Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013

Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013 | Lepas je daripada mana-mana event yang besar, aku mesti ada masalah nak update blog. Tak diketahui apa punca dan sebabnya. Mungkin sebab aku tak dapat Samsung S4 kat Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Network tu agaknya. Hahaha.

Okay, hari ni aku nak update gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari guru dan pekerja SMKIH 2013 yang aku pergi hari  Sabtu lepas. SMKIH stand for Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights. Sekolah aku dari tingkatan 1 sampai SPM. Memang best. Terimbas kenangan-kenangan zaman dulu bila menjejakkan kaki ke sana. Teringat masa member aku terjatuh dalam lobang taik, kaki tersadung masa lompat longkang air taik dan macam-macam lagi kenangan-kenangan yang tak berapa nak senonoh. Dan semestinya perasaan seronok dan teruja tu bertambah bila dapat menatap kembali wajah-wajah cikgu yang pernah berjasa mendidik aku dulu. Cuma nasib tak berapa menyebelahi aku bila banyak Failed dalam SPM. Hahaha.

Jadi, jom layan gambar-gambar sekitar sambutan hari guru dan pekerja SMKIH 2013 tersebut. 


Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Harap dapat ditebas sikit rumput-rampai tersebut. Menutup logo dan alamat sekolah. Mohon tanam pokok strawberi kat sini. 
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Tengok je gambar ni, automatik terimbas aku berada dalam kelas sambil main batu seremban dengan kawan-kawan.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Sempat aku curi gambar ni masa cikgu-cikgu tengah leka bergaduh manja sesama sendiri berebut tempat. Hahaha. Jangan marah cikgu-cikgu. 
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Cikgu-cikgu bergambar kenangan bersama bekas-bekas pelajar daripada tahun 1996 sehinggalah tahun 2012. 
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Ucapan daripada pengetua pertama SMKIH yang dijemput untuk menyertai sambutan hari guru dan pekerja smkih ini. Legend ni.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Ucapan daripada wakil bekas pelajar yang mewakili bekas-bekas pelajar pada hari tu.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Aku tak pasti berapa ratus cikgu yang menghadiri majlis ni. Mungkin ada dalam 200 lebih kalau tak salah aku. Nasib baiklah aku ni kacak. Jadi aku kena jaga krebiliti aku tu. Tak boleh tunjuk kegatalan aku untuk mengorat cikgu-cikgu muda kat sana.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Aku panjat tingkap untuk dapat view cantik macam ni.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Barisan cikgu yang sentiasa murah dengan senyuman daripada dulu. Dua paling depan ni antara cikgu yang lama kat sekolah. Puan Siah Bee Fong dan juga Puan Norlizawati
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Antara cikgu yang lama sekali kat sekolah. Cikgu Mat Aris
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Cikgu-cikgu yang menyambut Hari Lahir. Selamat hari lahir guru. Semoga diberkati umur kalian, dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan sehinggalah ke syurga. Amin.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Yang ni pun sorang lagi cikgu otai kat sana. Cikgu BENSEN bak kata ADI BUN.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Cikgu ADD MATH yang dah tak kenal aku lagi. Haha. Sebab aku paling suka ponteng kelas dia ni dulu. Hehe. Walaupun muka aku baik, tapi sebenarnya aku nakal diam-diam. Hehehe. Sebab tu pelajaran aku tak berkat dan akhirnya failed dalam spm. Korang jangan jadi macam aku. Tak baik.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Antara cikgu kesayangan aku. Cikgu akaun Tapi disebabkan dulu belajar main-main, aku Failed juga akaun. Kadang-kadang rasa menyesal juga belajar main-main. Tapi pilih subjek yang dasyat-dasyat. Ingatkan terel, tapi rupanya tak terel langsung. Hahaha.
sambutan hari guru smkih 2013
Cikgu Zaharah bersama Yunus. Cikgu ni special sikit. Dengan suara sahaja beliau mampu mengghaibkan pelajar.  Kalau kat sekolah aku dulu, pelajar-pelajar suka berjalan-jalan kat koridor. Kalau tengok daripada bawah nampak macam orang-orang lalu lalang kat pasar tengah cari ikan. Tapi, bila muncul je suara Cikgu ni memekik daripada bawah, terus ghaib kelibat-kelibat pelajar kat koridor tu. Hahahaha. Hebat tak hebat cikgu ni.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Antara bekas pelajar. Batch 2008. Merangkap junior aku dulu. Aku batch 2002. Patutlah aku tak kenal. Aku dah habis sekolah baru dorang ni masuk. Dah tua dah semua kan. Hehehe. 
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Yang ni batch campur-campur. Ada Senior aku dan ada Junior. Paling kiri cikgu Umi Hani. Cikgu yang bertanggungjawab membuat aku rasa sebak hari tu. Hampir-hampir aku menitiskan air mata jantan keramat aku di khalayak ramai. 
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Bekas-bekas pelajar bersama dengan Cikgu Zaharah. Cikgu yang pemes di kalangan pelajar-pelajar dulu. Hehehe.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
ADI BUN bersama LOKMAN HASSAN bergabung meletup. Dua-dua masih bujang trang tang tang macam aku juga. Hehehe.
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Yeah. Sempat lagi ADI BUN boring souvenir-souvenir tersebut. Sempat juga  Cikgu Jamilah mencelah tengah-tengah tu dan sempat juga si baju hitam a.k.a BALIE BABLOO datang walaupun dia sebenarnya paling lambat. PUI! Hahaha
Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013
Souvenir yang aku dapat pada hari tersebut. Rasa sebak tiba-tiba bila tengojk majalah sekolah yang tak ada gambar aku. Rasa nak kembali semula ke alam persekolahan.
Kepada yang ingin melihat gambar-gambar yang lain bolehlah klik --> SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA SMKIH 2013.

Harap selepas ini akan banyak lagi aktiviti melibatkan guru-guru SMKIH dan bekas-bekas pelajar. Dan, harapnya cikgu-cikgu takkan serik panggil kitorang lagi. Hahaha. Takut juga serik. Hehehe.





{ 44 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 21 May, 2013
wah penat sangat yer BK
Sheila Salim Sheila Salim 21 May, 2013
assalamualaikum boni, bestnyaaa. teringin nak pergi reunion. tapi cikgu2 bukan ingat kita pun.hiewhiew, apapepun jasamu dikenang cikgu!
Kaspersky Murah Kaspersky Murah 21 May, 2013
wah bestnya boni g reunion kat sekolah..mesti syok dapat jumpe cikgu2 dan kawan2 lama..mesti cikgu2 bangga anak murid mereka jadi blogger, cari duit online!!hehehe

Promosi Kaspersky Murah sempena Hari Guru 2013
Unknown Unknown 21 May, 2013
syoknya boni sambut hari guru dgn bekas guru
diari farisha diari farisha 21 May, 2013
teringat zaman dulu2 kan?
suwara entertainment suwara entertainment 21 May, 2013
bestnya ada program mcmni. siyes best! teringin gak nak buat, tapi rasanya mcm susah nk dpt kerjasama dari ex-student batch saya. huhuhu

boni failed accounts? biar betik. kacang je tu. hehehe. accounts antara subjek fav saya. tapi saya dpt credit je pun. cuma mase kt uitm, saya scored :D
cikRa cikRa 21 May, 2013
waahh..syok giler ade program sebegini..kalau dijemput dgn memakai pakaian seragam sekolah ,lg best kot..dpt mengimbau masa2 lalu.. kan kan kan
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 21 May, 2013
Bestnya.. cikgu jemput dan join sama-sama hari Guru.. sekolah Nurrul tak ada buat lagi.. nak minta buat camnie jugak lah.. eheee
tak malu :P
Aliff Haikal Aliff Haikal 21 May, 2013
Wuuuuuuuu Batu caves . hehehe :3
Ezad Skytech Ezad Skytech 21 May, 2013
tak sangka ko pernah sekolah kat ideal heights tu...ni mesti dulu selalu ponteng lepak selayang mall kan...HAHAH~
ma ❥ ma ❥ 21 May, 2013
ingat BK cikgu huahua
Bunda_nora Bunda_nora 21 May, 2013
reunion lah ni...seronoknya dapat jumpa cikgu2 lama...
Unknown Unknown 21 May, 2013
bagus ek lu, ada relation baik lg ngan skolah
Jie Jie 21 May, 2013
wah wah.. reunion.. silap3 tengok cikgu lagi muda dari ex student.. eh! hhehe
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 21 May, 2013
Kalau ada reunion macam ini memang best Boni. Buatlah Alumni bekas sekolah so tiap tahun boleh jumpa...
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 21 May, 2013
best gila bila reunion kan?

*makanan tu nampak cam sedap jer? ekekekeke....
lynmunir lynmunir 21 May, 2013
lintas langsung dari sekolah lah ni ? Hebat.
zool zool 21 May, 2013
wah bestnya.. aku dah lama tak pegi sekolah..
wantie wantie 21 May, 2013
wah.. entry ni tetiba membuatkan memoriku kembali sejenak ke alam persekolahan.

Unknown Unknown 21 May, 2013
tapi, hanya boni ja pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti Blogger.. hehe.. tahniah.. pelajar lain failed XD
Mizz Aiza Mizz Aiza 21 May, 2013
best juga sesekali buat reunion macam ni.. jumpa semua cikgu2 &kawan2 lama..
Juan Juan 21 May, 2013
wahh, sayang jugak ko yer kat cikgu boni, good
muja muja 21 May, 2013
mithali gitu,, hahaha,, muja jugak tak mithali,, sorang pun muja tak wish happy teachers day tak tahu kenapa,, jadi ego semacam,, sob3
Tinta Lana Tinta Lana 21 May, 2013
Salam.

Air mata jantan keramat ya boni..huk :P

Bestnya wei.. hang batch 2002? Tua jugak hang ni ea,hahahah
Long Cham Long Cham 21 May, 2013
hehee tecian nyer abg boni xdapat s4 hahaa....
http://long-cham.blogspot.com/2013/05/lawak-gila-bayi-dalam-raga-shopping.html
hana hadi hana hadi 21 May, 2013
ramai juga...

amboi2. minta tanam pokok strawberi lagi tu.huhu
krole krole 21 May, 2013
uwah! bestnye boni...msti sonok smbang2 ngan bekas2 cikgu boni tu kan~~~hahaha...dari gmbaq pun aku le tngok mmg meriah yg teramat...tp satu gmbar tu yang best...dimana sang photographer kena memanjat tingkap utk mncri sudut yng mantap hahaha!
cik nana cik nana 21 May, 2013
Selamat Hari Guru. Eh boleh tak wish camtu. Hehe
THE AUTHOR THE AUTHOR 21 May, 2013
Mesti meriah dapat jumpa cikgu lama dan rakan2 lama...
Unknown Unknown 21 May, 2013
KAK BUI DH LUPA NAMA2 CIKGU DAN WAJAH2 MEREKA SBB SLL SGT TUKAR SEKOLAH..TP WPUN LUPA TETAP KENANG JASA BAIK MEREKA..^_^
Unknown Unknown 22 May, 2013
wow ramai juga yang terlibat,pasti meriah sebab dapat jumpa bekas cikgu dan kawan2 lama kan...
Ikhmal Malique Ikhmal Malique 22 May, 2013
hehe... pasti semua cikgu sayangkan boni...
Melastik Bintang Melastik Bintang 22 May, 2013
wah..best wo pergi jumpa cikgu lama kita.. =)
Unknown Unknown 22 May, 2013
Akaun senang kemeset..apera Abang Boni nih..Tapi saya xdapat A++ jugak..haha
AtieYusof AtieYusof 22 May, 2013
seronok je tgk Boni..
tak serik punya tu..kompom lain kali panggil lg...:)
Fiza Rahman Fiza Rahman 22 May, 2013
Bestnya. Masih keep in touch dgn cikgu lagi yer.
Unknown Unknown 22 May, 2013
unik nama skolah ni bro..
ketinggian yg ideal.
Unknown Unknown 22 May, 2013
terbaiklaa tak ramai yg buat camni hari guru turun ramai2 ke sekolah...
eVa eVa 23 May, 2013
macam sama jer rupa skolah sy tu haha.. teringin nak pegi skolah nak tgk2 class n of coz nak jumpa cikgu kalau ada yang masih mengajar kat sana.. mesti terkenang n rasa menyesal tak popular dulu bahhahahahaahha
Nina Mads Nina Mads 24 May, 2013
bestnyaa... dh brapa thn miss majlis hari guru.
Nik Nik 24 May, 2013
best..teringin jugak nak kembali ke zaman2 sekolah dulu..lama dah tak jenguk sekolah lama
Tengkubutang Tengkubutang 24 May, 2013
main batu seremban kat sekolah? apekah tiada mainan lain yg ganas sikit? ha3
Yaya Mohd Yaya Mohd 27 May, 2013
salam..
wee beshnyer..sek yaya xde pun nk wt cmni..huuu
iha iha 07 June, 2013
alaaa inche Boni, bila buat entri ni dengan kita2 sekali rasa sedih, huhu.. last sekali sekolah tempat sy belajar namanya SMKEH.. pun kat selangor jugak, hehe..