Makin Panas Kes Kota Raya

Baru lebih kurang 20 minit aku terbaca satu artikel kat Siakap Keli pasal kes pergaduhan kat Kota Raya. Makin panas kes kat Kota Raya tu. Kalau sebelum ni tercetus pergaduhan kat Low Yatt, kali ni Kota Raya pulak jadi sasaran. Yang menyerang tu pulak katanya daripada pembeli yang kena tipu.

video pergaduhan melibatkan pembeli dan penjual telefon smartphone handphone kat kota raya 20 Disember 2015, kes penipuan handphone kat kota raya,

Jom tengok video pergaduhan yang meletus kat Kota Raya petang tadi.


Okay. Makin panas cerita ni. Apa penyebabnya? Ini bukan cerita Best untuk penutup tahun 2015. Ini bukan cerita Charlie Caplin yang kelako. Dan ini bukan cerita pasal Jibby yang dua kali lagi kelako. Tapi ini adalah cerita yang tak berapa sedap didengar untuk tahun ni. Untuk tahun ni je dah berapa banyak kes buruk jadi termasuklah kes Low Yatt hari tu. Setahun pun belum sampai.

Masalah sekarang ni, para peniaga kat Kota Raya ni tak ambik iktibar ke lepas apa yang jadi kat Low Yatt sebelum ni? Kenapa masih lagi menipu pembeli?

biarlah ini yang Last. sumber

Pada pendapat aku sendiri, pembeli tak sepatutnya ambik tindakan sendiri. Kita ada undang-undang. Kesian jugak aku tengok kepala yang kena pijak dan kepala yang kena hentak tu. Kena hentak dengan helmet woo.  Bukan kena hentak dengan stokin. Kalau helmet Apollo boleh tahan lagi. Ni dengar bunyik pun dah tau bukan helmet Apollo. Betapa padunya hentakan tu. Sakit woo kena hentak dengan helmet, bukannya rasa sedap macam kena urutan tradisional mahupun kerusi urut Ogawa.

Tapi kalau ambik tindakan ikut saluran yang betul, adakah akan selesai dengan cepat? Aku rasa macam tak je. Kalau kes selesai dengan cepat, aku rasa situasi takkan jadi seburuk ni. Tengok je lah. Dah kecoh dah kedai tu sebelum ni, kenapa masih tak kena tutup lagi kedai tu? Kenapa lesen perniagaan dia tak ditarik sampai masih boleh beroperasi macam biasa? Sedangkan dah ada bukti dah yang kedai tu menipu. Pihak berkenaan, apa yang korang buat?

Kepada para peniaga pulak, berniagalah secara jujur. Itu bukannya benda yang susah. Kita semua tak nak benda yang sama berulang lagi. Cukuplah kes Low Yatt dan kes Kota Raya ni.

video pergaduhan melibatkan pembeli dan penjual telefon smartphone handphone kat kota raya 20 Disember 2015, kes penipuan handphone kat kota raya,

Dan kepada masyarakat awam, jangan jadikan isu ni sebagai motif untuk mencetuskan pergaduhan kaum. Pergaduhan antara kaum dalam Malaysia, sememangnya adalah sesuatu yang sangat-sangat buruk. Kita semua kena bersatu untuk mengelakkan benda tu terjadi. Hormat antara satu sama lain. Itu pun bukan benda yang susah nak buat. Ia bukan sesukar Najib meletakkan jawatan.

video pergaduhan melibatkan pembeli dan penjual telefon smartphone handphone kat kota raya 20 Disember 2015, kes penipuan handphone kat kota raya, Rakyat semakin menggila. Apakah ini disebabkan kos sara hidup yang semakin menekan-nekan rakyat? Tepuk dada tanya selera. 

3 comments.. read them below or add one

Ooh Deo Ooh Deo 21 December, 2015
Menipu la lagi.. tp nk tunggu siasatan macam hati boleh jadi makin panas..
AnonymousAnonymous 21 December, 2015
polis mana boleh pakai... 2.6 billion tetibe wujud dalam akaun pon dorang wat buta... setakat RM10000 ni pandai2 ko setel lah