Tengah- tengah menyandarkan diri kekenyangan, dibantu dengan perut yang agak boroi tapi stylo ni, tiba-tiba aku tersengar dua orang lelaki berbual sesama sendiri sambil berjalan melintasi port aku.
"Kah kah kah!",dialog lelaki pertama.
"Dia suka baling batu sembunyi tangan.",dialog lelaki ke dua.
Aku yang mendengar perbualan dorang terus tersenyum. Masih ada lagi orang melayu yang bersembang menggunakan ayat-ayat peribahasa ni. Zaman sekarang ni susah nak dengar peribahasa-peribahasa ni digunakan. Terbaekk dua orang lelaki tadi. Tapi dalam terbaeekk tu ada juga yang tak baekk. Korang fikirlah sendiri. Heh heh.
"Bagai menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.",tegur aku kepada dua orang lelaki tadi... Tapi dalam hati je lah. Hahaha.
Jangan pelik dengan kehadiran gambar-gambar ni. Memang tak ada kena mengena pun dengan cerita ni. Hahaha.
Maksud peribahasa melayu kat atas tu :-
Baling batu sembunyi tangan : buat jahat pada orang lain selepas tu berpura-pura tak tahu
Menarik rambut dalam tepung : berlaku bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah