#SaveJejai

     Mendapat khabar berita tentang keadaan Bro Jejai ataupun pemilik blog bernama www.teratakarmo.com , sedikit sebanyak membuat aku tersentap. Seakan-akan tak percaya akan khabar berita tersebut. Beliau yang aku kenal selama ini mempunyai sikap ceria, peramah, lawak, tidak lekang senyuman di bibirnya dan penuh dengan semangat, rupa-rupanya menyorokkan sesuatu di sebalik semua itu. Sesuatu yang sangat-sangat berat untuk beliau tempuhi seorang diri. Siapa sangka di sebalik seorang lelaki yang sangat bersemangat itu rupanya terlindung satu penyakit yang sangat-sangat kritikal. Beliau sebenarnya menghidap KANSER PARU-PARU PERINGKAT AKHIR.(STAGE 4)

     Aku sangat-sangat terkejut mendapat berita ni. Dalam masa yang sama seolah-olah aku tak mempercayainya. Selama aku mengenali beliau, aku tak nampak langsung tanda-tanda beliau sakit. Aku amat terkejut bila dapat berita ni. Patutlah blog beliau pun menyepi seribu bahasa. 

     Kali pertama aku berjumpa beliau adalah semasa majlis sepetang bersama blogger anjuran Denaihati.com. Itu adalah kali pertama aku bersua muka dengan beliau selepas berbulan-bulan saling sakat menyakat di dalam blog. 



save jejai
Aku bersama Bro Eyriqazz dan juga Bro Jejai di majlis sepetang bersama blogger anjuran Denaihati.com

     Dan selepas daripada itu, kami bertambah rapat hinggalah beliau telah merekabentukkan header blog aku ni. Sepanjang malam beliau gigih menyiapkan header aku. Sampaikan aku sendiri rasa bersalah sebab seolah-olah aku menyusahkan beliau. Tapi beliau tetap juga menyiapkan. Pantang ada silap sikit, tak center, beliau buat yang baru. Sehinggalah betul-betul sempurna, barulah beliau menarik nafas lega. 

     Teringat juga semasa beliau berjuang berhabis-habisan meraih undi untuk blog zarulumbrella.com untuk Malaysia International Celebrity Blog. Bersungguh-sungguh beliau mempromosi berhabis-habisan blog sahabat beliau untuk memastikan yang blog Bro Zarul berjaya mendapat anugerah tersebut. Sampai tidur pun beberapa jam je sehari. Sejujurnya, beliau adalah seorang rakan blogger yang sangat baik. Sesiapa yang mengenalinya pasti akan bersetuju dengan aku.

save jejai
Tak lekang senyuman daripada bibirnya.  Begitulah sifat beliau seperti selalu

     Sebenarnya, aku tak tau apa yang bakal berlaku jika Bro Jejai tahu akan kewujudan entri ni, sebab beliau tidak mengizinkan sesiapapun untuk menyebarkan kepada umum tentang keadaan beliau, tapi atas rasa tanggungjawab seorang sahabat, aku terpaksa juga mewujudkan entri ni. Apatah lagi, baru-baru ni beliau sudah mula memuntahkan darah. Dan beliau sendiri mengakui kepada Bro Eyriqazz yang beliau tidak mampu lagi meneruskan rawatan KIMO kerana kos yang terlalu mahal. Dan syarikat tempat beliau kerja tidak lagi menanggung kos rawatan beliau. Maka dengan ini, aku harap sangat bantuan daripada anda semua. Biarlah beliau berkeras hati tidak mahu bantuan sebegini, tapi sebagai seorang sahabat, biarlah aku juga berkeras hati demi nyawa seorang sahabat yang sangat baik. Dan juga demi isteri dan anak-anak beliau.

     Marilah sama-sama kita memberi sumbangan kepada beliau untuk meringankan penderitaan beliau. Sumbangan bolehlah disumbangkan terus ke :-
 Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 

save jejai
Gambar ketika beliau masih sihat. Dua dari kiri. Sumber gambar --> http://abangensem.com
    
     Jadi, sama-sama lah kita membantu beliau. Dan aku juga ingin memohon bantuan sahabat-sahabat blogger aku yang lain yang selalu singgah di blog aku untuk menyediakan satu entri khas untuk Bro Jejai. Demi sebuah kehidupan seorang lelaki yang sangat tabah. Dan demi isteri dan anak-anak beliau. 
     
Untuk mengetahui kisah Bro Jejai lebih lanjut, bolehlah baca di blog rakan karib beliau di --> http://www.eyriqazz.com/2012/08/je-jai-antara-rakan-rahsia-dan-racun.html

P/S : Dalam kita bergembira menyambut Syawal yang bakal tiba ini, jangan sesekali kita lupakan mereka yang sedang berduka lara.

{ 60 comments.. read them below or add one }

aliza aliza 17 August, 2012
akak silent reader je kat blog jejai ni sbb umpama langit ngan bumi bezanya...
dapat tau kisah ni pun dlm website nuffnang..mcm x caya tp bila dah bc kat blog eyriqazz dan ben mmg sah... smoga jejai tabah melawan penyakitnya demi keluarga tersayang...
Cendol Cendol 17 August, 2012
..emm moga bro jejai cepat sembuh n dpermudahkan segala urusan nye.dugaan betol la.hmm nk raye ni.
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 17 August, 2012
Semoga Allah SWT memberikan keajaiban dan menyembuhkan sakit yang dideritai beliau. Amin.
Ezad Skytech Ezad Skytech 17 August, 2012
semoga dgn tersebarnya entri ni...dapat la membantu sedikit sebanyak bro jejai...semoga bro jejai dan keluarganya tabah hadapi semua ni...
afzalsukasuki afzalsukasuki 17 August, 2012
harap bantuan segera dapat disalurkan kepada Jejai :'( Lgi sedih nak sambut raya cenggini

selamat hari raya aidilfitri, papehal jmpa kat kg je nanti ye :D *bajet sekampung lettew :P
Admin Admin 17 August, 2012
Ya Allah..
semoga dikuatkan beliau dlm mnempuh hidup ~

Acai Berry ABC Softgel Murah !
Myra Jay Myra Jay 17 August, 2012
Myra pun 1st time jumpa abg Jejai masa Majlis Sepetang tu jugak..

Semoga bantuan yang diterima sikit sebanyak dapat meringankan bebannya..
Masha Meisters Masha Meisters 17 August, 2012
besar sungguh dugaan buat dye....semoga dye terus cekal dan tabah mengharungi dugaan dan ujian ni....kita hanya mampu memberi sokongan dan berdoa untuk beliau....
ceklala ceklala 17 August, 2012
insyaallah sama2 la kita membantu..moga beliau tabah menghadapi dugaan dan juga cepat sembuh..sama2 la kita berdoa
Hidayah Hidayah 17 August, 2012
speechless boni , akak tak tau nak komen apa..
Mat Som Sadona Mat Som Sadona 17 August, 2012
Tkasih Boni, atas pemberitahuan ini.
Semoga kita semua dapat membantu sdra Jejai.

Selamat hari raya maaf zahir batin, utk Boni.
Cik Fie Cik Fie 17 August, 2012
Ya Allah ! kesiannya . xdpat saya nak tolong . sebab saya xde duit . kalau saya ni jutawan , dah lama saya tolong Bro Jejai :'(
hazman aka species1980 hazman aka species1980 17 August, 2012
bro....akhirnya kita semua dah sepakat nak sebarkan info nie harap2x bantuan kewangan akan lebih cepat diberikan kepada beliau ....
Hidayah Hidayah 17 August, 2012
http://dengarisaya.blogspot.com/2012/08/kenapa-nak-kena-selamatkan-jejai-pulak.html
Hidayah Hidayah 17 August, 2012
@Cik Fiehttp://dengarisaya.blogspot.com/2012/08/kenapa-nak-kena-selamatkan-jejai-pulak.html
Unknown Unknown 17 August, 2012
satu berita yg sangat mengejutkan pada zuan! tak pernah tau pasal ini..

di sebalik seseorang yang happy go luck mcm bro jejai, ada suatu kisah tawa..

harap ramai blogger tampil menghulurkan sumbangan kepada beliau

thanks for the entry boni!
budak felda budak felda 17 August, 2012
sama2 kita doakan yg terbaik utk bro jejai..:)
Saddila Saddila 17 August, 2012
bergenang air mata :(
tirahzairi tirahzairi 17 August, 2012
hanya doa mampu iringi beliau...semoga beliau dan keluarga tabah...
wantie wantie 17 August, 2012
doakan semoga Allah memberinya kekuatan untuk bertarung dengan penyakit berbahaya ni.

Ada tengok tips ayat al quran dari ashraf muslim. tapi tak sempat nak catit ayat dari surah mana ntah tuk org yang kena kenser amalkan.
fairus fairus 17 August, 2012
SEMOGA BELIAU TABAH MENGHADAPI DUGAAN DARI ALLAH INI..
Unknown Unknown 17 August, 2012
ya allah..bro jejai ..
ஜ miss klanika ஜ ஜ miss klanika ஜ 17 August, 2012
semoga dia dapat dipulihkan . semoga ramai yg tampil hulur bantuan kewangan.
ikaa ikaa 17 August, 2012
Seriusly bru hari taw..ya Allah dh stage 4. hanya doa yang mampu ikaa hulurkan. :(

حاني رملي حاني رملي 17 August, 2012
sedihnya baca entry ni..semoga beliau dan keluarga tabah..dan semoga Allah menyembuhkan penyakit beliau~ amin.
حاني رملي حاني رملي 17 August, 2012
sedihnya baca entry ni..semoga beliau dan keluarga tabah..dan semoga Allah menyembuhkan penyakit beliau~ amin.
anamizu anamizu 17 August, 2012
dugaan besar utk Bro jejai..
semoga bykla bantuan $$$$


#savejejai
munir ardi munir ardi 17 August, 2012
Saya harap Rakan kita ini dapat sembuh seperti semula kemoteraphy memang memerlukan biaya yang besar
::...Cik Puan Muda Iqa...:: ::...Cik Puan Muda Iqa...:: 17 August, 2012
Semoga tabah menghadapi dugaan ini..
Unknown Unknown 17 August, 2012
Semoga beliau tabah menghadapinya :)
Errah Najwa Errah Najwa 17 August, 2012
ya allah begitu tabahnya jejai ni..ada bca kt blog eyriqaz rasa nk mngis pulak.terharu ada kwn2 yg sgt pntingkan prshabatan
Ayu Ayu 17 August, 2012
Dugaan....dugaan... :( semoga beliau dan keluarga selalu kuat dan tabah!amin...
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 17 August, 2012
Senyuman yang terukir penuh sejuta rahsia.. Semoga brother Jejai kuat untuk melawa penyakitnya !

*doa selalu diiringi semoga belau sihat ..
BlogS of Hariyanto BlogS of Hariyanto 17 August, 2012
apakah beliau memperoleh rawatan kemotherapy...saran saya, kalau bisa janganlah diteruskan kemo itu...karena kemo bukan hanya membunuh sel-sel kanker atau penyakit yang ada.,tetapi juga memangsa sel-sel tubuh yang sehat,..
semoga ALLAH memberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup ini, dan semoga ALLAH mengangkat segala sakit yang dideritanya...salam hangat dari Makassar-Indonesia
Mia Meymi Mia Meymi 17 August, 2012
harap beliau lbih tabah dari sbelumnya..
Diari Si Froggie Diari Si Froggie 18 August, 2012
sedihnya baca entry nie.. hope Allah ringankan penderitaan abg jejai, hope Allah permudahkan segala urusannya. Berat mata yg memandang berat lagi bahu yang memikul.. Ya Allah kau tabahkanlah hatinya dan keluarganya.. hanya doa saja yg mampu aida berikan.
Aimacomel Aimacomel 18 August, 2012
sayu bila membaca entri sebegini, diharapkan semoga beliau cepat sembuh & keluarga beliau terus tabah menempuh dugaan terbesar ni..
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 18 August, 2012
senyuman mampu myembunyikan plbagai masalah.

#SaveJejai
Lelaki Lelaki 18 August, 2012
semoga beliau cepat sembuh...
maszull maszull 18 August, 2012
assalamualaikum Boni...yer la sedih bila dengar berita ini dan marilah kita doakan agar jejai berjaya mengharunginya dan segera sembuh...:(
RIZZNA RIZZNA 22 August, 2012
Semoga abg jejai boleh sembuh dan sihat spt sedia kala.

InsyaAllah, rezeki akn d kongsi brsama. Jika tiada wang ringgit, doa psti sudah tentu
Fatin Diana Fatin Diana 23 August, 2012
err, kesiannya. moga abg jejai cepat sembuh dari penyakit.
Unknown Unknown 23 August, 2012
Assalam, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN... (^_^)
Unknown Unknown 23 August, 2012
tiada yg mustahil bgi Allah.. jom berdoa utk abg jejai.
hatiputera hatiputera 24 August, 2012
semoga jejai lebih tabah dan bersemangat.
Unknown Unknown 24 August, 2012
kesiannye la

hope ade y nk membantu beliau

sob3
Mek Onie Mek Onie 24 August, 2012
semoga bro jejai kuat macam robot... sama-sama kita doakan kesihatan beliau ...
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 24 August, 2012
Ya ALLAH
di sebalik senyuman tersimpan rahsia besar
kita genbira tapi ada orang berduka
terkedu juga baca entri ni
afraa afraa 25 August, 2012
semoga beliau cepat sembuh. aminnn
shinji izac shinji izac 25 August, 2012
semoga sumbangan dari org ramai dpt bantu sedikit sebanyak pada beliau..
THE AUTHOR THE AUTHOR 25 August, 2012
Semoga beliau cepat sihat dan harapnya sumbangan rakan2 dapat meringankan bebannya
maszull maszull 27 August, 2012
assalamualaikum Boni...bagaimana keadaan blogger Jejai kita ek...?
daddydee daddydee 27 August, 2012
bersama kita membantu setakat termampu....
Unknown Unknown 27 August, 2012
insyaAllah semoga Allah makbulkan doa2 kita semua agar Jai sembuh......
Niesa Niesa 28 August, 2012
Semoga cepat subuh bro jejai..
kak ina kl kak ina kl 29 August, 2012
#SaveJejai...semuga jejai tabah menghadapinya