Aku Hampir Eksiden Lagi

Hari ni tengah-tengah hari dah buat aku angin. Sedang enak aku melayani angin panas bak angin tepi pantai kat atas motor di tengah-tengah Highway Utara Selatan, aku terkejut tiba-tiba. Bukan sebab ternampak perempuan kencing berdiri kat tepi Highway ataupun pasangan kekasih sedang berkaraoke dalam kereta, tapi aku terkejut sebab secara tiba-tiba aku kena himpit dan hampir eksiden...

Aku hampir eksiden lagi atas sebab yang sama macam sebelum-sebelum ni. Tak bagi Signal dan jugak tak tengok Side Mirror.

Spoil! Spoil My Mood And My Appetite! Dah lah buat aku terkejut, buat aku cemas, panik dan was-was secara mengejut! Deng!

Ko dari Lane sebelah tiba-tiba pancung masuk ke Lane kiri tak bagi Signal dan kemungkinan tak tengok Side Mirror! Deng! Kalau Signal rosak ke, ko boleh menjerit dari dalam kereta, "Aku nak masuk kiri! Aku nak masuk kiri!"

Ini tak! Dah lah tak bagi Signal atau apa-apa amaran, lepas tu terus masuk. Ingat otak aku ada sensor untuk berhubung dengan otak dia ke? Ingat aku tau ko nak tukar Lane ke?

Deng! Sikit lagi motor aku nak cium kereta dia. Apa lagi yang mampu aku buat selain dari tekan hon motor secara bertalu-talu. Nak tendang kereta dia, kang tiba-tiba badan dia sado pulak kang, aku yang tak cukup tanah nak lari. Jadi, hanya hon bertalu-talu je aku mampu lemparkan kat dia selain daripada jelingan tajam yang amat menyeksakan hati sapa yang memandangnya.

Aku tak faham ler. Susah sangat ke nak bagi Signal dan jugak tengok Side Mirror?? Benda senang. Basic dalam undang-undang jalan raya kot. Takkan lesen memandu lesen beli kot? Pikirlah, sebab korang punya kelalaian, orang lain yang jadi mangsa.

Alang-alang tu, meh aku buat kursus jangka pendek sikit.

punca-punca utama berlakunya kemalangan dan eksiden jalan raya, cara pemanduan yang berhemah,
sumber
Okeh, ini adalah Stick untuk Signal ye anak-anak. Ini bukan mikrofon untuk berkaraoke mahupun alat untuk Check suhu badan. Kegunaannya adalah untuk menyalakan lampu Signal kiri ataupun Signal kanan. Aku rasa ramai yang tak kenal lagi apa benda Stick ni.

punca-punca utama berlakunya kemalangan dan eksiden jalan raya, cara pemanduan yang berhemah,

Kalau nak menyalakan lampu Signal kanan, tolakkan Stick Signal tu ke atas. Maka, selepas itu, Signal akan menyala. Kalau lampu brek yang menyala, itu bermakna Stick Signal korang tu ada masalah pembawakan budak.

punca-punca utama berlakunya kemalangan dan eksiden jalan raya, cara pemanduan yang berhemah,

Kalau nak menyalakan lampu Signal kiri pulak, korang hanya perlu tekankan ia ke bawah. Bila mana ia dah tertolak ke bawah, maka lampu Signal kiri akan menyala. Jika yang menyala adalah pemetik api korang, itu bermakna korang tak tekan pun Stick Signal ni, tapi korang berhalusinasi kononnya korang dah pun menekan Stick ni. 

Maka, walaupun ianya nampak Simple, tapi ia nya sangat penting kerana ia sangat menentukan nyawa pemandu lain terutama penunggang motor yang kacak dan sado macam aku ni. 

Okeh, kita sambung belajar lagi ye anak-anak.

punca-punca utama berlakunya kemalangan dan eksiden jalan raya, cara pemanduan yang berhemah,
sumber
Ini adalah Side Mirror kanan. Bukan cermin untuk cerminkan muka korang semasa Make Up atau semasa sedang berasa kacak dan bergaya. Kegunaan dia adalah untuk tengok Lane sebelah kanan samada ada kenderaan lain ataupun tak. Side Mirror ni sangat Useless kalau korang gunakan ia untuk tengok kenderaan kat Lane sebelah kiri. Dan ianya sangat Useless kalau korang gunakan ia untuk Usyar samada gigi korang bertaik atau tak. 


punca-punca utama berlakunya kemalangan dan eksiden jalan raya, cara pemanduan yang berhemah,
sumber
Ini adalah Side Mirror kanan ye anak-anak. Sama jugak kegunaan dia. Untuk tengok samada ada kenderaan lain kat sebelah Lane kiri atau tak. Ianya sangat tak berguna kalau korang gunakan untuk mengintai awek atau balak yang sedang beli nasik lemak tepi jalan. 

Okay. Cukup lah kursus untuk hari ni ye. Harapnya korang dapat manfaatkan ilmu ni sebaik yang mungkin. Fikirkan jugak keselamatan pemandu yang lain sebab dorang pun ada anak-anak dan jugak keluarga untuk diberi makan.

punca-punca utama berlakunya kemalangan dan eksiden jalan raya, cara pemanduan yang berhemah, Kadang-kadang aku fedap dengan pemandu-pemandu yang lalai ni. Aku perati hari-hari. Selalunya yang bercakap dengan Handphone yang selalu bermasalah. Aku selalu berdepan dengan orang-orang macam ni yang selalunya hampir menyebabkan aku eksiden. 

4 comments.. read them below or add one

Sheila Adziz Sheila Adziz 16 December, 2015
Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin,,,,
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 17 December, 2015
yui dh pnh rasa cmu.. mmg skt hati!
Tieya Tieya 17 December, 2015
mesti masa kursus haritu dia tido kan... tulah x tau macam mana nak bg signal tukar laluan...