Kalau TIME Boleh, Kenapa TM Tak Boleh?

Harga Pakej terbaru TIME ok. Tadi aku terbaca satu artikel tentang Pakej terbaru internet TIME.

TIME menawarkan pakej 300mbps dan jugak 500mbps dengan harga yang aku rasa tersangat jauh bezanya dengan pakej yang ditawarkan TM.

Oh ye, bukan je dengan pakej baru ni, tapi dengan harga pakej lama pun bagi aku masih terlalu jauh bezanya dengan harga pakej yang ditawarkan TM. 100Mbps dengan harga RM149 sebulan. Jauh bezanya dengan TM. Macam aku langgan pakej Streamyx TM YANG HANYA BERKELAJUAN 1mbps pun dah kena bayar RM117.40 sebulan termasuk dengan segala bentuk cukai. What The Fish! This Is Not Funny OK!

Jom kita tengok harga pakej yang ditawarkan TIME.

sumber
Jom tengok pulak harga pakej yang ditawarkan TM.

sumber


Jadi persoalan yang bermain kat minda aku ni, kalau TIME boleh kasi harga terbaik macam ni, kenapa TM tak boleh?? Masih lagi dengan harga yang kononnya lebih murah tapi kelajuan bapak ciput?? Dalam erti kata yang lain, kalau Compare dengan pakej kelajuan yang ditawarkan TIME, harga pakej yang ditawarkan TM BAPAK MAHAL! Cuba tengok perbandingan kat bawah ni.

TM : 1 MBPS - RM 116.60
TIME : 100 MBPS - RM149.00

Nampak tak beza dia??

Kalau TIME boleh tawarkan harga menarik macam ni? Kenapa TM masih lagi BAPAK MAHAL dengan kelajuan yang ciput?? Kalau tak boleh, boleh bagi sebab-sebab dan alasan-alasan yang kukuh tak?

Macam ni lah TM. Aku sendiri tak kisah pun untuk bayar rm150 sebulan asalkan aku dapat merasa internet kelajuan tinggi mimima 100mpbs. Sekarang bukan zaman internet bawah 50 mbps bro. Sekarang ni zaman dah makin canggih. Kelajuan internet sangat penting sekarang. Jangan lah masih di takuk lama.

Nasib baik TIME ni bukan kat semua tempat ada. Kalau tak, aku rasa seorang demi seorang pelanggan TM akan beralih arah. Walaupun suara awek-awek operator TM merdu dan sedap, tapi tu tak menjamin pelanggan-pelanggan TM akan sentiasa puas hati kalau kelajuan internet macam siput plus harga bapak mahal.

Jadi, aku menyeru agar TM dapat UPGRADE sistem yang bagi aku dah lohai dah. Dah tak relevan lagi dengan tahun 2016 ni. Zaman aku baru habis sekolah dulu bolehlah nak pakai internet lembab ni. Zaman sekarang ni, memang tak relevan dah. Macam mana aku nak layan video-video lakonan Janna Nick kat Youtube dengan tenang kalau asyik BUFFER je? Dem. Benda ni mendatangkan kemurungan pada aku setiap hari ok.


Aku boleh kemurungan kalau tak menonton lakonan Janna Nick ok. sumber
Aku harap sangat TM akan berubah menjadi lebih baik. Bukan masih di takuk lama dan tak reti nak berevolusi.

* TIME pakai FIBER tau. Bukan macam Streamyx sendu tu. Babun.


{ 14 comments.. read them below or add one }

Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 24 March, 2016
mm.. macam tu juga.. kenapa celcom blh beri kapasiti yng tinggi berbanding maxis.. hihihi
 ♥ aiNa yaZiD ♥ ♥ aiNa yaZiD ♥ 24 March, 2016
huhuhu tu la sama jugak mcm celcom n maxis. kikiki coverage TIME ni x smua tmpt ado..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan 24 March, 2016
Geram je tengok speed tu .. grrr ...
Tunsha Ayunie Tunsha Ayunie 24 March, 2016
Unifi 20mpbs tu memula je laaa laju... lelama slow cam babun gak.. ntah pape !
BinMuhammad BinMuhammad 24 March, 2016
Aku pun geram dgn TM ni... Nak upgrade dr 1mpbs ke 4mpbs pun line xsupport! Dok kat negeri paling maju nih! Unifi jangan mimpi le...
Muka marah! Muka marah! Muka marah!
Dunia Alam Dunia Alam 25 March, 2016
tunggu je area umah kalau dpt TIME
Ligwen Ligwen 10 May, 2016
Mereka tengah expand coverage ni.
Dekat Penang dan Johor dah banyak area ada coverage Time ni.
Rumah cousin I tengah guna Time ni kat Johor. 500mbps...
Ligwen Ligwen 10 May, 2016
TM sama ada coverage problem jugak ke?
Ingat mereka ada dpt cover banyak tempat.
[-(
jen jen 11 May, 2016
tm tu byk tmpt tak ada coverage
syed syed 12 May, 2016
kalau kat johor, mana satu lg best?
TIME atau TM?
atau ada apa-apa cadangan lain?
Ligwen Ligwen 12 May, 2016
Mesti la Time, Siapa tak nah service murah?
Lps tu, Time ni speed lebih cepat. Maximum 500mbps.
best la, jika area rumah dpt Time.
OztOzt 13 May, 2016
haha ye ke?
TM mana2 pun ada, cuma unifly byk tempat takde je.
Hanya dapat guna speed yang macam siput.
OZTOZT 13 May, 2016
Rumah aq dpt Time haha.
Skerangan tengah guna 300mbps, download hd movie baru sekejap je.
Kdg2 malas nak download terus stream online, tak yah tunggu.
Ligwen Ligwen 13 May, 2016
Sya jaga, dah langgan dengan Time berapa tahun dah.
Ari tu, baru dpt upgrade speed sya secara percuma. Happy XD
Service yg baik.