Umbrella vs Zamani Slam vs Mahawangsa Band

Assalamualaikum to all peeps and my readers setia yang sangat-sangat aku sayangi.First at all,aku nak minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak update entri lately.Bukan sebab apa,bukan juga salah aku,apatah lagi salah jiran aku yang menternak sotong...tetapi ini semua adalah salah line internet yang sangat-sangat macam siput PIG.Nak buka satu page pun ambil masa selama 10 minit.Apa cerita?Lu bikin wa panas la internet.Tak pasal-pasal aku menanggung azab sengsara yang teramat.Kepada blogger-blogger yang BW dan menjerit dalam SHOUTMIX aku,aku minta maaf jugak sebab tak dapat membalas jeritan puaka itu.Semua ni gara-gara line internet."Salahkan ku jangan salahkanku."(Tiba-tiba Ajai keluar dari bawah meja aku sambil menyanyi).

Jadi,hari ni aku nak update aktiviti aku di hujung minggu lepas.Hujung minggu lepas adalah minggu yang sangat-sangat memberi kenangan terindah kepada aku.Alhamdulillah,semakin banyak pengalaman-pengalaman berharga yang aku dapat untuk dijadikan sumber inspirasi dan juga sumber semangat untuk aku lebih berusaha keras mencapai matlamat aku.

Firstly,aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Bro ZARUL UMBRELLA(vokalis kumpulan UMBRELLA)sebab beliaulah insan bertanggungjawab membuka jalan,menunjuk jalan,dan memberi peluang kepada aku untuk mengutip satu persatu pengalaman berharga beraksi di atas pentas.Aku masih ingat lagi pengalaman aku beraksi di laman santai Istana Budaya tahun lepas.Aku diberi peluang untuk menyanyikan lagu Ramalanku benar belaka sebagai opening show untuk kumpulan UMBRELLA.Dalam fikiran aku masa tu,"Biar betul?!!Aku perform bersama kumpulan UMBRELLA?!What The FISH!!Tak percayanya aku.Aku perform bersama satu band yang aku minati!".  Masa tu,aku rasa macam nak pengsan je.Tak sangka aku diberi peluang besar macam tu.Jadi aku ucapkan jutaan terima kasih pada Bro Zarul and KUMPULAN UMBRELLA sebab memberi peluang yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.Alhamdulillah,segalanya itu tidak terhenti sampai di situ.Tak sangka,ada lagi peluang-peluang yang hadir selepas itu.Yukk,kita layan gambar dulu.

bersama Bro Zarul semasa persembahan di laman santai tahun lepas.

bersama kumpulan umbrella

saat-saat ketika beraksi

beraksi lagi.

penonton yang sangat sporting tahun lepas.

Hari Sabtu lepas,kumpulan UMBRELLA sekali lagi perform di Laman Santai Istana Budaya.Kali ni,aku hadir pula sebagai jurukamera mereka.(walaupun tak berapa pandai,aku berlagak macam pothographer professional dari majalah mangga).Hahahaha.




perasan tak,gambar tahun lepas dengan tahun ni?Nampak kurus kan Bro Zarul.Hahaha.jeles ni.

BRO HAFIZ the guitarist
BRO SAIFUL the drummer
sempat lagi aku menggatal.Harharhar.
bersama Kak Maya Matahari dengan Aisyah AF7
rasa macam akulah lelaki paling gatal dalam dunia.Hakhakhak.

Ok,ni aktiviti aku masa kat Laman Santai Istana Budaya hari Sabtu lepas.Aku sangkakan aktiviti aku dah berakhir sampai kat situ,rupanya bersambung lagi.Aku diberi peluang pula oleh KUMPULAN MAHAWANGSA untuk menyertai mereka ke PESTA PENANG pada keesokan harinya.Mereka akan perform bersama Zamani Slam.Malam itu,secara menggilanya aku telah dilantik menjadi suara back up atau suara latar untuk Zamani Slam dan juga kumpulan Mahawangsa.Hahaha.Satu lagi pengalaman berharga aku kutip.Beraksi satu pentas dengan Zamani Slam dan Kumpulan Mahawangsa adalah satu pengiktirafan bagi aku sebenarnya.Walaupun watak aku hanya sampingan di atas stage,tapi aku mendapat satu pengalaman berharga yang sangat-sangat mahal.Beraksi bersama salah seorang lagenda di dalam Malaysia ini.Alhamdulillah,semakin lama semakin banyak pengalaman-pengalaman berharga aku dapat kutip dan pelajari di dalam kehidupan aku.

MAHAWANGSA BAND - dari kiri aku,BRO ALI,Zamani Slam,BRO ALAN,BRO SAIFUL,dan BRO HERRY
bersama Pizzto,peminat setia Zamani Slam dan Mahawangsa Band.
bersama Syaza.Juga peminat Zamani Slam dan Kumpulan Mahawangsa

Leh tak kalau aku buat-buat perasan dorang ni peminat aku??Hakhakhak.

Sebelum aku mengakhiri entri serius aku ni(jarang aku tulis entri-entri yang serius sebenarnya.Haha),sekali lagi aku nak ucapkan Special Thanks to Bro Zarul,Kumpulan Umbrella,Kumpulan Mahawangsa dan juga Zamani Slam kerana memberi peluang sebegini kat aku.Sedikit info,kalau korang nak jumpa vokalis Umbrella,korang boleh lah jenguk blog beliau.klik --> BRO ZARUL

Ramai yang tanya apa maksud JLL3 kat belakang nama aku ni.Sebenarnya ia adalah singkatan kepada Jangan Lupa Lirik Musim ke3 yang pernah aku sertai.Hahaha.Kalau korang perasan lah muka aku pernah kuar kat astro.Menang rm20,000 - rm18,00=RM 2000.Hahahahaha.

Bye bye bye...

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.










{ 9 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 29 December, 2011
@MZ
hahaha..best..peluang macam ni susah nak dapat..hehe..
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 10 January, 2012
hahaha baru aku tahu yg JLL2 tu Jangan Lupa Lirik...tapi tqvm pasal ko amik gambar Umbrellla masa kat Laman Santai tu
Unknown Unknown 10 January, 2012
@Zarul

hakhakhakhak..baru tau rupanya..tapi kadang2 boleh jadi Jangan Laju Laju , Jangan Lari Lari,dan Jejaka Lipat Lengan.hahahaha..kecik je hal tu bro..hehe..Nanti apa2 calling2 kalau ada event2 best lagi.hehe
maszull maszull 06 July, 2012
assalamualaikum boni....wah !!!menarik n bestnya dpt peluang bersama2 dgn bro Zarul...