Fikiran Melayang Entah Ke Mana

Malam ni otak aku ligat fikir itu fikir ini. Kadang-kadang tertanya juga aku, kenapa kita selalu disalah erti? Manusia ni selalunya akan menghukum kita tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Apa lagi dengan kehadiran orang yang suka menyucuk dan menghentam belakang kita hingga menyebabkan ramai orang mula membenci kita. 

Aku banyak perhatikan apa yang berlaku di sekeliling aku. Pusing-pusing benda yang sama juga terjadi. Adakah fitrah manusia sebegitu?  Patutlah ramai cakap diam itu lebih baik kerana lidah lebih tajam daripada pisau.

Seketika kemudian, otak aku mengenang pula segala masalah-masalah yang aku alami. Tiba-tiba terngiang-ngiang pula detik-detik kegelapan aku. Detik aku ditimpa kesusahan yang tersangat-sangat. Aku masih ingat lagi aku mengira duit syiling semata-mata nak membayar air. Tiga tahun aku beraya tanpa baju baru. Aku kutip baju-baju lama supaya aku dapat gunakan untuk beraya. Di saat itu, tiada sesiapa menghulurkan tangan membantu aku. Aku merangkak dan merangkak untuk berdiri semula. Sampai satu tahap, muka aku menjadi cengkung yang teramat sampai ada yang menyangka aku hisap dadah. 

Entahlah.. Malam ni tiba-tiba jiwa aku jadi kacau. Aku tak tau kenapa jadi macam ni. Bermacam-macam yang bermain di fikiran aku. Mungkin aku terlalu kepenatan. Kepenatan mencari rezeki. Mungkin kepenatan yang tersangat-sangat ini lah yang membuatkan segala aura positif aku bertukar menjadi negatif. Tapi nak buat macam mana. Hidup tetap perlu diteruskan. 
Fikiran Melayang Entah Ke Mana

{ 11 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 07 December, 2013
Boni g amek air wudhu wat tahajud... sabar2 jangan biar hidup diselubungi masa silam yang dh lepas ok...

situasi memang xsama tapi pengalaman mungkin memerlukan semangat yang sama...

nak bangkit kena kuat dan sabar *kemain aq nasihat...* bukan.... moral support kan, sebb kie rasa apa yang Boni rasa... gittew....

take care Boni... kie as student pun ada prob.. weolzz ada probz... :) smile3x ok...
Abil Fikri Ahmad Abil Fikri Ahmad 07 December, 2013
Kadang2 bro rasa negetif ni pun ada baiknya, kalau positif saja memanjang tak balance pulak corak hidup kita..
Hey B! Hey B! 07 December, 2013
'fire stone' nie la y paling bahaya....
Bahrain Bahrain 07 December, 2013
Kena muhasabah diri selalu.
Unknown Unknown 07 December, 2013
Just be a positive and zikir
Allah may help u =) insyallah
hana hadi hana hadi 07 December, 2013
tanpa perkara2 yang lalu, xkan terjadi diri kita yang sekarang ni kan..

ada kaitan x dengan entri..hehe
Unknown Unknown 07 December, 2013
tabah boni yg kacak..:)
Allah beri ujian kerana diri kita terpilih...terpilih utk menerima dan melalui ujianNya. Be strong..:D
Korn Ahmad Korn Ahmad 09 December, 2013
sumtime bagus untuk kita bermuhaasabah kan diri utk mendekatkan diri kepada Nya..
Cik Itah Cik Itah 09 December, 2013
kenapa tu boni? ada masalah ke? be positive ya..semoga semuanya dipermudahkan untuk boni..
membaca kisah kesusahan boni..sedih pula terasa..
apapun..dont give-up..hidup perlu diteruskan..
Afasz Afasz 09 December, 2013
sabar ye boni,.. boni kan kacak :D
fairus fairus 10 December, 2013
DUNIA INI SEUMPAMA PENTAS DRAMA, KITA YANG MENJADI PELAKON.. SUSAH SENANG HADAPILAH DENGAN TENANG..