Apa Yang Membuatkan Filem Polis Evo Ni Ada Ummphh?

Aku sebenarnya jarang gila pergi wayang. Apa lagi filem Melayu. Bukan tak nak Support, tapi kebanyakan filem Melayu bagaikan sebuah sampah yang dibalut dengan kertas hadiah yang cantik. Luar nampak menarik, tapi dalam busuk. Dulu berapa kali aku rasa rugi duit aku beli tiket sebab ingatkan filem tu Best, tapi bila tengok.. adeh.. rasa macam menyesal je tengok. Kalau mak aku tau tu, dah tentu aku kena penampar sulung.

Bila keluar Trailer filem Polis Evo ni, aku dah andaikan dah, filem ni mesti So So jugak. Tapi bila aku tengok komen-komen orang yang dah tengok majoriti cakap Best dan Win, aku mula tak tenteram. Adrenalin aku mengalir laju dalam sel-sel darah aku menandakan aku perlu tengok jugak filem ni. Macam mana sekalipun.

Jadi, semalam aku terus bergerak ke Jusco Aeon Rawang sebab situ je ada wayang yang terdekat dengan aku. Sampai-sampai terus aku beli tiket. Nasib baiklah tiket ada lagi. Tak perlu lah aku mengamuk terbalikkan meja kaunter dan mintak nombor telepon awek yang jaga kaunter tu.

Sinopsis Filem Polis Evo, Kenapa Filem Polis Evo Pecah Panggung, Kekuatan Filem Polis Evo,

Dah beli tiket, aku pun hayati lah filem yang Hit gila-gila ni.

Okeh, jujur aku cakap lepas je aku tengok filem ni, aku boleh katakan filem Polis Evo ni antara filem aksi Melayu yang terbaik selepas Kl Gangster.

Aksi dia aku boleh katakan memuaskan hati. Fighting dia walaupun tak semenarik Fighting Kl Gangster tapi masih boleh diterima nafsu aku ni. Jalan cerita dia pulak boleh tahan. Tak membosankan dan tak meleret.

Sebenarnya, apa yang jadikan filem ni gempak dan menarik disebabkan dua pelakon utama dia. Sam dengan Zizan. Aku rasa kalau bukan sebab dua orang ni, filem ni mungkin tak semenarik yang aku tengok tu. Zizan ni memang orang dah tau dah kekuatan dia tang lawak. Tengok muka pun dah lawak.  Apa lagi bila dia mula bercakap. Ni lagi lah tiba-tiba jadi Inspektor.   Sam pulak kalau dah keluar lawak-lawak serius macam dalam filem Adnan Sempit tu, memang tak leh nak dinafikan lagi. Dia pun sorang pelakon yang boleh bawak watak lawak dengan sempurna.

Filem ni, kalau tak ada Scene-Scene lawak Zizan dengan Sam, mungkin akan jadi filem yang biasa-biasa je. Mungkin gempak dari segi aksi dan jalan cerita, tapi tak mungkin akan segempak ni.

Aku puas hati dengan Filem Polis Evo ni. Dan aku tak rasa rugi beli tiket. Dan aku rasa berbaloi tengok wayang sorang-sorang walaupun asyik kena ngorat dengan awek-awek yang ada kat kerusi sebelah aku.

Filem ni bukanlah segempak filem-filem Hollywood. Tapi boleh dikatakan antara filem terbaik yang pernah dihasilkan Malaysia. Simple. Tak perlu ada jet pejuang, tak perlu ada robot, tak perlu ada adegan beromen atas katil, tak perlu ada adegan tayang Body, tak perlu ada ayat-ayat romantik Pervert. Bila jalan cerita diadun dengan begitu baik sekali dan ditambah dengan dialog yang mantap, ia boleh jadi WOW!

Aku bagi 4 bintang! Wajib tengok kalau korang belum tengok lagi.


Sinopsis Filem Polis Evo, Kenapa Filem Polis Evo Pecah Panggung, Kekuatan Filem Polis Evo, Susah nak jumpa produk-produk Filem Malaysia yang berkualiti sekarang ni. Kalau ada, memang wajib tengok. Owh ye, jangan lupa jugak tengok Filem Kapsul. Itu pun antara filem Malaysia yang berkualiti tu.


{ 15 comments.. read them below or add one }

Yaya Mohd Yaya Mohd 24 September, 2015
Salam...
Serius best??? Bru ingt mls nk tgok huhhu
Tp klo da rmaai katee besst mmg kne p tgok gak ni
😄
Unknown Unknown 24 September, 2015
cik yaya : memang serius best. haha. baik pergi tengok cepat
ERAZ FADLI ERAZ FADLI 24 September, 2015
Kelantan ni tak tahu bila la nak ada cinema.. Hehe..
hilmisidek hilmisidek 24 September, 2015
Tgk trailer pun dah nmpk mcm best
Yana Yassin Yana Yassin 25 September, 2015
Untung lah masih berpeluang tgk wayang . Sejak ada anak lum ada kesempatan lagi nak pi suka2 tgk wei . Anak tak cukup umur lah .
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 25 September, 2015
best ea.. aihhh. adik dh ajak tgk..huhu
fairus fairus 25 September, 2015
Rasa macam nak nengok je cite ni..
Sofinah Lamudin Sofinah Lamudin 26 September, 2015
hahaha... "Adrenalin aku mengalir laju dalam sel-sel darah" ...kelakar laa Boni Kacak. ayat selalu gempak...termasuk sampah dibalut dengan kertas hadiah. memang sesuai jadi blogger.
Sofinah Lamudin Sofinah Lamudin 26 September, 2015
eh ? kapsul tu yang ada Irfan Khairi tu kan ? ke salah...?
Delima Madu Delima Madu 28 September, 2015
Bila tengok iklan filem ni tergerak hati nak tengok tapi tak sempat sebab orang rumah tunggu masa untuk bersalin..ehhmmm..
Eny Abdullah Eny Abdullah 28 September, 2015
dah tengok filem ni mmg best!
Fnd Rocka Fnd Rocka 28 September, 2015
Boni kata best, kena pergilah maknanya
Unknown Unknown 28 September, 2015
eraz fazli : hehe. sabar. kena tunggu dvd keluar tu.

khairul hilmi sidek : memang best pun.. hehehe

yana yassin : mohon cepat besarkan anak tuh. hahaha

nuyui : memang sangat-sangat recommended. hahaha

fairus : wajib tengok! jangan lambat-lambat. hahaha

sophee richer : hehehe, betul tu. yang tu ler

delima madu : hahaha. sabar sabar. kena tunggu dvd keluar tu

eny abdullah : kan... hehehehe

fendi rocka : memang kena pergi. memang tak menyesal. hehehehe
ajuya ajuya 28 September, 2015
citer zizang dengan adnan sempit tu kan. agak2 lepas ke tak ek nak hajak bigboss pergi tgk. hehe.
Unknown Unknown 28 September, 2015
ajuya : dok tera dok tahu tuh.. hahaha..