Harap Tahun 2017 Penamat Kepada Jatuh Bangun Seketul Boni Kacak

2016 Bakal Meninggalkan Kita Untuk Memberi Laluan Kepada 2017

Assalamualaikum dan selamat jumaat semua. Alhamdulillah diberi lagi kekuatan untuk terus menulis artikel demi artikel untuk penghujung tahun ni.

Apa khabar semua? Harap semua sihat memandangkan sekarang ni memang tengah musim demam. Aku sendiri pun tak terlepas daripada diserang kuman-kuman puaka penyebab demam ni.

selamat datang tahun 2017
sumber
Macam mana dengan tahun ni? Adakah azam korang untuk tahun ni tercapai? Atau belum tercapai dan terpaksa bawak ke tahun ni??

Macam aku...azam dari tahun 1985 tak tercapai lagi. Apa tu? Azam untuk kahwin. Hahahaha.

Jadi apa perancangan dan azam korang untuk tahun depan pulak?? Adakah untuk menamatkan zaman bujang? Atau untuk memperkembangkan lagi perniagaan korang sampai berjaya menuju ke puncak? Ataupun untuk luku kepada bos korang?

SERUM MAWAR ZEETA

Kalau korang tanya apa azam aku, aku tak tau nak cakap. Apa yang aku tau dan lalui, aku selalu jatuh bangun jatuh bangun jatuh bangun sampai sekarang. Tapi alhamdulillah masih boleh Maintain hidup dan bernafas. Tapi kena Struggle sikit lah.

berusaha di dalam kehidupan
sumber
Cuma harapan dan azam aku untuk tahun depan aku tak jatuh-jatuh lagi. Macam-macam jadi dalam tahun-tahun sebelum ni termasuklah tahun 2016 ni sendiri. Antaranya terpaksa berhenti kerja sebab gaji kejap ada kejap tak. Projek tergendala sebab beberapa masalah-masalah teknikal. Segalanya serba tak menjadi untuk apa yang aku usahakan.

Tapi alhamdulillah. Aku masih kuat dan teguh berdiri. Masih lagi aku mampu Survive sampai sekarang. Cuma untuk tahun 2017 ni aku harap segala impian aku yang menggunung akan tercapai dengan jayanya. No More Pain. Tapi aku kena akui. Segala kesakitan tu menguatkan keazaman aku lagi sebenarnya.

Sisipan. Vlog terbaru aku. Jemput tonton. 

Jadi. Aku doakan agar apa yang korang impikan dan inginkan akan tercapai untuk tahun depan. Korang pun doakan aku ye. At Least aku nak jadi Somebody. Sekarang ni aku masih Zero. Belum jadi Hero. Bila aku dah jadi Hero perkara pertama aku nak selesaikan adalah hutang piutang aku. Heh heh. Tak rela aku bergaduh dengan kawan disebabkan hutang. Wish Me Luck!

Sekarang aku masih berbau taik. Masih dijauhi. InshaaAllah aku akan berusaha untuk jadi sekuntum bunga taik ayam. Eh.. taik jugak. Sekuntum Mawar. Sebab aku jurujual serum mawar zeeta yang kacak. 

4 comments.. read them below or add one

E'in E'in 31 December, 2016
semoga bertemu jodoh tahun depan.. aminnnnnnnnnnn
Unknown Unknown 03 January, 2017
happy new year cik itah :)
Unknown Unknown 03 January, 2017
amin.. terima kasih e'in :)