Kemon Selangor! Yukenduit!

Selangor ni aku angin je selalu kalau tengok Game deme. Ada masa Power betul sampai boleh kalahkan Team Power-Power. Adakalanya ibarat teratai layu di tasik madu. Malam ni boleh pulak menang dengan Kelantan 3-0 padahal Kelantan dah kitai JDT 4-1 hari tu. Pelik aku.

Konsistensi. Itu yang tak ada. Selangor kekurangan dari segi konsistensi. Lagi satu penyerang dia aku tak berapa nak minat sangat. Tinggi lampai tapi tak laju. Ingat pesanan aku yang dah bergelumang dalam dosa bola sepak ni 48 tahun. Nak Beat Defend lawan, kena ada Speed. Baru Defend tu mencarut-carut sebab kena tinggal dengan korang. Baru lah Defend tu berdoa agar dilahirkan semula dengan memiliki kelajuan Cristiano Ronaldo.

Untuk Game Last ni, korang nak tak nak kena menang. At Least dapat nombor tiga pun jadilah. Jadi antara tiga pasukan terbaik dalam Malaysia pun dah buat hati ni Happy (sambil lap air mata kekecewaan). 

Untuk Season depan, bahagian serangan memang nak kena perbaiki lagi. Kelajuan dan kekreatifan bila menyerang. Korang ada dua elemen tu, juara liga InshaaAllah dalam genggaman. Aku dah lama dah tunggu Selangor nak julang piala ni tapi dah lama kegersangan. Ibarat seorang duda yang ketandusan kasih sayang dah aku rasa ni.

Ok Selangor? Yukenduit ok! Good Luck. 

keputusan penuh Liga Super 19 Ogos 2015, bola sepak,
Keputusan penuh Liga Super 19 Ogos 2015. Hafiz Mohd




keputusan penuh Liga Super 19 Ogos 2015, bola sepak, Macam mana pun, aku tetap suka tengok taktikal JDT. Total Football walau tak sesempurna Total Football Belanda.

{ 7 comments.. read them below or add one }

onlajer onlajer 19 August, 2015
Kemon jdt u kan duit too

Hahaha

I N A  A I N A A I N A A I N A A 19 August, 2015
kemonnn Selangor dan pahangggg! U can duit duittt hahahaha
fairus fairus 21 August, 2015
Kemon.. Kipidap n dongibab
Khairul Zamri Khairul Zamri 23 August, 2015
Tahniah kepada semua yang menang
nurain nurain 25 August, 2015
jdt dah menang lah... kekekeke