DIY Stand Untuk IPAD MINI

DIY Stand Untuk IPAD MINI | Berbulan-bulan yang lepas, aku telah berjaya menghasilkan stand untuk ipad mini. Nak beli stand, memang mahal. Apalah daya aku sebagai seorang lelaki kacak yang lebih mementingkan keperluan daripada kehendak tersebut. Jadi, dengan ilmu kemahiran hidup yang agak cetek ini , aku telah bertekad untuk membina sendiri stand IPad Mini aku memandangkan ia akan memudahkan aku untuk membuat rakaman Vlog dan juga video.

Jadi, dengan penuh nafsu serakah, aku terus pergi ke kedai haiwan kedai Hardware untuk membeli paip PVC 1 inci, T, L dan juga penyambung. Kalau tak salah aku, modal yang aku keluarkan bawah RM20. Aku dah lupa dah. Sampai sana baru aku sedar yang aku naik motor. Chaitt! Nak tak nak aku terpaksa juga gagahkan bawa balik batang paip PVC yang panjang tu naik motor seorang diri. Semangat punya pasal. Bila ada awek-awek pandang, aku terus berbuih-buihkan mulut aku. Malas nak layan pandangan serong dorang tu. Sampai ke rumah, aktiviti membuat Stand IPad Mini Handmade aku sendiri dimulakan dengan aktiviti makan pulut kuning.


diy stand IPad Mini
Ni barang-barang yang aku beli. Boleh pula aku berhalusinasi masa tu. Aku tergigit sikit paip pvc tu. Ingatkan nasi lemak. Nasib baik sedar awal.
DIY stand IPad Mini
Selesai buat kaki. Nak tau kuat tak kuat, korang lompat tinggi-tinggi dan terus duduk atas paip PVC tu.  Tapi jangan salahkan aku kalau korang rasa perit di bahagian kemutan korang tu. Hahaha. Hanya menggunakan TIGA penyambung T dah siap buat kaki.
diy stand ipad mini
Untuk pegang IPad Mini korang, korang perlu buat slot macam ni. Potong paip pvc tu tengah-tengah macam ni.  Untuk memegang slot tu pulak, korang perlukan dua penyambung L dan juga satu penyambung T. Masa ni tiba-tiba ada sorang  pak cik tua datang sangkut leher dia. Aku pun tak faham apa motif beliau.


diy stand ipad mini
Ok. Kalau dah siap, ia akan berbentuk sebegini. Dan ambil perhatian. Slot untuk pegang IPad tu hanya boleh  digunakan bila IPad tu dalam kedudukan melintang. Kalau nak menegak, korang kena buat pakai paip PVC saiz yang lebih kecil daripada yang aku gunakan ni.
diy stand ipad mini
Nampak tak. Untuk lebih kestabilan, korang kena letak penyambung L kat setiap penjuru kaki tu. Barulah dia tak terkontang-kanting bila ditiup angin.
diy stand ipad mini
Okay. Sudah boleh digunakan. Ingat pesanan aku, kalau korang nak letak ipad mini korang dalam keadaan menegak, korang kena buat slot tu menggunakan paip pvc yang lebih kecil daripada saiz 1 inci. 
Baiklah. Nak tengok hasil yang aku dah gunakan Stand Ipad Mini DIY ni tak? Jom tengok video kat bawah ni. Heh heh.




Selagi boleh jimat, kita jimat. Hehehe. Duit tu kita gunakan untuk yang penting-penting je.

{ 53 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 10 May, 2013
hebat jimat kos..masalahnya malas nak buat..ahhaa..
Unknown Unknown 10 May, 2013
Terbaik lah bro, jimat kos lebih untung.. Stand untuk Ipad yang real tu pun takde stinggi ko.. Hahahaha jangan risau, nanti kalau aku dapat Ipad mini aku order dengan ko.. hehehe..
NAL NAL 10 May, 2013
penjimatan yang terbaik !

gwiyomi pun terbaik !! :)
NAL NAL 10 May, 2013
penjimatan yang terbaik !

gwiyomi pun terbaik !! :)
wantie wantie 10 May, 2013
kalau bagi kat akak le benda tu. akak wat sidai kain je. hahahaha...

pandai kau. kreatif tul.
Sheila Salim Sheila Salim 10 May, 2013
Assalamualaikum boni! terbaik. buatkan untuk sheila. huewhuew ;p
*makin mengilalah nak KEEK pasni kan...
Bin Muhammad Bin Muhammad 10 May, 2013
Perlu ke bro sampai guna stand ni! Nanti kejang kaki hehe...
Apa pun kreatif idea, jgn seminggu jer dah le...pas tu jadi penyidai :D
Nory Zoulkefle Nory Zoulkefle 10 May, 2013
pergh...gigih boni DIY sendiri ek....
terbaikkk...
mrhanafi mrhanafi 10 May, 2013
menang kreatif lah bro..lawak pun ada
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 10 May, 2013
Ohh... masa buat rakaman gwiyomi ini dah gunalah ye. Kakak dah tengok video kelakar ini...
JMR JMR 10 May, 2013
lu mmg kreatif la bro..
munir ardi munir ardi 10 May, 2013
hebat-hebat apa yang tak bisa ko buat rakan boni? creatif sangat film dah buat, Singing bisa, buat stand for ipad juga bisa ck ck
Korn Ahmad Korn Ahmad 10 May, 2013
woi. sangat xleh blah makan buah limau skali ngan kulit2...

korek idung xleh blah btul..

nasib baik x nampak bulu ketiak..

thanks bro buat aku gelak tawa ngan ade nya blog kau...

Mat Som Sadona Mat Som Sadona 10 May, 2013
Kreatif dan inovatif.
Siapalah nama cikgu Kemahiran Hidup yang mengajar jejaka kacak ini dahulu?
Aliff Haikal Aliff Haikal 10 May, 2013
kahkahkah gelak guling2 baca and gelak sampai terbaring tgok video gyiwomi tu boni oi. kau ni. hahahahahaha

btw, dah tukar design belog nampak. Amboi :3
hana hadi hana hadi 10 May, 2013
wow.. kekreatifan di situ.
kalau xhuna untuk ipad boleh buat sangkut baju.. mcm2 kegunaan ni
broFami broFami 10 May, 2013
pergh rajin giler ko buat.. haha tapi mmg stylo abis lah.. :-)
Tengkubutang Tengkubutang 10 May, 2013
kreatifnya Boni ni.. pandai menggunakan benda yg murah untuk hasilkan sesuatu yg bole gunapakai setanding brg beli.. hee.. abah teman pun kreatif camni.. suka DIY semua benda.. menjadi lak tu! teman buat jea x jd.. kopak kapit je rupanya.. #sebab tiada kesungguhan.. ekekekek..

boni, udah klik iklan denaihati..
Miss N™ Miss N™ 10 May, 2013
kreatifnya..!
nanti buat byk2 pastu jual.. :)
AtieYusof AtieYusof 10 May, 2013
Haha...rajinnya Boni...mmg kreatif..:)
THE AUTHOR THE AUTHOR 10 May, 2013
Kreativiti yg baik dan canggih dan kacak dan.....ahhhh..terlalu byk perlu dipuji...
Hairul Azni Hairul Azni 10 May, 2013
Memang terbaiklah tutorial ni..tak pernah terfikir pun nak buat...
Ummi Hanie Ummi Hanie 10 May, 2013
hebat.. dan kreatif

tamau ambil upah ke? hihi...
Unknown Unknown 11 May, 2013
kreatif juga abg boni ni. Mohon buat stau n pos tmpt lyeen. kejap lg lyeen pm alamat..:D
Mia Liana Mia Liana 11 May, 2013
wahhhh... kreatif. anak sapalah yang buat ni...
Mia Liana Mia Liana 11 May, 2013
lupa lak nak sambung ni tadi.. hehehehe boleh buat buat menantu... hiihihi
munir ardi munir ardi 11 May, 2013
wah best nih ada yang nak buat rakan boni jADI MENANTU TUNggu apalagi
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 11 May, 2013
peh..sejak pakai ipad mini ni makin kreatif plak brader sorang ni..good job bro
ciklaili.com ciklaili.com 11 May, 2013
memang kreatif & inovatif..
cutenya boni bergwiyomi :)
cik lisa cik lisa 11 May, 2013
haha terbaiklah abang boni kiteeew xD hihi, zaman sekarang kena jimat dah, haha
Unknown Unknown 11 May, 2013
Jimat la kan? simpan duit nak kahwin lagi penting...

oit!! tak macho la lelaki kacak (kacak la sgt) buat video Gwiyomi..hehe
AnonymousAnonymous 11 May, 2013
hebat & kreatif sugguh ni BK
wanita mutalib wanita mutalib 11 May, 2013
Kalau Steve Job masih ada, mesti dia amik BK keje kat Apple :p kreatif tak ingat mu ni.
Pn Ayu Pn Ayu 11 May, 2013
wahhh..hebat boni ! sangat kreatif dan jimat duit tu yg penting =)
Fatin Diana Fatin Diana 11 May, 2013
boleh pula pk benda tu nasi lemak ek. HAHA!
apa pun abg Boni memang kreatif!
CikTeddyCorner CikTeddyCorner 11 May, 2013
alaa abg boni tolong buatkan untuk kite :P
Mummy MM Mummy MM 11 May, 2013
WOW, KREATIFLAH ABG BONI.. KALAU SAYA ADA IPAD, NAK JUGAK SAYA ORDER DARI ABG BONI MENDA TU.. HIHI
RIZZNA RIZZNA 11 May, 2013
hahahaa terbaek laaaaa.... ni msti purposely buat utk giyomi. apsal tak inovasikan skit paip tu gar boleh dilaras utk size2 tab yg berlainan. hingga ke GS4
Unknown Unknown 12 May, 2013
hahaha terbaiklah bro, kreatif dan inovatif
Aimacomel Aimacomel 12 May, 2013
bravo bro!
apa yg diimaginasi tu akhirnya berjaya dilakukan atas usaha yg gigih. good job abg boni :)
Hafizul Hafizul 12 May, 2013
Hahaha..ada kegunaan jugak ke stand yang tinggi mcm ni bro?
cik tom cik tom 12 May, 2013
kreatif..pasni xyah jual aurawhite...tukar jual stand tu plk..hehe
Nina Mads Nina Mads 12 May, 2013
wah banyak idea boni.. hehe
rasa lama tak buat kerja2 macam ni
Yaya Mohd Yaya Mohd 13 May, 2013
wahhh..bgusnye..siap wt sdri lg.. ^,^
Unknown Unknown 13 May, 2013
Rajinnya Abang Boni,..terbaekkk
Unknown Unknown 13 May, 2013
macam ampai baju je boni..hahah
Unknown Unknown 15 May, 2013
wah...Boni pun dah terjangkit penyakit DIY dah...bagus2...boleh geng...lama x update sebab banyak perkara berlaku la Boni...memang x sempat nak bukak dashboard pun....anyway, tq sebab setia menjenguk...
potia casadelarossa potia casadelarossa 15 May, 2013
Boni ni kalau jupa aku nak sekeh jek...hakahak ko ni buat aku pecah perut jek...ada jek citer ko ni kan...
Unknown Unknown 16 May, 2013
weyyy boni......
hang memang canggih....... kena buat pemasaran idea hang tu......
Mizz Aiza Mizz Aiza 17 May, 2013
haha.. comelnya boni, kelakar pula aksinya.. memang jimat buat sendiri ni.. :D