Cerita Lawak : Jatuh Cinta Buat Pertama Kali Adalah Sesuatu Yang Terlalu Indah

Assalamualaikum kepada semua. Yang masih tak henti-henti menaip dan mensearch blog aku ni. Alhamdulillah, disebabkan korang yang masih setia membaca ni lah aku masih punya semangat untuk terus menaip dan merapu as usual. Tanpa korang, aku ibarat seekor harimau belang rongak tak bertaring dan tak berkuku memburu mangsanya.

Baiklah, hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku jatuh cinta buat pertama kali waktu zaman sekolah menengah. Sekolah menengah baru aku faham apa tu maksudnya cinta. Biarlah aku namakan gadis tersebut sebagai cik H. Cik H adalah pengawas sekolah dan berlainan kelas dengan aku. Cik H ni bagi aku mempunyai ciri-ciri gadis yang sangat aku gilai. Sopan, lenggok badan yang lembut waktu berjalan, malu untuk bertentangan mata, manis, dan taff.Erkk.




Masa dulu aku ni pemalu. Ni true story. Aku memang seorang yang sangat pemalu dengan golongan-golongan perempuan. Bukan setakat bertentang mata, nak kentut depan dorang pun aku kepit tak bagi bunyi. Tapi dalam masa yang sama, aku betul-betul sukakan cik H. 


Honestly, bila aku nampak cik H, jantung aku berdegup kencang. Sangat-sangat kencang. Masa tu aku tak faham lagi apa maksudnya. Dah baligh ni baru aku faham apa maksudnya. Jadi, disebabkan aku langsung terkelu bila tiba masa nak tegur, aku membuat keputusan untuk berkomunikasi melalui surat cinta dengan cik H. Berpucuk-pucuk surat cinta aku utus kat cik H. Namun satu pun tak berbalas. Tapi, dari segi body language , jelingan mata, dan senyuman cik H, aku dapat rasakan dia memiliki rasa dan perasaan yang sama kat aku yang kacak ni. Dulu muka aku macam David Beckham masa muda. Entah macam mana sekarang boleh tertukar macam Shahrizal Jaszle plak.  


15 MAC 1997


Pada tarikh yang bersejarah ini, aku membuat keputusan untuk bertentangan mata dan menegur cik H. Aku betul-betul nekad. Biar pun dibaling dengan taik sekalipun, aku akan terus menggagahkan diri untuk menawan hati cik H. Bagi aku, jikalau aku tak mengambil peluang yang ada ni, cik H akan melepas ke dalam tangan orang lain. Lagi-lagi ramai budak yang dah usyar cik H ni. Kalau aku lambat, silap-silap aku kempunan. 




9 APRIL 1997


Setibanya hari yang dah aku nekadkan, aku menunggu cik H masuk kelas. Memang aku dah agak yang cik H akan ditugaskan menjaga kelas apabila cikgu tak masuk. Kalau tak silap aku, minggu tu memang cikgu tak masuk kelas tapi aku tak ingat apa sebabnya. Mogok gaji agaknya. Jadi, bila aku nampak je kelibat cik H melangkah dalam kelas buruk aku, aku terus berdiri tegap. Aku berjalan terus menuju ke arah cik H yang berada di hadapan kelas.  Langkahan kaki diperkemaskan seolah-olah aku sedang berkawad sambil mulut aku bising menjerit, 'Kiri kanan kiri kanan!'.


Setibanya lebih kurang 10 meter dari cik H.


" Awak yang comel, cantik, manis, dan natural beauty tu! Saya yang kacak ni amat sangat sukakan awak tu! Tolonglah kapel dengan saya. Kalau awak kapel dengan saya, saya akan jemput awak pergi dan balik sekolah naik basikal tua saya! Saya jamin! Ini bukan janji tapi pasti!",teriak aku hinggakan kelas yang pada asalnya riuh tiba-tiba menjadi diam. Seketika kemudian, terdengar bunyi tepukan gemuruh oleh pelajar-pelajar yang lain dan diikuti pula dengan laungan mereka beramai-ramai yang menyebut, ' Terima lamaran itu! Terima lamaran itu! Terima lamaran itu!'.


Aku semakin bersemangat. Riak wajah aku serlahkan lagi dengan senyuman yang sangat manis dan berseri. Aku memandang cik H. Wajahnya terpamer satu senyuman. Aku pasti! Cik H memang jatuh cinta dengan aku! Dan dia pasti akan menyahut seruan cinta aku ini! 


Aku menjerit nama Khalijibin, rakan sekelas yang duduk bersebelahan aku. Dan tanpa banyak soal, Khalijibin terus melemparkan sejambak bunga dari sudut belakang kelas. Siap dengan pasu sekali. Dengan penuh bergaya, aku menangkap pasu tersebut menggunakan tangan kanan. Tapi sayangnya terlepas. Bersepai pasu tersebut kat muka aku. Berdarah hidung aku. Tapi aku tidak mempedulikan tragedi tersebut. Dengan tenangnya aku mencapai beberapa tangkai bunga yang terpacak di dalam mulut dan menghulurkan kepada cik H. Pergh! So sweet! 


Selepas itu, aku mengarahkan mata aku pula untuk memainkan peranan. Tanpa banyak soal juga, mata aku terus terkenyit-kenyit kepada cik H. Aku memandang lagi cik H yang kelihatan tersipu-sipu malu. Namun secara tiba-tiba cik H menoleh ke arah aku dengan satu senyuman yang positif. Dada aku semakin berombak kencang. Aku semakin berdebar. Dan secara tiba-tiba cik H mengambil bunga yang aku hulur dan menggenggam kemas tangan aku. Secara tiba-tiba pipi aku blushing tatkala cik H memandang aku dengan pandangan yang sangat indah. 


" Saya terima lamaran awak yang kacak ni. Mulai hari ni  kita akan kapel. Kita adalah pasangan kapel. Tolong catit di dalam diari awak ataupun buku biodata awak.Perhatian kepada semua pelajar! Hari ni bersaksikan korang semua, kitorang dengan rasminya adalah pasangan kekasih!",ujar cik H sebelum beliau membelai rambut belah tengah aku dan menyanyikan lagu memori daun pisang. Riuh kelas masa tu dengan sorakan daripada kawan-kawan yang lain. Beberapa ucapan tahniah juga aku terima daripada mereka semua.


Secara tiba-tiba...


Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek!


" Apa ni cikgu Zoragon??!! Kenapa tiba-tiba lempang saya?!",soal aku kebingungan selepas dilempang laju-laju oleh cikgu kelas.


Tiba-tiba pulak aku rasa nak sambung entri ni. Heh heh. Aku sambung yer.. Nak  tau apa terjadi, jangan lupa terjah episod ke dua kisah cinta aku ni. So Sweet habaq hang.

 bersambung....


Selamat Ulang Tahun Pertama Kepada Blogger Superb Sengal
 ---> AFZALSUKASUKI <---  Yang Jatuh Pada 16 MAC 2012. Semoga kau akan terus sukses dengan karya-karya Superb Sengal kau tu. Aku sentiasa support kau. 

Bonus For Today. Jom terjah blogger dibawah.


Klik --> CIK SHIEZUKA <-- 
Sebelum ni, beliau mempunyai blog dan boleh dikatakan blog beliau amat berjaya. Tapi secara tiba-tiba semua tu hilang secara tiba-tiba. Aku sangat-sangat bersimpati dengan nasib yang menimpanya.  Berhari-hari beliau menangis disebabkan kehilangan sesuatu yang disayanginya. Termasuklah Facebook beliau. Aku sangat memahami apa yang dirasakan itu. Sangat sedih apabila kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi. Yang dah kita abadikan ke dalam diri kita. Dan sekarang beliau terpaksa bermula lagi sekali dengan blog yang baru. Bermula dari zero. Jadi, jikalau boleh, aku harap korang dapat membantu beliau mempromosikan blog baru beliau ini. Tak salah kita membantu seseorang yang dalam kesusahan kan? Siapa tau, satu hari nanti mungkin kita juga akan ditimpa musibah seperti ni. Siapa lagi yang akan bantu kita kalau bukan kawan-kawan blogger sendiri.


{ 67 comments.. read them below or add one }

SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 22 March, 2012
Alololo...sweetnya Korang!! Jelez..hehehe

Cikgu Zoragon??? Cam Nama Akien Jak Tue Bro..Kuikuikui...
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 22 March, 2012
Hoho dahsyat Mr Boni ni,hehe cepat sambung entri!!!
حاني رملي حاني رملي 22 March, 2012
1997 saya baru 7 taon..hehe~
sambung cepat sikit ta sabaq ta sabaq..haha

ckgu Zoragon? hamboi kerlas=="
eila eila 22 March, 2012
bleh wat novel ni....
Unknown Unknown 22 March, 2012
kompem mimpi neh.. kannnnnnnn? hehe
D D 22 March, 2012
ahhh. wa tanak cayeeee!!
haha
AnonymousAnonymous 22 March, 2012
sedar pn rongak! H?? Hantu??
alamak..kelepek lak boboi ni..mane aci main sambung2 lak..dah syok layan memori daun pisang da td..adeh..

kesian cik shiezuka..huhu..simpati gak kt die..sape yg buat die tu..ampeh!
LidiaSuraya LidiaSuraya 22 March, 2012
Wawawawa indahnya detik melamar tp kn.. Mesti jeng jeng jeng... Hahaha x sbr nk tunggu sambungan ni..
m!3yr4h_LolLy m!3yr4h_LolLy 22 March, 2012
macam dah boleh agak jep ape next entry nanti. hehehehe. sweet gile la. auuuwwww
m!3yr4h_LolLy m!3yr4h_LolLy 22 March, 2012
macam dah boleh agak jep ape next entry nanti. hehehehe. sweet gile la. auuuwwww
FIFIEY LYCHEE MARATION FIFIEY LYCHEE MARATION 22 March, 2012
amboi, msa sekolah pun dh pandai bercinta ehh.. haha. sweet lah sangat kalau bagi bunga dengan pasu2 sekali.
AnonymousAnonymous 22 March, 2012
Oh, hampir saja gua klimaks didepan laptop. Malu gua bila laptop gua melihat dan merakamkan aksi2 gua ketika membaca entri lu. Peh! malu2!!
anamizu anamizu 22 March, 2012
perhhhh stylo nama cikgu tuh! hahaha
baik hang smbung cepat boni!
guwa punya kisah chenta pon ada gak
part..nak masuk part three dah..haha




luv,
cik ana
Crazy Dolphin Crazy Dolphin 22 March, 2012
hahahaha :D

selalu je buat orang gelak!

oh cepatlah ye sambung!

nak bagi bunga tu bunga je lah,pasu nak buat benda.hahaha :D
msredcheesecake msredcheesecake 23 March, 2012
Nyampahla drama bersiri ni... Len kali kalau nak wat drama bersiri buat satu episod je.... Nak kena tunggu bagai... Tak sabar dah nak tunggu ni....
Unknown Unknown 23 March, 2012
nanti ada jgk yg nak kena lempang..hehe,sejak bila ko pandai wat cita smbung ni...ni berdasarkn diari ko ape??hahaha
Ezad Skytech Ezad Skytech 23 March, 2012
haha...aq baru darjah 1 kot 1997 tu....tak kenal lagi apa tu cinta...haha...

> perghh...bunga siap pakej dgn pasu sekali tu...kah3~

> apesal pelik sgt nama cikgu tu...haha..CIkgu Zoragon..mcm nama alien dlm cerita Senario XX..haha...

> haa...cepat la sambung...menarik jugak ni..hee~
Yana Halim Yana Halim 23 March, 2012
cepat sambung wehhhh.... tak sabo nak baca nie...hehe
Unknown Unknown 23 March, 2012
Boni: tak tau nak cakap ape.. nak nages pun ade.. time kasih banyak2.. terima kasih.. x sangka sangat2, Time kasih tolong nurul..time kasih Boni.. ;)
Unknown Unknown 23 March, 2012
Mesti H tu cantik kan.. hehehehe..

nak sambungan dia.. ;)
Lea Isnawi Lea Isnawi 23 March, 2012
w0w...gile berani teriak mcm tu

kagum2
AnonymousAnonymous 23 March, 2012
hehe mcm baca cerpen dalam majalah ujang..
Unknown Unknown 23 March, 2012
hahaha , ada bakat nak jadi penulis novel super sweet . kah2 ..
ceklala ceklala 23 March, 2012
alaa...menci la dok buat sambungan2 ni sume :( cecepat skit yek smbg! tp mcm da bole agak ape ending hehe
Noor Fatin Noor Fatin 23 March, 2012
lor, berdebar2 pulakk. hahah cepat2 la sambungg, xsabar nak tauu!
Zaza Iman Zaza Iman 23 March, 2012
waahhhh...romantik jugak eh..haha
Zaza Iman Zaza Iman 23 March, 2012
waahhhh...romantik jugak eh..haha
AnonymousAnonymous 23 March, 2012
knp cik H..?? bukan Cik K..?? hehehe
AnonymousAnonymous 24 March, 2012
baling dgn pasu2 skli..hahahah..xagak2..


tamparan padu tuh..xsbar mnanti smbungan..
suzie rahman suzie rahman 24 March, 2012
salam...hahaha mcm david bekam n shahrizal erkk..tahu2 smbungan nya,mst tgh mimpi dlm kls.hahah
Unknown Unknown 24 March, 2012
@SuparMan SuaRez

nama penuh cikgu tu ialah... Cikgu Zoragon Mat Jali.. hahahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Liselle MonCherie

wohkey!! On The Way!! Just wait n see..hehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Hany Rara

wah..nampaknya umur kita beza 30 tahun..
Unknown Unknown 24 March, 2012
@eila

hahahaha..ingat nanti nak buat jgak.hehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Zakaria's daughter

tolonglah percaya padaku..hahahahaha
blog-tips-kurus blog-tips-kurus 24 March, 2012
patutnya cikgu tu simbah segayung air dulu. pastu baru lempang dgn ganasnya. hoho!
Unknown Unknown 24 March, 2012
@~diAhOntHeblOg~

hahaha..buat2 tak sedar diri ni..hakhakhakhak..tu lah..memang kesian sangat kat dia..cuba kita bayangkan apa akan jadi kat kita kalau kita alami nasib yang sama macam dia..pergh..sedih ooo
Unknown Unknown 24 March, 2012
@LidiaSuraya

hahahahaha..jeng jeng jeng apa tu??hahahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@m!3yr4h_LolLy

yeke leh agak da??hahahahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@FIFIEY LYCHEE MARATION

hahaaha..sweet..betul..tak tipu...
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Miziey

antara banyak2 komen, komen ko la yang paling jujur..macam hampeh.hakhakhakhakhak
Unknown Unknown 24 March, 2012
@anamizu kaito

wah..dia pun ada gak kisah cinta??hehehe..nanti nak try terjah ler
Unknown Unknown 24 March, 2012
@H.S

ntahnya..jom kita pakat ramai2 marah si Khalijibin tu..
Unknown Unknown 24 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

hahahahahaha..jangan la lompang den..sakit le pipi gebu den ni haa.hahahaha..kisah benar yang ditokok tambah sebenarnya..hahahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Ezad Skytech

ternyata jurang umur kita sangat jauh..lebih kurang 50 tahun..hahahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@yana halim

sabo jangan tak sabo..hehehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Nurul Akmal

it's sokay..kita kan kawan2..sapa lagi yang nak tolong kita kalau bukan kawan2 kan?? dah2..jangan sedih2 lagi k..chill!

hurm..sedap mata saya memandang..tak terlampau cantik tak terlampau hodoh..yang sedang2 saja..hehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Lea Isnawi

hahahaha..sebab terkejut..hehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@umie mia

hahaha..ada gak ke baca cerpen kat majalah ujang??hehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@shafiq

takut novel tu tak laku je..hehehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
ngeh ngeh ngeh.. pertama kali aku jatuh cinta.. yeahhhh...
Unknown Unknown 24 March, 2012
@ceklala

hahahahaha.da boleh agak gak??hehehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@NOOR FATIN

janganlah berdebar..kalau awak berdebar, saya lagi lah berdebar2..hahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@^_^ Zaza Nur Iman

hehehehe..kadang2 datang gak gile nak romantik tu..hahahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@cik Kartun

sebab masa tu tak kenal cik K lagi..hehehee
Unknown Unknown 24 March, 2012
@MaYa MustWany

jangan tak sabar..sikit je lagi..ehehehe
Unknown Unknown 24 March, 2012
@suzie rahman

waalakumsalam..hehehe..da agak gak?hahaaha.pasni nak kena carik idea lain la..hahahaha
Unknown Unknown 24 March, 2012
@wasabi onee-san

hahahaha..mee too..hakhakhakak
Unknown Unknown 24 March, 2012
@blog-tips-kurus

hahahahaha..lagi kejam..hahahaha
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 24 March, 2012
nama xtahan..entah2 nama benar khalijah tak?kekekeke ;p
Unknown Unknown 24 March, 2012
@Juliet_iRa~"

hehehe..macam mana H boleh jadi Khalihah tu ? awk ni lah.hahaha
Mawardi yunus Mawardi yunus 25 March, 2012
xpernah faham maksud cinta sebenarnya
Unknown Unknown 25 March, 2012
@MawardiYunus

mungkin satu hari nanti..hehehe
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 21 May, 2012
1997 ? ? ?
Umur Nurru baru 2 tahun.. haha