yang cemerlang dengan jayanya dalam SPM tu. Kena ingat pesanan Senior ni. SPM tu sebenarnya hanya lah satu tiket untuk korang menempuh alam selepas sekolah. Lepas daripada ni, cabaran dan juga dugaan lebih teruk dan jijik daripada yang pernah korang rasa masa sekolah tu. Hati dan jiwa kena kental beb. Kalau tak, korang boleh tersungkur jatuh dan melantun-lantun ke udara dan tercampak lalu tersadai atas pokok kaktus. 

Jadi manusia yang berguna dan Skillfull. Skil tu penting untuk korang harungi kehidupan ni. Tak guna kalau korang hanya pandai teori tapi tak reti buat apa-apa pun. Sebab kalau korang terjatuh nanti, skil-skil tu lah yang akan membantu untuk korang bertapak naik balik. Hidup tu jangan main hidup je. Jangan hanya bersandarkan pada buku-buku yang korang baca. Kena banyak berpraktikal dalam hidup. Baru korang tau macam mana nak Survive di bumi yang serba mencabar ni. 

Yang memegang status pelajar berkeputusan SPM teruk lagi hina tu, jangan putus asa dalam hidup ni. Sebab belum tentu lagi orang-orang yang SPM teruk ni tak boleh Survive. Ramai dah yang jadi kaya raya dan jutawan walaupun belajar setakat SPM je. Yang penting skil dalam hidup tu. Kalau rasa dah tak nak dan memang tak minat belajar, terus je kerja. Perlahan-lahan kumpul pengalaman dan cukup masanya, gunakan pengalaman yang ada tu untuk bina empayar sendiri. Ramai je dah buktikan benda tu. Sebab tu aku cakap, skil tu penting dalam hidup. Terel dan hebat dalam teori saja belum menjamin masa depan yang cemerlang.



apa yang perlu dilakukan selepas habis spm, kehidupan selepas alam persekolahan, kehidupan selepas spm, apa yang perlu dilakukan jika keputusan spm teruk

Nak lagi menjamin masa depan korang tu, beli Tshirt ni banyak-banyak. Ngeh Ngeh.

apa yang perlu dilakukan selepas habis spm, kehidupan selepas alam persekolahan, kehidupan selepas spm, apa yang perlu dilakukan jika keputusan spm terukAku nak ambik kesempatan untuk ucapkan jutaan tahniah kepada Eyma Lydia sebab dapat 6A, 2B, 1C dalam SPM. Tahniah cik adik!


6 comments.. read them below or add one

I N A  A I N A A I N A A I N A A 03 March, 2015
Hahaha mengom la boni ni.. Apapun syabas untuk mereka yang dah berusaha yang terbaik untuk SPM 2014.. result tu semua belakang cerita... Kalau dah usaha sehabis mungkin, tapi still markah tak memuaskan, insyaAllah Allah akan berikan cahaya... Jangan putus asa
Unknown Unknown 04 March, 2015
Hahaha...ada juga macam ni kan.
Ambe dulu bukan main berdebar nak ke sekolah. Dok nampak bayangan apa yang bakal dapat. Takut + Seronok.
Nazlin Myblouseshop Nazlin Myblouseshop 05 March, 2015
zaman dulu2 best sb dapat tau date nak ambik result tu lambat. contoh mlm ni umum, esok keluar. so mmg berdebar.
skrg 2-3 minggu nak kluar result dah tau. so berdebar tu kurang ckit kot.
apapon tahniah buat 3 org anak sedara yg dapat result cemerlang utk spm thn 2014.
buat yg kurang berjaya, jgn putus asa. perjalanan msh jauh.
fairus fairus 05 March, 2015
SPM BUKANLAH PENGAKHIRAN..
KamilSalleh KamilSalleh 06 March, 2015
Gementar bercampur rungsing sebab anak sulong perempuan saya ada peperiksaan SZpM tahun ini, moga beliau dapat cemerlang nanti. Insya Allah...
coway malaysia coway malaysia 31 March, 2015
mesti sebab cuak nk main spm ..good luck