Kisah Dua Kedai Nasi Lemak

Kat kawasan rumah aku ni, ada dua kedai nasik lemak. Bukanlah kedai tapi gerai. Bukanlah gerai tapi kedai. Eh, aku pun konpius kedai ke gerai. Tak penting tu. Yang penting, cerita di sebalik dua kedai nasi lemak ni.

Dua-dua kedai tu jual nasik lemak dngan kuih. Senang macam ni lah. Aku letak nama. Kedai makcik Zaleha Gebu (bukan nama sebenar) dan kedai Faiz Kriket (jugak bukan nama sebenar). Aku tak tau pun apa nama dorang, tu aku agak je tu.

kisah kedai nasi lemak, kedai nasi lemak yang sedap,
Gambar sekadar hiasan. Sumber
Ok, kedai Makcik Zaleha ni tak berapa ramai klien, manakala kedai Faiz Kriket ni selalunya memang ramai. Jadi, aku nak tau jugak kenapa macam tu. Jadi, satu hari ni aku beli nasik lemak kat dua-dua kedai tu. Aku memang nak tau sangat apa punca kedai makcik Zaleha Gebu tu tak berapa laku. Harga nasik lemak kat dua kedai tu sama je. Sebungkus rm1.20

Balik je, aku terus bukak dua-dua bungkus nasik lemak tu. Ni kalau mak aku nampak, mesti dia akan bagi sedas penampo ni sebab nampak anak sulung dia ni tamak betul. Harap rupa paras je penuh dengan kemanisan, tapi nafsu makan serupa syaitan. 

kisah kedai nasi lemak, kedai nasi lemak yang sedap,
Gambar sekadar hiasan. Sumber
Ok, aku mula suap dan nasik lemak kedai Faiz Kriket. Bila nasik dengan sambal masuk dan meresap ke lidah aku, tiba-tiba aku dapat rasakan seperti Izzara Aishah, Neelofa, Nora Danish dengan Fathia Latiff ada kat sebelah aku. Dan setelah aku renungi dalam-dalam, rupanya dorang adalah isteri-isteri aku. Kitorang berada kat satu taman yang sangat indah dengan beberapa ekor biri-biri berbulu emas sedang merayau-rayau tak ada hala tujuan. Dan kami sangat bahagia ketika itu. Seperti kebahagiaan satu rumahtangga yang hidup dalam kemanisan poligami di mana isteri-isteri aku tu gembira bergurau dengan aku dan sesama dorang.

Pang! Tersedar aku daripada khayalan tu. 

Lepas tu aku terus suap nasik lemak makcik Zaleha Gebu. Bila nasik dan sambal menyentuh je lidah yang digosok dengan Colgate ni, secara tiba-tiba aku tak nampak apa-apa. Gelap terus dunia aku. Tiba-tiba aku rasa muka aku macam kena hentak dengan helmet yang diperbat daripada kulit durian. Cepat-cepat aku sedarkan diri dari khayalan yang macam jilake tu.

kisah kedai nasi lemak, kedai nasi lemak yang sedap,
Gambar sekadar hiasan. Sumber
Owh. Aku dah dapat dah jawapan dia. Patutlah kedai makcik Zaleha Gebu tak berapa laku. Rasa dia tak rasa nasik lemak. Tapi rasa nasik putih biasa. Sambal pun langsung tak sedap. Tu bukan nasik lemak, tapi sepatutnya dia kena tulis nasik biasa lauk sambal bawang. Berbeza betul dengan nasik lemak Faiz Kriket. 

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini, kalau kita berniaga tu buat betul-betul. Biar ada keikhlasan kalau berniaga tu.  Kalau tak ada bakat ataupun tak reti buat nasik lemak, jangan jual nasik lemak, jual Vapor. Kalau hanya nak fikir untung je, jangan jual nasik lemak, tapi jual rumah jual tanah. 

Banyak kali dah aku rasa menyesal beli nasik lemak sebab aku rasa kena tipu. Kata nasik lemak, tapi rasa nasik dia betul-betul rasa nasik putih biasa. Sambal pun tak sedap langsung. Macam mana berniaga tu?

kisah kedai nasi lemak, kedai nasi lemak yang sedap,
Gambar sekadar hiasan. Sumber
Korang rasa, ada ke orang akan datang lagi dan jadi Customer tetap korang? Aku rasa sekali tu je orang akan beli. Korang dah rugi Repeat Sale dah kat situ. Lain kisahnya kalau nasik lemak korang tu betul-betul memuaskan hati. Kompem Repeat Sale tu sentiasa ada. Dan makin ramai yang akan bergelar Customer tetap korang. 

Patutlah kedai nasik lemak Faiz Kriket laku keras. Kadang-kadang bila aku nak beli, nasik lemak dia dah habis. Bila sedap, pasti orang suka kan? Dan pastinya akan ramai pelanggan kan? #KIPIDAP Faiz Kriket. Kekalkan rasa dan kualiti tu ye. 

kisah kedai nasi lemak, kedai nasi lemak yang sedap, Berniaga biar ikhlas. Dengan keikhlasan tu InshaaAllah akan diluaskan lagi pintu rezeki kita tu.

3 comments.. read them below or add one

I N A  A I N A A I N A A I N A A 27 August, 2015
Selalu kena camtu boni sebab tu malas nak beli nasi lemak yang mahal2 atau tak pernah rasa.. Rasa entah apa2, dengan sambalnya K.O..
Firzz Radzi Firzz Radzi 27 August, 2015
atau satu lagi boni..nasik sedap sambal tak sedap...atau nasik tak sedap, sambal sedap gila babsssss
Ziana Eunos Ziana Eunos 28 August, 2015
betul tu.. berniaga kene betul2 buat jgn menjual semata2