Punca Kenduri Kahwin Serabut

Kenduri kahwin sepatutnya adalah satu perkara yang sangat menarik dan meriah. Tapi ada beberapa hal yang tanpa kita sedar telah menjadikan majlis kahwin tu serabut.

Betul. Ni aku tak tipu ataupun bergurau sebenarnya. Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya ia boleh mengakibatkan sesuatu majlis perkahwinan tu jadi serabut, Ini pun di atas pengalaman aku yang memang dah pun bergelumang dalam arena pelamin sebagai pemasang pelamin, dah budak penanggah semasa aku Part Time Catering masa sekolah dulu.

punca kenduri kahwin serabut
Gambar sekadar hiasan. Majlis perkahwinan adik aku tahun lepas. 
Biasanya kalau Time kenduri kahwin, kita semua boleh nampak ianya akan serabut tang makanan. Selalu macam tu. Dan beberapa contoh yang aku alami sendiri pun banyak melibatkan makanan dan jugak Catering. Orang Malaysia ni kalau bab makanan, memang mudah melenting, mudah mengamuk. Nasib baik meja tak terbalik je sebab dorang mengamuk. Haha.

Apa yang jadi selalunya? Ok, yang jadi selalunya adalah seperti makanan kat atas hidangan tu habis dan tak diisi. Keduanya makanan habis. Nampak?? Hahaha. Pantang betul makanan habis kan.

kenduri kahwin
Jangan dipandang pada pelamin yang cantik tu, tapi pandang pada jejaka yang kacak gila tu. Nak nombor telepon tak?
Ok. Sambung balik. Selalunya yang menyebabkan benda ni serabut malah jadi sangat memeningkan adalah kerana campurtangan saudara mara dan adik beradik tuan rumah. Tuan rumah biasanya tak ada apa pun. Biasanya Cool je bebeh. Tapi orang lain yang selalunya meroyan seolah-oleh kena sampuk jin Idrus.

Ada je yang tak kena bila orang-orang Catering buat kerja. Tu tak masuk mengkuli batakkan orang Catering lagi. Pernah jadi, adik kepada tuan rumah tengking budak Catering sebab tak isi lauk kat meja hidangan tu.

Tu tak termasuk mintak Facebook awek Catering yang comel dan kenyit-kenyit mata kat dia. Ehh.. ok, ni abaikan.

Okeh. Macam ni lah. Budak-budak Catering selalunya dah buat yang sehabis baik. Kadang-kadang banyak perkara yang terjadi di luar jangkaan. Contohnya


  • tetamu yang datang melebihi daripada kuota jemputan. 
  • adik beradik tuan rumah dan saudara mara tiba-tiba jadi Bossy. Suruh tambah itu suruh tambah ini.
majlis perkahwinan
Selfie dulu. Kenangan kenduri kahwin adik aku ni.
Ok. Macam ni. Sebenarnya tak perlu pun korang kelam kabut. Bila korang kelam kabut, itu yang menjadikan majlis kenduri kahwin tu jadi begitu serabut. Budak-budak Catering biasanya dah tau apa yang dorang nak lakukan. Dorang dah dilatih, lainlah kalau korang buat gotong royong masak sendiri hidang sendiri. Tapi bukan dengan budak Catering. Dorang semua dah dilatih. Dorang dah tau apa nak buat, apa nak tambah. 

Bila korang tiba-tiba tak pasal-pasal jadi bos dorang suruh itu suruh ini dalam sedar tak sedar korang dah tambah kerja dorang. Skop kerja dorang tak pepasal bertimbun. Lepas tu janganlah salahkan dorang pulak bila pinggan meja tak berkutip, makanan tak diisi. Sebab korang tak pepasal tambah kerja dorang. Kadang-kadang kerja mengarut pun dorang kena buat. What is That?? This Is Not Funny Okay!

Lagi satu, bila tetamu melebihi kuota jemputan, memang makanan dari Catering tak cukup. Contoh korang Order makanan untuk 1000 orang dan korang jemput 2.6 billion tetamu. Apa korang Expect?? Hahaha. Masa tu memanglah terjadinya keadaan kelam kabut huru hara dan terjerit terpekik. Macam tengah perang pun ada. Haha. 

Kalau korang jemput lebih dari kuota, korang sendiri kena lah bersiap sedia untuk beli makanan lebih kat kedai. Jangan pulak korang tempah Masker untuk tetamu-tetamu yang lebih tu. Kang Viral kat Facebook pulak kang. Jangan pulak korang marah dan maki hamun pekerja-pekerja Catering, tak ada gunanya. Dorang tak bersalah langsung kot. Bayangkan pekerja Catering tu adalah seorang awek berkulit gebu berbibir Pink.. aduhai.. tak sampai hati aku nak tengok dia kena marah. Hati aku rapuh. Mudah rasa kesian tau. 

Jadi, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Perkara-perkara ni yang biasanya menjadikan kenduri kahwin tu jadi serabut. Budak-budak Catering tiba-tiba dibebani macam-macam tugasan yang mengarut, adik beradik dan saudara mara tuan rumah meroyan macam-macam dan makanan tak cukup disebabkan jumlah jemputan melebihi makanan yang ditempah. Dan yang selalu meroyan lebih ni... bukan tuan rumah.. hehe

Dan kepada Catering pulak, sentiasalah menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Bila dah buat yang terbaik, tetapi tetap kena maki hamun, bersabarlah.. kena kentalkan hati. Sebab tak semua orang merendah diri. Ramainya adalah manusia-manusia yang angkuh.

Kalau Catering tu memang bermasalah.. janganlah maki, tapi nasihat bebaik. Mungkin manusia boleh berubah dengan nasihat yang baik. 




 

{ 7 comments.. read them below or add one }

Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin 07 March, 2016
nasib baik abam utarakan hal nie..serius..hal kecik je pun tapi terus jadi serabut mabut!
Unknown Unknown 07 March, 2016
hehehehe.. ini perkara yang biasa jadi.. hehe
Unknown Unknown 07 March, 2016
hehehe.. memang betul. nampak macam hal kecik je kan, tapi effect dia sangat besar.
 ♥ aiNa yaZiD ♥ ♥ aiNa yaZiD ♥ 08 March, 2016
Ish.. sokong entry abam! hihihi.. ^^
Unknown Unknown 08 March, 2016
hahahahaha.. sokong jangan tak sokong.. hehehe :)
Izzati Suhaide Izzati Suhaide 10 March, 2016
Ok..sokong2..betol ape yg abg boni katakan..hihi