Cerita Lawak : Detik Cemas Jamban Dibom Ketika Sedang Buang Air

gambar sekadar hiasan dalam




Assalamualaikum peeps, readers and all my friend. Selamat hari Saturday kepada korang semua yang masih lagi setia membaca blog miskin tegar aku ni. 


Jadi, hari ni aku nak berkongsi dengan korang satu kejadian di mana  pernah suatu ketika dulu jamban rumah aku dibom. Agak menyayat hati tapi memang itulah yang pernah berlaku.


Kejadian berlaku semasa aku sedang lepak bersama dua orang sahabat baik aku di rumah. Ketika itu kedua orang tua dan adik-adik aku pulang ke kampung bersempena cuti sabtu ahad. Aku apa lagi. Mengambil peluang dan kesempatan ini untuk berjimba sakan bersama Abdul Kudus dan juga Zamano Jehan. 


" Abdul Kudus! Zamano Jehan! Korang nak tengok citer apa malam ni? Aku nak keluarkan stok cd dari dalam bilik ni!",teriak aku dari dalam bilik sambil terkial-kial mengeluarkan kotak yang berada bawah katil. Ketika tu, penuh muka aku dihurungi lipas dan juga tikus. Lama betul stok tu tersorok bawah katil sampaikan binatang-binatang tu dah membiak sepuluh keturunan.




" Heh heh! Mencik mencik! Macam tak biasa pulak Boni ni! Heh heh!", sambung Zamano Jehan. Kakinya dihentak-hentak ke lantai. Terpacul tawa gatalnya ketika itu. Tangannya pula secara tiba-tiba menekup muka yang kelihatan kemerah-merahan. 


Abdul Kudus pula hanya melemparkan wajahnya ke kiri dan ke kanan sambil tersenyum sinis.


Setelah gigih berusaha bermati-matian mengeluarkan kotak itu, aku segera membukanya. Tiba-tiba bagaikan ada cahaya putih kekuningan bersinar terang benderang keluar dari dalam kotak tu.(Lebih kurang macam babak orang jumpa peti emas dalam filem. Bila bukak je peti tu, mesti akan keluar cahaya bersinar-sinar. Naik bosan aku dengan babak-babak macam tu!)
Dan kelihatan 4 keping cd yang sangat kami bertiga dambakan untuk malam itu. Wajah aku berubah seperti seseorang yang sedang lalok dadah secara tiba-tiba. Senyuman nakal terukir di bibir. Injap mulut aku bagaikan tidak berfungsi secara tiba-tiba hinggakan air liur meleleh-leleh dengan sendirinya. Mata kanan aku secara tiba-tiba bersinar. 



Dengan sepenuh nafsu syahwat, aku berlari keluar dari bilik untuk mendapatkan Abdul Kudus dan juga Zamano Jehan yang sedang menari tango. Di dalam tangan aku, tersergam 4 cd sebentar tadi. Setelah berjaya mendapatkan mereka berdua, aku terus melemparkan cd-cd tersebut. Tepat mengenai wajah mereka. Betapa bergayanya aku masa tu.


Aku menambah lagi kekacakan aku dengan bergaya seperti gambar si Conan di atas. Dengan berdiri tegak, tangan kiri di dalam poket dan tangan kanan menunjuk ke arah cd-cd tersebut.

" Itu adalah cd-cd terbaeekk koleksi aku! Seperti mana hebatnya aku, macam tu juga lah hebatnya koleksi-koleksi aku. Korang pilih yang mana satu korang nak tengok!",jerit aku dengan penuh keangkuhan. 

Abdul Kudus dan Zamano Jehan secara tiba-tiba melutut. Mereka berdua seolah-olah kagum dan terpesona dengan kekacakan dan ketampanan aku. Sambil-sambil itu, tangan mereka rakus meraba-raba cd-cd tersebut.

" Pergh!! Bahan-bahan kau ni terbaik bro!! Ada Naruto Shippudeen episod 5000, Ultraman Taro With 9 Friend, Power Rangers Will Go On pastu Geng Bas Sekolah!! Wow!!!!!! Terbaik bro!!",jerit Zamano Jehan sambil menangis teresak-esak.

" Apa??!!! Geng Bas Sekolah pun ada??!! Perghh! Terbaik!! Terbaik!! Pasang cepat bro!",sambung Abdul Kudus sambil badannya tergedik-gedik dan terkejat-kejat. Sekali pandang saling tak tumpah seperti Anita Sarawak yang sedang membuat persembahan di atas pentas.

Aku pun dengan menggilanya terus memasang cerita kami yang pertama pada malam itu. Geng Bas Sekolah. Malam tu benar-benar adalah malam yang sangat ceria bagi kami bertiga. Sehinggalah Abdul Kudus secara tiba-tiba sakit perut. Lintang pukang dan terkengkang-kengkang beliau berlari ke jamban. Seolah-olah ada lesung batu dalam jubur beliau.

Selang beberapa minit beliau ke jamban,secara tiba-tiba,

AAAAAAARRRRGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!

Bergegar rumah aku pada malam tu dengan suara jantan, garau, kasar, lari pitching, buruk dan sengau beliau menempik dan menjerit. Aku dan Zamano Jehan bergegas berlari menuju ke jamban. Kelihatan Abdul Kudus sudah tersadai di pintu jamban tanpa seurat benang pun. Beliau terlentang seolah-olah baru lepas di bom. Aku semakin panik dan cuak. Apakah yang terjadi pada Abdul Kudus di tengah-tengah malam itu? Gangguan makhluk halus? Bermacam-macam andaian timbul di dalam benak aku. Setelah berjaya mendapatkan Abdul Kudus, aku dan Zamano Jehan saling berpandangan. Kami berdua kehairanan. Tubuh badan Abdul Kudus dan keseluruhan jamban dipenuhi dengan najis Abdul Kudus. 

" Wahai sahabatku, apa yang terjadi sebenarnya?",soal aku sambil membelai lembut rambut Abdul Kudus.

Wajah Abdul Kudus kelihatan amat tidak bermaya. Sesekali beliau mengesat wajahnya yang dipenuhi najisnya sendiri.

" Taik aku.....taik aku terlampau keras dan besar. Bila beliau jatuh je dalam lobang mangkuk jamban, beliau telah menghasilkan satu ledakan dan momentum yang maha dasyat. Inilah hasilnya. Maafkan aku bro sebab kotorkan jamban kau."

Sejak daripada peristiwa itu, aku terus memutuskan silaturahim dengan Abdul Kudus. Disebabkan Abdul Kudus, rumah aku busuk selama setahun. Aku rasa seperti aku camping kat tepi loji kumbahan najis je.



BLOGGER TOP MENGETOP COMEY LOTEY LIKE STATUS AKU, PERGH.. TERPERCIK-PERCIK JERAWAT BATU AKU.


Nampak tak yang last tu? Lyssa Faizureen like status aku. Bangganya rasa bila blogger comel top tu sudi merajinkan jari halus comel dia untuk menekan button like. heh heh. Thanks Lyssa. Kepada korang semua, kalau nak kenal dengan beliau bolehlah klik --> Lyssa Faizureen.

Blog beliau pun sama comel macam dia. Dan paling penting best.


Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down? 




p/s - tak baik dan berdosa memutuskan silaturahim apatah lagi sesama Islam.

{ 23 comments.. read them below or add one }

SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 03 March, 2012
Hahahahaha...Kudus..Kudus...Kudus!!
Siooott Je..Huhu
Unknown Unknown 03 March, 2012
@SuparMan SuaRez

hahahahahaha..awalnye kau masuk..hahahahaha..
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 03 March, 2012
@Boni JLL3

Dah lama Dah Masuk Bro...Sempat Gi Menumpang Tido semalaman di sini..Hahahaha
Unknown Unknown 03 March, 2012
@SuparMan SuaRez

jadi..kau ke abdul kudus tu?hahahaha
Unknown Unknown 03 March, 2012
hahaha .. lawak ar bro .. memang dasar abdul kudus betul , berkudis aku baca entri nih .. muahaha ..
Unknown Unknown 03 March, 2012
@apix

hahahahaha..jubur aku dah bernanah dah taip entri sebenarnya ni..hahahaha
Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 03 March, 2012
haha... setiap kali baca asyik nak gelak jew.. hehe.. ;D terbaaaaaaaaikk...
iAmCekbolat iAmCekbolat 03 March, 2012
kahkahkah.. keras ><

#blushing
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 03 March, 2012
lyssa dah follow blog aku n twitter aku.. okbaii.. hahahahah XD
Unknown Unknown 04 March, 2012
haha..x hbs buat aku gelak ja...sempoi ar
NAL NAL 04 March, 2012
wow..memang meletup..haha
Unknown Unknown 04 March, 2012
@NAL

hahahaha..sememangnya meletup..hahaha
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 04 March, 2012
wahh retis la lepas ni..hee

blogger retis..ngeeee
Unknown Unknown 04 March, 2012
@Juliet_iRa~"

hahaha..tak ada maknanya retis ler..hehehehe
LYSSA FAIZUREEN LYSSA FAIZUREEN 04 March, 2012
amboihhhhhhhhh .... xD muehehe ^^
Unknown Unknown 22 March, 2012
hehe. untunglahhh lyssa like entry dia. hiks
Unknown Unknown 22 March, 2012
@Sha

tu sekadar tuah jer tuh.hehehe