Aku baru-baru ni dah terkena kali ke dua. Pergh. Kali ke dua di atas Highway yang sama. Aku syak syaitan di Highway tu tak suka aku. Hahaha. Kali pertama aku kena dengan motor aku sendiri dan kali kedua motor adik aku pulak. Apa benda lah malang berganda.
MACAM MANA NAK MENGESAN TAYAR MOTOR KITA BENGKAK
Macam ni lah aku pernah kena tapi lagi besar. Dah hampir meletup dah aku rasa |
Aku dapat tau tayar motor aku bengkak lepas kad cidb aku berkelip-kelip lampu merah. Hahaha. Tak tak. Aku gurau kasar je tu. Macam mana aku boleh tau tayar motor aku bengkak? Sebenarnya dua-dua kali kena tu, aku tak perasan. Atas Highway, memang Full Throttle aku bantai. Sebab nak bersaing dengan kereta-kereta yang gila laju. Kalau tak kena sapu aku dari belakang. Jadi, masa pecut dalam kelajuan yang tinggi tu, aku memang tak perasan pun tayar aku bengkak.
Mungkin disebabkan Allah bagi amaran kat aku, secara tiba-tiba aku hati aku terdetik nak berhenti kat RnR. Masa tengah Slow tu baru aku dapat rasa ada Something Going On Fishy On My Motorcycling. Aku rasa macam ada segumpal gula-gula getah yang sangat besar melekat kat tayar motor aku. Handle rasa terhentak-hentak. Bila aku berhenti je, aku mula rasa menyesal Full Throttle. Sebab Anytime je aku boleh bersepai cium jalan.
Kenapa aku boleh bersepai cium jalan? Tak mungkin kerana aku saja-saja terjun tiruk dari atas motor sebab nak uji keras tak keras kepala aku kan. Dah tentulah disebabkan tayar yang bengkak tu meletup. Haha.
Uish. Ni dah tahap kritikal dah ni. Takut aku tengok. Geli pun ada. Tapi ni bukan tayar motor. Ni tayar kereta sorong. sumber |
APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA TAYAR MOTOR BENGKAK
Lepas aku tau tayar motor aku bengkak, agak-agak korang apa yang aku lakukan? Lepas je aku tengok tayar motor aku tu bengkak, aku terus turun dari motor, aku pandang orang-orang sekeliling dengan pandangan yang sangat menyedihkan, dan aku terus menangis berguling-guling. Hahaha. Siotlah. Susah betul aku nak serius.
Ok, ni sebetulnya. Lepas je aku tau keadaan tayar motor aku tu, aku terus berhenti rehat dalam 5 minit sebab nak sejukkan tayar tu dulu. Tayar panas memang bahaya kalau korang teruskan perjalanan sebab Anything Bad Can Happen To You Darling. Tapi jangan pulak korang terpacak kat bawah panas matahari. Berkicap celah kangkang kang.
Agak-agak korang Ready dan yakin untuk teruskan perjalanan, korang pergi pancitkan sikit tayar korang tu. Jangan pulak sampai habis angin. Motor korang bukan motor masa depan yang boleh terbang. Jangan terlalu lembik. Sebab korang masih nak teruskan perjalanan korang. Korang pancitkan tu agar tekanan angin dalam tayar tu tak padat. Bila padat, lagi menekan bengkak yang sedia ada tu. Potensi dia nak meletup masa tengah bergerak tu lagi tinggi. Malu bai jatuh motor lagi-lagi kat sebelah pemandu gadis berbibir pink berkulit putih gebu. Bukan kulit je boleh tercalar, maruah korang sebagai lelaki yang Macho dan Cool pun boleh tercalar. Jadi pancitkan secukup rasa je.
Lepas dah pancitkan sikit tayar korang tu, korang terus bergerak perlahan-lahan menuju ke bengkel motor terdekat. Sebab lebih baik korang terus tukar tayar tu. Biarlah terpaksa keluar duit untuk beli tayar baru daripada korang terus gunakan tayar yang dah bengkak tu dan memperjudikan nyawa korang. Kereta kalau tayar meletup pun boleh berpusing-pusing sampai terbalik, inikan pulak motor. Motor korang pun bukan Transformer yang boleh bertukar jadi robot dan tangkap korang sebelum sempat korang cium jalan. Aku yang ada kad Cidb ni pun tak berani nak bawak motor tayar bengkak.
tips tambahan yang amat berguna aku selitkan. sumber
APA YANG MENYEBABKAN TAYAR MOTOR BENGKAK
Mengikut pengalaman aku Rider dari umur 15 tahun sampailah sekarang ni, selalunya terjadi pembengkakan tayar ni adalah disebabkan masalah mental. Haha. Adeh. Sorry Sorry.
Perkara yang boleh menyebabkan tayar motor atau kereta korang ni bengkak adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya :
1. Tayar dah terlampau lama dan lebih dari tempoh yang dihadkan.
2. Terlampau dan terlebih-lebih isi angin. Terlalu mengikut nafsu apabila isi angin.
Jadi, kalau korang memang jenis yang ada dua potensi ni, jaga-jagalah. Kalau tayar tu dah botak dan dah lebih tempoh masa, lebih baik tukar tayar baru. Jangan ego kononnya tayar tu masih lagi kuat dan boleh pakai lagi. Itu sangat bahaya. Biar duit melayang bro, jangan nyawa melayang. Duit boleh cari lain, tapi nyawa mana nak dapat bro?
Ok, dah banyak dah aku menaip ni. Setiap taipan aku menggunakan 2.4 megatroniod tenaga aku. Jadi aku dah letih. Bye.