BLOGGER VOICE - BLOGGER JENAKA (BONI KACAK)

Hari Khamis lepas satu sejarah lagi tercipta buat blog Boni Kacak selepas ditemubual oleh satu Produksi untuk rancangan Blogger Voice di Tvi 180. Terima kasih buat Bro Framestone kerana memperkenalkan blog picisan ini kepada mereka. 

Terpampang wajah kacak separa Pan Asia ini di tv cukup membuat kawan-kawan aku terpesona sekaligus mencairkan jutaan hati para gadis-gadis di Malaysia. Hahaha. Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan yang sanggup membuang masa semata-mata untuk menyaksikan aku beraksi kat tv. Kepada yang terlepas Moment indah tersebut, jangan risau, jangan khuatir. Menggunakan sistem Decoder yang amat canggih, aku telah merakam rancangan tersebut. Jom saksikan.



Terima kasih kepada Team Produksi yang telah sudi untuk menemubual blog Boni Kacak. Ini sangat memberi aku semangat untuk terus berblog dan menghasilkan lagi video-video samada vlog mahupun Shortfilm. Sekarang ni masa sangat membataskan penghasilan video-video. 

Kepada pembaca-pembaca blog Boni Kacak, jangan lupa untuk terus menonton rancangan Blogger Voice di tvi 180 setiap hari Khamis jam 10.30 malam. Ramai lagi blogger-blogger yang akan diperkenalkan. Inilah masanya untuk korang mengenal sisi hidup seorang blogger dan siapakah sebenarnya mereka.


rancangan blogger voice di astro tvi 180, blogger di malaysia, vlogger di malaysia, blogger 2014, vlogger 2014, blogger kelakar, lawak, jenaka di malaysiaUsaha adalah tangga kejayaan buat seseorang. Jadi jangan berhenti berusaha untuk mendapatkan hasil yang cemerlang.

{ 11 comments.. read them below or add one }

PCL PCL 30 August, 2014
Tahniah Boni Kacak.. baru dapat tengok keseluruhan siarannya. Semoga terus maju barkarya dgn vlog dan blog.
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 30 August, 2014
Separa Pan Asia?? hahahahahah apapun tahniah Boni... Ena berbangga dengan kejayaan boni
Unknown Unknown 31 August, 2014
yeahhh boni masuk tv.. den x tgk tv bro, so thanks sbb share kat blog boni vid ni.
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 31 August, 2014
Sempoi bro. Jawapan ko pun baik punya. X sia2 diodang pilih ko. Cuma aku x puas hati apsal gambar gangnam kita tu ko share kat diorang. Hilang macho aku. Hahaha.
Hani Rahman Hani Rahman 31 August, 2014
Wahhh ... Hebat weii ...
Jadi retis lah pulak lepas nie ...
Kekzamanis Kekzamanis 31 August, 2014
Taip apa tu BK??? Kemain laju menaip.. Tapi kat screen home page blog sendiri.. Ok, ini memang lawak..Akakakaka!
Unknown Unknown 01 September, 2014
Tahniah dan all the best Boni Kacak.
Semoga terus berjaya...dan kekal kacak seperti biasa.
Ayu Ayu 01 September, 2014
Tahniah Boni!Proud of you... :)
Unknown Unknown 01 September, 2014
makin ramai la peminat lepas ni.heheh
fairus fairus 02 September, 2014
HUH.. TERBAIKLAH BRO..
TAHNIAH!!