Cerita Lawak : Izara Aishah Breakfast Kat Tempat Aku.

Izara Aishah



Pagi-pagi buta aku dah kena kacau. Pagi-pagi buta dah kena gerak dengan mak aku. Ferhadun Jabaidon panggil aku katanya. Aku pun dengan langkahan yang betul-betul malas, bangun lah daripada katil. Taik mata yang berseketul kat mata aku biarkan je. Saja aku nak tunjuk kat Ferhadun Jabaidon yang beliau sememangnya mengganggu tidur aku di hari cuti umum ni. Dengan mata sebelah tertutup dek taik mata tu, aku pun membuka pintu rumah teres dua tingkat 100kaki x 10kaki aku ni. Kelihatan Ferhadun Jabaidon sedang tergedik-gedik kat atas pokok rambutan depan rumah aku. 

" Tolong aku Boni! Tolong aku!! Kerengga serang aku!!",teriak Ferhadun Jabaidon dari atas pokok. Seketika kemudian aku terlihat beliau terjatuh dari atas pokok dan terjelopok di atas motor Honda Cup milik atuk beliau. 

" Padan muka lu der! Hahahaha. Sapa suruh kau curi rambutan aku?!! Hah! Kau dah kenapa datang pagi-pagi ni Ferhadun Jabaidon? Tak reti-reti ni time aku beradu?",soal aku kepada Ferhadun Jubaidon sambil memijak-mijak kerengga di badan beliau dengan sepenuh hati. Tak cukup dengan tu, aku menikam-nikam kerengga di badan beliau dengan menggunakan pisau pemotong daging. 

Setelah habis kesemuanya aku musnahkan, aku menarik lengan Ferhadun Jabaidon hinggalah beliau dapat berdiri. Kelihatan badan beliau dipenuhi dengan darah yang berwarna merah. Terpancut-pancut di badan Ferhadun Jabaidon. 

" Darah kerengga agaknya.",bisik hati aku.

" Bro, aku datang ni sebab nak bagitau yang Izara Aishah tengah lepak minum kat kedai mamak depan tu. Pergh.. Kau kan peminat fanatik dia! Drama Vanilla Kopi tu kan?!! Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu!",terang Ferhadun Jabaidon sambil menyanyi dan menari Twist. 

" Apa kejadahnya kau ni Ferhadun Jabaidon?! Kau salah lagu tema lah!! Tu lagu drama Gemersik Kalbu nyanyian Aqasha! Bodo sombong betul kau ni! Mencik aku mencik aku!",sambung aku sambil menghentak-hentak kaki. Seketika kemudian aku menyuruh Ferhadun Jabaidon menunggu aku sebentar di luar sementara aku bersiap untuk pakai kemas-kemas dan wangi-wangi. Demi Izara Aishah.

Setelah membersihkan bedak sejuk di wajah, aku terus menanggalkan baju dan seluar satu persatu. Lepas je bukak baju, aku tertengok pulak cermin. Memang kebiasaannya aku akan mengambil lebih kurang 10 minit untuk menghayati bentuk tubuh badan yang sasa dan sedikit buncit ni. Lepas je puas dengan aktiviti tu, aku sarung tuala. Terus aku menuju ke dalam bilik mandi. Paip air dibuka. Aku membiarkan dulu tab mandi itu dipenuhi air. Lepas je penuh dengan air, aku mencicah air tersebut dengan jari kelingking. Beberapa ketika, aku mengesat mata dengan jari kelingking tersebut. 

" Done!",bisik hati aku sambil tergesa-gesa keluar daripada bilik air.

Kelam kabut aku buka almari untuk mencari baju yang paling kacak untuk dipamerkan kepada Izara Aishah. Setelah berpuas hati dengan pilihan hati, aku keluar berlari mendapatkan Ferhadun Jabaidon yang sedang enak tidur di tepi tong sampah. Beliau terlentang  di atas jalan yang dipenuhi dengan taik anjing. Dengan pantas dan efisiennya aku menerajang rusuk beliau sekuat hati untuk membangunkan beliau. Tercampak dan terduduk beliau di atas motor Honda Cup milik atuknya itu dek tendangan aku yang power dan terel itu. 

" Cepat Boni! Naik belakang aku!",teriak Ferhadun Jabaidon setelah menghidupkan enjin motor. 

Aku pun apa lagi. Aku melompat dan berpusing-pusing di udara selama dua minit setengah sebelum jatuh tepat di belakang Ferhadun Jabaidon. Bergaya betul. Selepas memastikan kami berdua memakai seat belt(motor kitorang ada seat belt, korang ada?), Ferhadun Jabaidon terus memulas throtlle motor dan memecut laju ke kedai mamak tersebut.

Setibanya di kedai mamak tersebut, aku dengan bergayanya melangkah menuju ke arah kelibat Izara Aishah. Ferhadun Jabaidon pula hanya duduk di motor kerana malu dan tak berani untuk berjumpa dengan seorang artis ternama. Aku semakin gigih melangkah. Tengok daripada belakang je pun dah cukup membuat jantung aku berdegup kencang. Pipi aku mula blushing-blushing. Namun, aku gagahkan juga diri  untuk terus melangkah. Apatah lagi ketika tu aku memang totally kacak dengan kemeja bunga-bunga kaler hijau muda+legging kaler pink. Ditambah lagi dengan topi kebun. Semangat aku tiba-tiba membuak-buak. 

Bila benar-benar berada kat belakang Izara Aishah, perlahan aku tegur dia. Wajah yang terlalu indah dan kacak aku pamerkan ketika itu.

" Izara...",tegur aku.

Selepas mendengar kemerduan suara yang aku gubah masa tu, gadis itu menoleh ke belakang.

Secara tiba-tiba aku bagaikan diserang angin ahmar. Aku bagaikan berada di awangan. Tubuh badan aku tergedik-gedik secara tiba-tiba. Mulut aku berbuih-buih. Pandangan aku semakin gelap. Hinggalah aku tak sedar apa-apa.

Sejam kemudian, aku tersedar daripada pitam. Kelihatan Ferhadun Jabaidon berada di hadapan aku sambil memegang sebotol air mineral.

Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek!

" Kepala hotak kau Izara Aishah!!! Mak kau sendiri pun kau tak kenal ke??!!!",teriak aku sambil tak berhenti-henti melempang halkum Ferhadun Jabaidon.

TAMMAT

Gambar kat atas tu aku pinjam daripada HATI BLOGGER. Klik link ni kalau nak terjah beliau. Pergi main jauh-jauh. Syuh Syuh! Hahahaha. Jangan marah. Benggurau je.


Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down? 

{ 52 comments.. read them below or add one }

NAL NAL 04 March, 2012
adoi, NAL dah excited nk tahu last2 terkena..HAHA..
wawa zulkefli wawa zulkefli 04 March, 2012
beria lah kami percaya tadiii :))))
Unknown Unknown 04 March, 2012
@saya wawa najwa

hahaha..jangan lah marah..hehe
Unknown Unknown 04 March, 2012
wah..tipah tertipu dah...:)
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 04 March, 2012
iskkkkk..

asyik tertipu je..;p
حاني رملي حاني رملي 04 March, 2012
agaknya beliau hlang ingtan kot mak sndiri pon tlupa..haha
wlaupun cerita mrapu tetap best la :)
Unknown Unknown 04 March, 2012
@★ aIsyaH ★

hahahahaha..jangan marah..bergurau di petang ahad ni..hehehe
Unknown Unknown 04 March, 2012
@Juliet_iRa~"

hahahaha..janganlah marah..hehehe
teha teha 04 March, 2012
agaga.. sengal laa :P
cik_tyNa cik_tyNa 04 March, 2012
hahaa, ngatkan betul :)
Unknown Unknown 04 March, 2012
@miSs tyNa

hahahaha..kalau betul, berdarah hidung ni gamaknya..hahahaha
ezyra taharin ezyra taharin 04 March, 2012
bapak r!!mati2 adx ingat ahbunx memang jmpe dia!!!hahah
kejam r ahbunx nie
AnonymousAnonymous 04 March, 2012
sengal! sengal!

aku tertipu lagi ...
LidiaSuraya LidiaSuraya 04 March, 2012
Beriya baca.. Uper ya tipah tertipu.. Wawawawa
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 05 March, 2012
hee..nak tumpang kereta ea?

jom2..;p
Amirah Raduan Amirah Raduan 05 March, 2012
This comment has been removed by the author.
wawa zulkefli wawa zulkefli 05 March, 2012
@Boni JLL3

hahaha :P tertipuu sudahhh :) :P
Unknown Unknown 05 March, 2012
x hbs-hbs ngan cita fantasi ko...haha,btw best
Unknown Unknown 05 March, 2012
@ezyra daniel

hahahahaha.. AHBUNX memang kejam..heh heh..

p/s : pergh..dasyat betul bahasa tu.hehehehe..menggigil tengok..hahaha
Unknown Unknown 05 March, 2012
@one.two.smile


hahahaha..rilaks2..namo marah marah..hahaha
Unknown Unknown 05 March, 2012
@Juliet_iRa~"

hahahaha..kete baru..haruslah..hehehe
Unknown Unknown 05 March, 2012
@saya wawa najwa

hehehe..sesekali takpe..hahahahaa
Amirah. Amirah. 05 March, 2012
haha, best,lawak.. hoho ! :D CHAIYOK !
AnonymousAnonymous 05 March, 2012
Waa!! best aa citer lu abam Boni. Gua nak polow ah. Hihi.
Unknown Unknown 05 March, 2012
@Miziey

hahahaha..thanks bro..follow blog je k..jangan follow aksi2 dalam entri ni..ahahahaha
ezyra taharin ezyra taharin 05 March, 2012
cak!!!!!ahbunx..blog adx da lehh komen da kat enrty heheh :D
Afasz Afasz 05 March, 2012
phewwwiitttt..pjg nye cite boni.tk lrt nak bc...

nnti belanja fasz kfc krusher!
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 05 March, 2012
pergh Izarra ni bakal menjadi awek baru aku dalam video klip Sayang Bersebab-gua jadi hero rebut Izara dari si Seful Umbrella hahahahah
Unknown Unknown 05 March, 2012
@ezyra daniel

hahahaha..ok..nanti ahbunx komen k :P
Unknown Unknown 05 March, 2012
@Cik FaRiZaM

hahahahaha..barulah akan menjadi seorang yang rajin..hahahaha..

heh heh.. awak la belanja saya..hehehe
Unknown Unknown 05 March, 2012
@Zarul

walaweh...ni yang jeles ni..boleh tak saya nak request jadi lelaki ke tiga??hahahaha
ch000tz ch000tz 05 March, 2012
bila fantasi nak jadi reality ni :D
madammondoq madammondoq 05 March, 2012
i suka giler nama izara aisyah tu.. nk letak nama anak lah nanti.. ;)
Unknown Unknown 05 March, 2012
@c'axoera ヅ

hahahahaha..tak taulah..hehehehe..
Unknown Unknown 05 March, 2012
@madammondoq

nape tak letak nama Boni je??heh heh
Cik Nurul Cik Nurul 05 March, 2012
Hahhaa perasan izara aishah.. sekali mak daaaa... ;)

p/s: izara sangat cantik.. ;)
Unknown Unknown 05 March, 2012
@Cik Nurul

hahahaha..dia memang sangat cantik..tapi lebih ke arah comel.macam saya..hakhakhak
Shiema Sufian Shiema Sufian 06 March, 2012
Alaaaaaaa, excited je baca ingat betul. haha
nur salwani nur salwani 09 March, 2012
hahha ..isi air smpai penuh dlm tab .sekali mcm tuh je .haha .mesti biasa buad ni bila gi kje .haha
Unknown Unknown 09 March, 2012
@nur salwani

kadang2 je bila malas..hahahaha :P
Unknown Unknown 26 March, 2012
!!!!!!! ingatkan izara sebenar.. oke. kimsalam dgn mak ko..
Si Matatajam Si Matatajam 20 September, 2012
Hadoiii tertipu daku terasa.....mmg hampeh ha ha...dah eksaited baca pasai lagak Boni yg terlebih kacak jumpa Izara...pitam la plak..ha ha..