Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah aku dapat kembali ke alam maya selepas seminggu lebih ada gangguan perkhidmatan Streamyx kat kawasan aku. Agak memeningkan betul masalah aku ni sebab setiap bulan pasti akan ada masalah.
Ok. Aku tak nak bebel panjang pasal masalah aku tu. Jom kita terus tumpu kat MAHA 2016 yang berlangsung baru-baru ni.
sumber |
Kawan-kawan Facebook aku sendiri ramai yang turun ke Maha ni. Dan ada yang mengadu panas. Haha. Memang lah sana panas. Sebab dia kawasan terbuka yang sangat luas. Aku dulu pernah buka Booth kat Maha tapi aku tak ingat Maha yang keberapa. Kisah lama betul tu. Tapi panas tu adalah perkara biasa kalau kita terbabit dalam bidang Agroculture ni.
Masa aku buka Booth kat Maha dulu pun memang dah ramai betul pengunjung. Sesak. Rambang mata aku dengan awek. Tapi tahun ni lebih ramai yang datang memeriahkan suasana. Ditambah lagi dengan beberapa aktiviti menarik yang ditambah seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan juga festival muzik.
Apa yang menarik pada MAHA 2016 ni, kehadiran pengunjung dicatatkan seramai 3.7 juta pengunjung dan pembabitan belia pulak seramai 40%. Angka yang lebih dari sebelum-sebelum ini.
Angka ni jelas menunjukkan semakin ramai golongan belia mula membuka mata dan membabitkan diri dalam bidang Agro dan ternakan ni.
Mungkin ada yang hanya pergi dengan niat untuk berjalan-jalan mahupun cuci mata. Tapi apa yang aku boleh katakan, bila golongan-golongan belia ni ke MAHA 2016, pastinya dorang akan tertarik dengan benda-benda yang agak jarang didapati dan ditonton. Ini sekaligus dapat menimbulkan minat golongan-golongan belia ni secara tak langsung.
Apa-apapun, syabas dan tahniah pada penganjur MAHA 2016 yang terus menerus menganjurkan program secara kerap untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang Agroculture dan Horticulture ni.