BACUL SANGAT KE LANGGAR LEPAS TU LARI?

Hari ni Malaysia dikejutkan dengan satu lagi kes langgar lari. Tapi kantoi sebab orang dapat Detect nombor plat. Habis terbongkar muka pemilik kereta. Aku yang tengok pun jadi geram. Kenapa mentaliti orang macam ni masih wujud? Apa kau ingat yang kau langgar tu ayam ke? Lepas langgar lepas tu biar? Kejamnya ada manusia macam ni. 

Aku marah ni bukan sebab apa? Sebab semalam aku sendiri menyaksikan satu kejadian langgar lari beberapa puluh meter depan aku je. Dan aku sendiri hampir-hampir terlibat sama. 

Tengah aku bawak motor dalam keadaan yang memang bergaya, tiba-tiba aku nampak depan ada satu kelibat macam melayang-layang. Keadaan tak berapa jelas sebab jalan yang aku lalu tu memang gelap. Dari Sungai Buaya menuju ke Bukit Sentosa memang jalan dia gelap gelita. Tiba-tiba aku nampak percikan api. Mula-mula aku ingatkan Goku berubah jadi Super Saiya, tapi bila tengok motor depan aku mengelak ke tengah jalan baru aku sedar yang depan motor tu ada satu lagi motor yang jatuh.

Motor depan aku yang mengelak ke tengah jalan tu sikit lagi nak masuk Lane sebelah dan hampir bertembung dengan lori. Aku dah panik. Sebab aku tak nampak motor yang jatuh tu. Aku tak nampak mana kedudukan motor tu. Aku risau motor tu melintang kat tengah jalan. Aku terus mengelak ke tengah sikit. Memang nasib aku baik. Sikit lagi aku nak langgar motor yang melintang tengah jalan tu. Aku cuma nampak kelibat penunggang motor tu melompat ke tepi jalan je sebab takut dilanggar kereta kat belakang.

Aku berhenti dan dapatkan penunggang motor tu. Aku perasan dia pekerja Perodua sebab baju dia pakai. Aku tengok tangan dia dah terkoyak. Berdarah-darah. Dan aku terus tanya dia apa yang terjadi. Katanya ada kereta Myvi Putih himpit dia. Dah lah himpit sampai dia jatuh, lepas tu terus pecut tak berhenti. Dem! Disebabkan pemandu kereta Myvi Putih tu yang himpit penunggang tu sampai jatuh, pemandu tu jugak hampir menyebabkan motor depan aku eksiden bertembung dengan lori, dan hampir jugak menyebabkan aku bersepai atas jalan kalau tak mengelak motor yang jatuh tu. Apa agaknya dalam fiiran pemandu tu kan? Langgar lepas tu lari? Mana pergi rasa tanggungjawab tu? Mana pergi rasa prihatin tu? Mana pergi rasa kemanusiaan tu? Langgar lepas tu lari? Itu memang perangai orang yang tak ada tamadun. Aku cuma mintak korang yang suka langgar lari ni bayangkan kalau yang korang langgar lari tu mak bapak korang sendiri atau anak sendiri. Apa perasaannya tu?

Cuma satu yang terkilan sebab aku tak nampak kejadian tu. Sebab paling utama aku tak nampak sebab jalan tu terlampau gelap.  Kalau aku nampak kereta tu himpit dia, memang aku dah kejar dan dapatkan nombor plat kereta tu. Lampu jalan pun tak ada. Jadi, kepada wakil rakyat Hulu Selangor, sila ambik Port pasal jalan ni ye. 


kes langgar lari, langgar lepas tu lari, kejadian langgar lari, kejadian langgar lari di Bukit Sentosa, kes langgar lari di Bukit SentosaJadilah manusia yang bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Nilai-nilai ni yang makin hilang pada manusia zaman sekarang.

{ 16 comments.. read them below or add one }

Scha Nazri Scha Nazri 26 August, 2014
Sampai begitu sekali. Allah. Teruknyaaa
Tunsha Ayunie Tunsha Ayunie 27 August, 2014
sebab bacul la jadi cenggitu....
dah banyak tengok sekarang jenis langgar lepas tu blah...

plain83 plain83 27 August, 2014
serius bacul gila... kesian yang kena langgar tu, adusss...
Santan Manis Santan Manis 27 August, 2014
Ni bukan bacul lagi ni, tahap bangang dah ni :**

http://santanmanis.blogspot.com/2014/08/wira-malam-bukan-sekadar-pendekar-pilih.html
Nadia Johari Nadia Johari 27 August, 2014
bahaya macam tu..dahla takde lampu kang penunggang lain pun turut sama kemalangan
ZULHILMI TEMPOYAK ZULHILMI TEMPOYAK 27 August, 2014
beso kecik beso kecik kecik je aku tengok aiihhhh
Cik Itah Cik Itah 27 August, 2014
salam. huh! bad habbit!
DILA ELLA DILA ELLA 27 August, 2014
teruknya memang tak bertanggungjawab..
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 27 August, 2014
Teruk betul perangai pemandu kereta myvi tu.. haishh geram pula ena.. tak mengapa, hari ni hari dia, hari esok tengoklah
najihahfara najihahfara 27 August, 2014
selalu langgar lari macam tu. nasib baik kamu x apa-apa.
kalau sempat amik plat kete ok la kan
Lea IsNawi Lea IsNawi 27 August, 2014
pape pun, nasib baik umur pemuda tu panjangkan
Kekzamanis Kekzamanis 27 August, 2014
Allahu Akbar.. Nasib tak jadi pape yang teruk.. Apalah manusia zaman skg ni.. Mana pegi nilai tamadun pun taktaula.. Hmmm..
Rosmiza Ali Official Blog™
::EIDA:: ::EIDA:: 27 August, 2014
insy, ALLAH bagi balasan CASH dekat dia nntiii.. ;(
Unknown Unknown 27 August, 2014
baru naik kereta la tu,.dok rasa diri kebal..tunggu la..habuan untuk dia pun ada nanti..
Ezad Skytech Ezad Skytech 27 August, 2014
ada la BALASANNYA nanti tu...owner MyVi putih tu nak lari mana kan...tapi aku memang geram dengan orang macam ni..tahu jalan gelap, hati2 la bawa kereta tu...argghhh...geram pula bila baca entri ko ni boni...