Antibiotik. Adakah Kita Benar Faham Fungsi Dan Kesannya?

Antibiotik. Adakah Kita Benar Faham Fungsi Dan Kesannya?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah. Aku kembali lagi bersiaran kat sini. Hari ni tak ada yang banyak nak aku ceritakan kecuali beberapa fakta yang aku baru ketahui semalam.

Semalam aku lepak dengan seorang pengusaha farmasi yang agak berpengalaman dalam bidang perubatan moden ni. Semua jenis ubat dia tahu. Macam-macam rupanya nama ubat yang wujud dalam dunia ni. Ada yang namanya macam nama makhluk asing pun ada. Sampai aku jadi bengong kejap semalam sebab nak hadamkan macam-macam nama ubat. Hampir pitam 3 saat aku.

apakah antibiotik
sumber

Semalam dia sempat terangkan tentang Antibiotik. Termasuklah fungsi dan kesannya. Aku agak tertarik tentang ni sebab selama ni aku tersalah faham tentang antibiotik ni.

Yelah. Korang mesti macam aku jugak kan. Kalau pergi klinik sebab demam, batuk dan jugak selsema, mesti akan mintak doktor untuk kasi antibiotik sekali. Sebab ikut pada pemahaman aku, antibiotik ni lebih cepat menyembuhkan kita punya demam dan sakit.

TAPI! Ternyata tu hanyalah TAHYUL dan FITNAH DAJAL je sebenarnya. (Hahaha. Tak pepasal Dajal terbabit dalam hal ni).

Sebelum aku terangkan kenapa pemahaman kita tu salah, jom kita kenal dulu apekebendenya antibiotik ni.

ANTIBIOTIK

  • Dijumpai oleh seorang saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928.
  • Antibiotik boleh dibahagi kepada kesan-kesannya seperti membunuh bakteria dan merencatkan pertumbuhan bakteria
Ok. Dua Point ni dah cukup buat korang paham rasanya. 

keburukan antibiotik
sumber
Kenapa kita salah faham selama ni? 

Antibiotik berfungsi untuk menghapuskan bakteria-bakteria dalam badan. TETAPI kita demam, batuk dan selsema pun seboleh-bolehnya nak mintak antibiotik kat doktor kan?? Sedar tak yang menyebabkan demam, batuk dan selsema tu adalah disebabkan VIRUS dan bukannya Bakteria??

Apa Function kita makan antibiotik untuk menghapuskan VIRUS?? No Effect At All. Ibarat korang mengorat Neelofa tapi pergi masuk minang Nora Danish. Apa kena mengena kan? Itu semua poyo!

Jadi lepas ni bolehlah SETOP untuk ambik antibiotik kalau demam, batuk dan jugak selsema. Dan jugak penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh jangkitan Virus. Virus ni akan hilang dengan sendirinya dalam badan kita dalam tempoh masa 7 hingga 14 hari. Tak payah dah gatal-gatal nak Apply Antibiotik. Even, kalau kena denggi sekalipun, doktor tak pernah kasi antibiotik kan??

kesan buruk antibiotik
sumber


Alah. Apa ada hal! Ok apa nak hapuskan bakteria dalam badan??

Hah! Itu yang kita silap tu. 

Antibiotik ni ibarat mesin rumput. Dia tak mengenal kawan mahupun lawan. 

Tau tak kita perlukan bakteria baik dalam badan atau lebih tepat lagi kat usus untuk kekalkan kesihatan dan menghapuskan bakteria jahat dalam badan?

Apa korang ingat Avenger je ada watak hero dan watak antagonis?? Bakteria dalam badan pun ada ye!

Nampak betapa ganasnya antibiotik ni?? Dia akan hapuskan sekali bakteria baik dalam badan kita sekali tau. Jadi bila tak ada lagi bakteria yang memegang watak sebagai Iron Man, Spiderman, Captain America, dan ahli Avenger yang lain, macam mana nak sekat serangan daripada bakteria jahat yang memegang watak sebagai Sarip Dol si gangster kampung?

Itu yang buat sistem imun badan kita jadi lemah selemah-lemahnya. Tak gangster lah kalau kita selalu sangat sakit. Tak guna wajah ganas tu kalau takde bakteria baik dalam badan.

SERUM MAWAR ZEETA


Lagi satu, andai doktor kasi kita antibiotik untuk penyakit yang disebabkan bakteria, doktor mesti suruh kita habiskan betul tak??

Sebab apa??

Sebab jikalau tak dihabiskan, bakteria jahat yang ada dalam badan kita akan bermutasi menjadi lebih kuat dan lebih kebal. Macam X-Men kan? Tapi itu lah hakikatnya. Jadi, untuk hapuskan bakteria yang bermutasi ni kita kena makan antibiotik yang lebih Powerfull. Ia akan berterusan sampailah takde lagi antibiotik yang berkesan lagi untuk badan kita.

Jadi, tepuk dada tanya selera.

Adakah korang akan sewenang-wenangnya akan ambik  antibiotik? Kalau aku, aku tak nak dah. Ia membunuh hero-hero yang ada dalam sistem badan aku ni. Kesian kat bakteria-bakteria baik tu. Kalau korang tengok pakai mikroskop, mungkin bakteria baik ni sangat menakutkan. Ibarat raksasa yang sangat buruk dan hodoh, tapi hati dia sangat tulus, suci dan murni.

RAKSASA MANJA

Nampaknya banyak ilmu yang aku dapat kutip semalam. Kawan aku ada Suggest kat aku untuk ambik Probiotik berbanding antibiotik.

Ada Suppliment Probiotik ni. Korang boleh Google. Kalau nak yang alami pun ada. Probiotik ni terdapat kat Yogurt, keju Cottage, Buttermilk, Kimchi, Nata De Coco dan jugak tempe.

Jadi, fikir semasak-masaknya sebelum mintak antibiotik kat doktor. Tanya bebetul doktor samada penyakit korang tu disebabkan virus ataupun bakteria. Kalau Virus, tak payahlah gatal-gatal bontot mintak antibiotik ni. Dan kalau bakteria sekalipun, lebih baik ambik Probiotik.


1 comment... add one now

Sue Sue 25 December, 2016
Kena ubah dah mindset. Tak boleh dah asal demam je mintak antibiotik.
Demam selsema biasanya viral infection je. So, jangan la marah doktor tau kalau tak dapat antibiotik.