Tapi semenjak poket sengkek ni, aku jadi amat Alert akan kehadiran Amount-Amount kat bil TM aku. Haha. Walaupun tiba-tiba ada cas Rm0.05, aku tetap akan telefon bertubi-tubi Tm untuk tau macam mana boleh terselit 5 sen tu dalam bil aku.
Ok. Sebelum ni aku main bayar je bil tanpa tengok apa kebende yang dicas kat aku tu. Gaya macam gaji RM20,000 je sebulan kan. Haha. Tapi lepas poket aku makin sengkek di tambah pulak dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan TM (contohnya servis lambat), aku mula jadi berkira dengan TM.
Baru-baru ni aku Check bil yang sampai dengan begitu teliti sambil terus mempertahankan sifat macho aku. Dan secara tiba-tiba aku ternampak butir lengkap panggilan STD kat bil TM aku tu. Lepas tu aku Check bil-bil yang lepas, semuanya ada menatang ni. Aku boleh je nak biarkan, tapi bila aku nampak dia cas Rm1 dan ada pulak GST menjadikan jumlahnya RM1.06, aku mula meroyan.
Mula-mula aku ingatkan itu jumlah cas untuk panggilan keluar yang aku buat. Tapi bila aku tersedar diri yang aku ni miskin, baru aku teringat yang aku tak pernah pakai pun telepon TM untuk call mana-mana.
Disebabkan aku ni remaja lelaki berdarah muda, perasaan nak tau tu makin menguat. Aku nak tau apa benda butir lengkap panggilan STD ni. Aku terus call TM.
Aku dimaklumkan oleh Operator bersuara lunak yang butir lengkap panggilan STD ni adalah cas untuk cetakan nombor-nombor yang kita call menggunakan telepon TM. Mak aih. Itu pun cas jugak ke? Setakat kertas dengan dakwat sampai seringgit lebih. Buat duit lebih lah dorang ni.
sumber |
Aku tanya dia boleh tak aku nak batalkan cas ni sebab aku tak pernah buat panggilan menggunakan telefon TM tu. Aku hanya pergunakan TM ni untuk internet Streamyx je. Kalau aku tak batalkan, aku lah rugi. Buta-buta kasi TM lagi kaya dengan bayar sesuatu yang aku tak gunakan. What is This? This Was Not Funny Anymore!
Betul tak tindakan aku? Aku tak pernah gunakan telefon hitam TM tu untuk call sesiapa walau Janna Nick dengan Elizabeth Tan sekalipun. Jadi dah tentu kat bil aku tak ada keluar nombor-nombor yang aku call kan? Bodohlah aku kalau terus bayar rm1.06 setiap bulan untuk benda yang tak sepatutnya aku bayar.
Buta-buta TM dapat dividen daripada aku. Sebulan RM1.06. Kalau dua tahun dah RM24. Kalau ada 10 ribu Customer macam aku yang tak pernah guna telefon tu untuk call sesiapa, bukan ke jumlah dia RM20 billion?? Hmm. Macam salah je kiraan aku tu. Abaikan. Point aku kat sini, buta-buta je bagi TM untung atas angin.
So, aku nak kena tengok bil bulan depan. Ada lagi tak Cas butir lengkap panggilan STD ni kat bil aku. Kalau ada lagi, aku terpaksa hantar memorandum kat Sultan Melaka ataupun Amran Fans untuk Viralkan lagi hal ni.
Kepada korang yang tak pernah pakai telefon TM tu untuk call sesiapa-sesiapa, baik batalkan je cas butir lengkap panggilan STD kat bil TM korang tu. Korang tak telefon sesiapa, jadi mana mungkin ada List nombor orang yang korang call kat bil tu. Kalau korang terus bayar, korang rugi lah kasi TM duit buta-buta.
Yang aku panas kat bahagian Billing ni, dorang dah nampak setiap bulan aku tak pernah call sesiapa, kenapalah tak call aku untuk suruh aku batalkan cas butir lengkap panggilan STD ni. Nasib baiklah aku ni peka orangnya. Selepas 2 tahun baru aku tau apa tu BUTIR LENGKAP PANGGILAN STD ni. Taik lah.
Yang aku panas kat bahagian Billing ni, dorang dah nampak setiap bulan aku tak pernah call sesiapa, kenapalah tak call aku untuk suruh aku batalkan cas butir lengkap panggilan STD ni. Nasib baiklah aku ni peka orangnya. Selepas 2 tahun baru aku tau apa tu BUTIR LENGKAP PANGGILAN STD ni. Taik lah.