Drama 7 Hari Mencintaiku Sangat Mendapat Sambutan

Drama 7 Hari Mencintaiku Sangat Mendapat Sambutan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Yeah! Aku diberi kerajinan lagi untuk menaip artikel kat sini!! Yihaaa! Kena ambik kesempatan ni di kala Streamyx tengah sihat walafiat. Datang gila dia, kadang-kadang sampai seminggu rosak. Lepas tu aku yang gila.

Ok. Hari ni aku nak cerita pasal drama Melayu yang sangat-sangat meletup-letup sekarang ni kat tv3. Petang ni episod akhir. Jangan cakap korang tak tau. Aku kikis lemak perut korang dengan kad cidb aku kang.

Ok. Kalau ada yang tak tau, aku bagitau. Hero dia dilakonkan oleh Syukri Yahaya yang memegang watak sebagai Khuzairi. Seorang doktor di klinik haiwan.. Eh, klinik manusia. Dan heroin pulak Siti Saleha yang memegang watak sebagai Mia Adriana.

Tak kenal siapa Syukri Yahya? Tengok gambar ni!


EHH!! Sorry-Sorry! Itu gambar aku. Adeh. Muka terlalu sama sampai aku sendiri tak dapat bezakan mana satu aku, mana satu Syukri Yahaya.


Ok. Ni dia Syukri Yahaya yang memegang watak sebagai Khuzairi.

drama 7 hari mencintaiku tv3
sumber
Ni lah heroin dia yang cun melecun tu. Siti Saleha.

Dah kenal? Cun! Tak kenal lagi, memang nak kena hiris lemak perut korang tu. 

Kenapa drama 7 hari mencintaiku ni aku cakap sangat laris di mata penonton? Tengok je kat News Feed Facebook lepas pukul 8, bersepah #7HariMencintaiku. Kepelikan apakah semua ni?

Janganlah pelik sangat tuan-tuan dan puan-puan. Jawapan dia sangat mudah! 
  • Drama adaptasi Novel ni aku boleh katakan yang terbaik sepanjang abad ni. Berbanding dengan sebelum-sebelum ni.
  • Pemilihan pelakon dan watak yang sangat-sangat sesuai dan tepat.
  • Mesej yang ingin disampaikan jelas dan tak serabut. Fokus pada satu mesej.
  • Dekat dengan jiwa dan hati penonton.
  • Pemilihan lagu latar yang mengimbau kenangan kita dolu-dolu
barisan pelakon drama 7 hari mencintaiku
sumber
Kenapa aku cakap adaptasi ni terbaik setakat ni?
  • Setiap babak disusun dengan cantik sekali dan setiap babak tu pasti akan meninggalkan memori terindah, gembira, geram, sedih dan sawan untuk penonton

Kenapa aku cakap pemilihan watak yang sangat tepat dan sesuai?
  • Setiap pelakon amat serasi dan selesa membawa watak masing-masing. Memang nampak sangat-sangat SuperNatural.
  • Walaupun watak Buntat nampak kaku sikit tapi tetap bagi kesan dan Effect sedih kat jiwa penonton sampaikan kecoh kat Facebook dengan #Buntat. Ape ke peliklah nama dia tu.Hahah.
  • Watak Pak Samad sangat-sangat menyerlah bila drama dah masuk ke Second Half. Makin menjadi-jadi dia terutama adegan dia mengamuk. Bagaikan amukan puaka. Bergegar-gegar kamera
  • Syukri Yahaya dapat menfizikalkan watak Khuzairi dengan sangat jayanya sekali. Mungkin jugak pengalaman bawak watak Raden Amzar dulu beri sedikit pedoman kat dia untuk memantapkan lagi lakonan sebagai seorang suami yang sangat penyabar dan penyayang. 
  • Siti Saleha. Aku Annoying gila dengan dia ni. Menyakitkan hati aku betul! Tapi bila dia dah berubah, timbul pulak kesian kat dia. Serius Shitty. Aku tak sangka Siti Saleha dapat bawak watak ni dengan sangat-sangat baik dan berkesan sekali.
  • Watak-watak pembantu yang lain. Walaupun hanya watak pembantu, tapi setiap daripada dorang telah buat yang terbaik sampaikan setiap pelakon memberi impak dan kesan kat aku sendiri. Sampaikan terngiang-ngiang watak dorang kat otak aku lagi walaupun watak tu dah takde dan tak muncul lagi.  

  • SERUM MAWAR ZEETA

Kenapa aku cakap mesej yang disampaikan tu jelas dan tak serabut.
  • Mesej dia Simple. Peluang kedua. Itu yang paling sangat-sangat nak ditonjolkan kat drama ni. Dan mesej tu jelas sampai dan berkesan! Tak macam banyak drama-drama Melayu yang lain. Serabut dengan berpuluh-puluh mesej nak disumbatkan dalam 1 drama. 
Kenapa aku cakap dekat dengan jiwa dan hati penonton.
  • Yang ni aku suka nak ulas lebih sikit! Kalau korang perasan kenapa kita suka tengok drama ni antara faktor utamanya adalah drama ni lebih berjiwa rakyat kat kita. Lokasi pengambaran peratusan besarnya kat kampung. Rumah pun rumah kampung. Kan ini ramuan terbaik untuk tarik penonton yang majoritinya orang melayu yang hidup sederhana je. 
  • Ini kalau tak, asyik-asyik disajikan dengan rumah banglo milik hero dan heroin, pejabat mewah milik hero dan heroin, kereta mewah melampau-lampau milik hero dan heroin. Terlampau nak menonjolkan kekayaan watak-watak dalam drama tu. Konflik pun konflik yang bertaraf korporat. Serius aku menyampah dengan drama-drama macam ni. Tapi nak buat macam mana kan. Ini syarat yang diinginkan oleh sesetengah stesen tv. Depa tak tau ramai yang menyampah.
  • Dalam drama ni pun sebenarnya berwatakkan Mia Adriana anak orang kaya. Tapi kekayaan harta benda dan wang ringgit apa lagi babak korporat aku rasa hanya ada 10% je dalam keseluruhan drama ni. Jadi, aku masih boleh terima dan maafkan. 

  • RAKSASA MANJA
Kenapa aku cakap pemilihan lagu latar membuat kita terimbas kenangan dolu-dolu.
  • Kalau korang perasan, muzik latar dia bila Part-Part sedih memang buat makin meremang. Kalau aku ni tak berjiwa dawai besi, memang dan melimpah ruah dah air mata aku. Mau sebaldi air mata aku keluar. Antaranya Lagu Exist Mengintai Dari Tirai Kamar, lagu Allahyarhamah Sharifah Aini (Aku tak ingat tajuk apa) dan semestinya Soundtrack sedih dari kartun Naruto. Betul kena pulak tu dengan babak yang sedih gila tu.
kenapa drama 7 hari mencintaiku sangat best
sumber
Jadi, setakat ni je lah perkongsian aku. Apa yang aku tonton dan apa yang aku rasa, itu lah yang aku simpulkan. Aku kasi tabik spring untuk pemilihan Novel ni yang telah diadaptasi jadi drama. Adaptasi kali ni bagi aku sangat-sangat berjaya dan terlalu Best untuk ditonton. 

Tolong kurangkan drama-drama yang terlalu menonjolkan cerita-cerita orang kaya dan berkonflik dengan konflik yang sangat korporat. Bila dah terlampau banyak, aku rasa mula meluat. 

Kitorang nak drama-drama yang macam ni. Lebih dekat dengan jiwa-jiwa kitorang ni. Jangan sampai aku keluarkan kad cidb aku dan buat drama pasal blogger kacak yang seiras Syukri Yahaya. Tak dapat diterima dek akal penonton kang.

6 comments.. read them below or add one

Gambir Emas Gambir Emas 22 December, 2016
Terbaik ulasan admin tentang cerita ni. Pengajaran drama tu yang penting. Aku pun sokong drama yang ikut realiti kehidupan mcm babak kat kampung .Kalau x asyik drama yang x realistik, kaya, banglo dan syarikat juta2. Apa2 pun aku terjebak dan dah tersuka tengok cerita ni sebab isteri aku selalu tengok.haha
Unknown Unknown 23 December, 2016
hehehe. drama-drama yang ikut realiti kehidupan ni yang lebih dekat dan sinonim dengan kita sebenarnya.. hehehe
ajax85 ajax85 23 December, 2016
yelah smpi anak saudara kecil pun ikut
kedai piala kedai piala 10 January, 2017
Citerr niee memang terbaikkk

Klik di disini http://www.kedaipiala.com/
kedai sticker kedai sticker 10 January, 2017
Saya setuju sgt ulasan citer nie...

Dapat sticker yg berkualiti dan murah di sini http://kedaistickerdotcom.blogspot.my/
GPS Tracker GPS Tracker 19 February, 2017
Muka awak agak memintak la En. Boni..Dipohon jangan buat muka ala mata sepet korea kena buang deerah..