Kali Pertama Mengundi Dalam Pilihanraya.Trauma!

Kali Pertama Mengundi Dalam Pilihanraya. Trauma! | Semalam dalam sejarah hidup aku, pertama kali aku keluar mengundi dalam PRU13 selama 28 tahun aku wujud dan bermustautin dalam Malaysia ni. Benarlah kata orang, bila dah makin tua ni, rasa tanggungjawab tu makin terserlah di dalam keperibadian seseorang tu. Apatah lagi jika seseorang itu terlalu kacak seperti aku. 

sekitar pilihanraya pru13 di dewan taman bidara
Nampak tak? Terlalu kacak untuk menjadi seorang pengundi kan? Sepatutnya wajah ini jadi wakil rakyat.
Disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk mengundi, aku telah berjanji kepada diri sendiri untuk menjadi pengundi paling awal sampai kat tempat mengundi. SEAWAL jam 10 pagi aku bergerak ke Dewan Serbaguna Taman Bidara bersama mak dan juga adik aku. Sampai kat sana jam 11 pagi. Memang awal benar aku sampai. Orang dah beratur panjang. Hahaha. Padan muka aku.

Cuma ada sesuatu yang buat aku tak berapa berpuas hati. Aku beratur selama DUA JAM untuk mengundi. Sepatutnya benda ni boleh dielakkan. Takut akan membuat PENGUNDI-PENGUNDI BARU seperti aku trauma dan hilang minat untuk mengundi lagi selepas ini. Mungkin boleh ditambah empat atau lima meja di setiap saluran. Meja tak perlulah menggunakan meja yang besar. Nak pangkah pun kat kertas undi yang kecil je. Cadangan aku gunakan meja yang kecil sahaja memandangkan dewan tersebut agak kecil ukuran lilit dan isipadunya. 

sekitar pilihanraya pru13 di dewan taman bidara
Dah terkeluar manusia daripada perkarangan dewan.
sekitar pilihanraya pru13 di dewan taman bidara
Menyesal aku tak bawa payung. Kalau aku tau akan berpanas macam ni, aku dah bawa payung gambar Herman Tino.
sekitar pilihanraya pru13 di dewan taman bidara
Dua jam beratur. Punya ramai manusia. Ramai juga mak aku  jumpa kawan-kawan lama dia kat sini. Aku pun musyhkil. Dah macam wakil rakyat aku tengok mak aku tu. Entah-entah mak aku masuk bertanding senyap-senyap agaknya.
sekitar pilihanraya pru13 di dewan taman bidara
Keadaan jari aku selepas DUA JAM pengundian.
Nasib baiklah aku sempat hantar adik aku pergi kerja. Kalau tak, terjejas krebiliti beliau sebagai seorang adik kepada lelaki yang sangat kacak. Harapnya 5 tahun akan datang, masalah ini dapat diatasi. Kesian pengundi-pengundi yang terpaksa beratur panjang dan pekerja-pekerja SPR yang terpaksa bertungkus lumus pada hari tersebut.

Tahniah Najib dan BN sebab menang. tunaikan segala janji anda. ingat bahawasanya anda dan wakil2 rakyat yang lain HANYA BEKERJA untuk rakyat, BUKAN TUAN BESAR kepada rakyat. Jadi, utamakan rakyat dahulu selepas ini. Rakyat adalah keutamaan. Bukan poket sendiri mahupun kroni. Peringatan juga kepada wakil2 rakyat lain yang menang. Kami semua adalah keutamaan. Rakyat adalah keutamaan anda.

{ 84 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 06 May, 2013
wah wah..blog makin 'kacak' cool.. ^^
so lagi 5 tahun akan datang silalah bawa payung n kerusi kalau boleh..ahaha..
btw BK undi di kuala selangor ka?
suwara entertainment suwara entertainment 06 May, 2013
perghhh..blog boni semakin kacak la. redup je tgk. hehehehe
tahniah sbb dah tunaikan tanggungjawab sebagai anak jati malaysia!

saya pun mengundi tau :P
munir ardi munir ardi 06 May, 2013
tahniah sebab sudah mengundi semoga semua wakil rakyat terbaik untuk negeri anda dan Malaysia akan lebih baik lagi di masa yang akan datang rakan Boni
Btw Templatenya cool
Cik Fie Cik Fie 06 May, 2013
wah ! abg boni terlalu kacak . haha :P
Carlos Santiago Carlos Santiago 06 May, 2013
awesome warna blog ko. purple boni
Blog Santai Blog Santai 06 May, 2013
Suka peringatan yang last tu..betulkan..dia orang kena bekerja untuk kita coz kita yang pilih dia orang..kita the BOSS
Cikrosecute Cikrosecute 06 May, 2013
lama tak singgah sini....pasti seronok first time mengundi...
Sheila Salim Sheila Salim 06 May, 2013
Assalamualaikum boni. nice entri. hihi. ucapan bawah sekali tu sheila setuju sangat-sangat! hehehhehee. hari mengundi adalah bersamaan reunion. tahu tak? ;p
Unknown Unknown 06 May, 2013
Assalamualaikum , Bro , lame dah tak jengah kat sini, kabel streamyx kat kpg selalu kena curi , tu pasal la tak on9 .. haa..

blog bro semakin kacak cam tuan dia gak :)
wantie wantie 06 May, 2013
Terujaaaaaa ..... jgn sampai hak org melayu lenyap terus.
Mummy MM Mummy MM 06 May, 2013
Tak sabar nak mengundi jugak (^_^)
Lelaki Lelaki 06 May, 2013
yg penting pergi mengundi...
AnonymousAnonymous 06 May, 2013
kol 11 mmg barbequ manusia ngan ramai orang beratur lagi
Sarah Mohd Saleh Sarah Mohd Saleh 06 May, 2013
smngat btul abam boni beratur selama 2 jam,len kali pergilah pukul 4.30 baru xbratur pjg,mihmhi.
Nina Mads Nina Mads 06 May, 2013
1st time jugak mengundi nie.. rasa nk mengundi byk2 kali. hehhe
Akupenghibur.com Akupenghibur.com 06 May, 2013
1 st time jgk mengundi..seronok kan :)
fadh leyanie fadh leyanie 06 May, 2013
lain kali kipas pn kena bawak skali :P
Mat Som Sadona Mat Som Sadona 06 May, 2013
Wah lama tak menjengok sdra kita yg glamour ni.krn sibuk berkempen, semakin bertambah kacak Sdra Boni kita ni....

nini nini 06 May, 2013
nasib baik tempat saya p mengundi tk panjang cenggini...silap time kot..haha
Unknown Unknown 06 May, 2013
Betul! aku sokong kau abam Boni. Ini boleh menjejaskan emosi pengundi pengundi yang masih baru. Kalau dah sampai trauma, itu adalah bahaya. Sila dapatkan rawatan dengan segera. :D
najihahfara najihahfara 06 May, 2013
apa2 pun semoga lebih baik dari yg sebelumnya. harap semua jnaji tu terlaksana. jangan tinggal cakap je pung pang pung pang
Unknown Unknown 06 May, 2013
masa pi ngun di tu ada tak yg mintak autograf dan bergambar dgn bro.... bro kan dah jadi retis sekarang nie.....
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 06 May, 2013
WAHH !! Lama tak buka blog tengok dah berwajah baru...

Huiishh , ramainya orang.. 2 jam beratur ? asal tak picnic sementara tunggu ?? :P

*dah ada pengalaman Nurrul belum lagi.. Semoga Negara Kita aman dan damai.. dan perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan lagi. .Amin. :)
Unknown Unknown 06 May, 2013
dakwatnya x delah kekal mana pon kan.haha
hana hadi hana hadi 07 May, 2013

fewiiitt fewiiitt dah bertukar..hehe
hana bagi 99.9% untuk blog ni :P 00.1% lagi kena belanja makan McD baru dapat. haha
Pn Ayu Pn Ayu 07 May, 2013
kite pon 1st time mengundi :) dah nampak aura wajah wakil rakyat tu.lagi 5 tahun ke depan masuk bertanding eh boni :D
miss yatie miss yatie 07 May, 2013
alaa...tak apalah berkorbanlah sikit untuk negara, untuk kekasih apa pun boleh, berhujan berpanas tak kesah pulak heee
AtieYusof AtieYusof 07 May, 2013
Perg! mmg nampak kacak masa pegi mengundi tu..hehe...
ramai nya org kan?..erm! kena baiki di masa akn dtg..kesian kt warga tua klu terpaksa beratur panjang..

** suka ayat last tu! :)
Anarm Anarm 07 May, 2013
Mengundi kali pertama sampai kena beratur panjang selama 2 jam memang buat diri rasa trauma.. Kalau kat tempat aku mengundi aku dah tau dah waktu bila sesuai pergi mengundi dan tak perlu beratur panjang lama2.. Kena pergi sebelah petang sebab time tu orang dah tak ramai.. PRU14 nanti aku nak pergi mengundi petang.. Pagi2 boleh rilek2 kat rumah..
KiD KiD 07 May, 2013
ahhaaaaa.... dua jam tu... aku sejam je.. hihihi..
AnonymousAnonymous 07 May, 2013
argghhh ni blog boni ke???berkali2 refresh,tetap sama..hahaha

sangat cantik n simple n nice..

lor 2jam?mas 5minit je ..hihihi ^_<
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Nana Liena: hahahaha.. memang nak kena bawak semua tu.hehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@munir ardi: hahaha. InshaAllah satu hari nanti. hehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Cik Fie: heh heh. baru tau?hahah :P
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Carlos Santiago: hehehe. sangat jambu tak?haha
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Raudzah Zahari: yeah.. kita yang bayar dorang :)
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Sheila Salim: yeah.. itu peringatan yang lahir tulus dari hati.hehee
Unknown Unknown 07 May, 2013
@aQu Mad: ko patut kena cari pencuri tu. sangat menyakitkan hati kalau jadi macam tu
Unknown Unknown 07 May, 2013
@wantie: dan jangan sampai isu perkauman terus dimainkan :)
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Isabel Diaz: hari itu pasti akan tiba :)
Unknown Unknown 07 May, 2013
@LelakiSemalam: betul tu bro. setuju sangat2..
Unknown Unknown 07 May, 2013
@AHMAD AFIQ: hahaha. aku hampir gigit kokak daging sendiri.hehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Sarah Mohd Saleh: hahahaha. pergi petang macam tak meriah pulak..hehehe :P
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Amanina Mads: kan?? rasah macam nak mengundi banyak2 kali je..hahaha
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Aku Penghibur: sangat best dan meriah bro :)
Unknown Unknown 07 May, 2013
@fadh leyanie: bawak aircond sekali lah,hahaha
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Mat Som: hahaha. kempen utk diri sendiri je bro.hehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@nini: mungkin juga sebab first time dianjurkan kat situ. jadi lepas ni kena lakukan upgrade sikit. hehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Neo89: yeah.. memang dapat menjejaskan emosi pengundi..hehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@najihahfara: yeah. rakyat diutamakan. bukan poket sendiri
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Remy hazza: tak ada.. ingatkan ada..hehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Nurrul: hehee. baru je bertukar..hahaha
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Rozuan Ismail: dua jam dah padam macam tu..hehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@hana hadi: hahaha. siap bagi percent lagi..hahahaha
Unknown Unknown 07 May, 2013
@♥ Miss Hearty ♥: hahaha. aura wajah wakil rakyat ye.hehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@KY: 5 tahun sekali kan? betul juga tu.ehehe
Unknown Unknown 07 May, 2013
@aTieYusof Family: ada juga yang berumur 40 lebih beratur panjang.. kesian juga tengok
Unknown Unknown 07 May, 2013
@Anarm: memang nak kena pergi petang lah 5 tahun lagi.hehehe
cik tom cik tom 07 May, 2013
ciktom pn 1st time mgundi..hee
Bin Muhammad Bin Muhammad 07 May, 2013
Salam Boni,
Panjang giler barisan tu Bro! Eloklah...lama skit kat tempat mengundi tu, pertama kali tapi jgn jadi yg terakhir pula ye...
حاني رملي حاني رملي 08 May, 2013
salam en boni kenapa berat sgt ni blog? :p

Saya harap en boni wakil rakyat pru15..hahah lingkop semua :p

Yeah. Rakyat adalah keutamaan.. Ingat tu PM malaysia. jgn dicapati atau dilempengkan pulak.
Ezad Skytech Ezad Skytech 08 May, 2013
kalau dtg lambat...mmg menapak la nak tunggu kan...haha...
Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 08 May, 2013
boni , mohon jadi wakil rakyat 5 tahun akan datang. hahhaha. :P
Unknown Unknown 08 May, 2013
Kali pertama?? 28tahun?? Abang Boni tua setahun dari saya rupanya..hahaha
Unknown Unknown 08 May, 2013
Ye..utamakan rakyat terlebih dahulu.. jgan jadi tuan besar kepada rakyat..
Si Matatajam Si Matatajam 08 May, 2013
Untung adik Boni memiliki abg yg terlalu kacak..muahahaha... Selesai sudah tanggung jawab tu yek Boni.. Kim salam mak Boni..
wazy wazy 08 May, 2013
Perghh semakin kacak tu,hehe ..sama la excited juga mengundi buat kali ke-2,walaupun penat beratur panjang,tapi dapat juga tunaikan tanggungjawab mengundi
Dkna Abza Dkna Abza 08 May, 2013
28 tahun baru ada kesedaran sivik nak mengundi ker boni?? kahkahkahkah.. *lariiikk :p
::EIDA:: ::EIDA:: 08 May, 2013
Eh eh blog makin kacak LOL. Boni dah 28? tua dah. aiols muda lagi rupanya.. hahahhaaa
AnonymousAnonymous 08 May, 2013
ingat tukar color blog ikut color dakwat mengundi rupa2 tukar ke ungu, neway nice color tu !
Unknown Unknown 08 May, 2013
payung gambar herman tino...erk wujud ke benda tu eheh :)
Fiza Rahman Fiza Rahman 08 May, 2013
Wah...blog makin kacak lah ☺☺

Dah 3 kali saya mengundi. Kali ni gi petang. Memang tak ramai org. Tak sampai 5 minit pon ☺☺
Miss Zahirah Miss Zahirah 08 May, 2013
org kta dakwat biru tu cuma dakwat stamp pad aje..
mmg ble hlang cpat..
dgr citer harga jutaan?
huhuhu
maszull maszull 08 May, 2013
assalamualaikum boni...oh yer ke pertama kali mengundi rupa2nya..:)
Unknown Unknown 09 May, 2013
@boni kacak:
mesti depa tak perasan tu........
ke depa malu nak tegur....he3
Dayang Deno Dayang Deno 10 May, 2013
2 jam boni beratur? sama ngan deno jugak.. 2jam beratur.. tapi yg geram ada org potong barisan! kita penat2 beratur, dia sng2 je potong.. bengang jap.. btw boni, deno ada payung.. hehe.. nak jalan ke tempat mengundi tu dah bawak payung siap2.. hehe..
Tengkubutang Tengkubutang 10 May, 2013
ha2.. trauma ke boni? jangan serik mengundi tauu!
QasehnyaRania QasehnyaRania 11 May, 2013
kena perbaiki lagi tu..

cik lisa cik lisa 11 May, 2013
sudah lepas tanggungjawab sebagai seorang pengundi, kini Najib kena jalankan pula kerja, dia, wahahaha
Aimacomel Aimacomel 12 May, 2013
28 baru pertama kali?? kekeekke,
tahniah dh jalankan tanggungjawab sbg rakyat Malaysia. 5tahun lg I pangkah U plk la boni. hehehe,