Aksi Bertarung. Nampak Macam Mudah, Tapi Sebenarnya Susah.

Alhamdulillah. Aku kembali bersiaran kat blog aku ni setelah dilanda kebizian melampau sejak dua menjak ni.

Ok. Kali ni aku saja nak Story tentang aksi pertarungan yang aku jayakan kat salah satu video Raksasa Manja. InshaaAllah akan ditayangkan tak lama lagi.

Sebenarnya aku memang suka tengok aksi-aksi pertarungan kat filem terutama filem-filem kungfu Hong Kong yang bagi aku sangat menarik dan lincah.

Jadi, bila tibanya waktu Shooting untuk video aksi ni, aku agak teruja sebab ianya sangat menyeronokkan. Tapi walaupun ianya amat menerujakan dan jugak mengghairahkan, tapi ianya jadi sulit sikit bila aku ni hanya ada Basic silat gayong je, Itu pun cerita masa darjah 6. Itu pun belajar sekerat jalan sebab kat kelas silat tu tak ada awek. Hahaha.

Ditambah lagi dengan tahap kecergasan aku yang berada kat tahap yang sangat menjengkelkan. Tak Fit langsung aku.

aksi pertarungan dalam filem
Antara beberapa babak kat dalam video yang bakal menyusul tak lama lagi. 
Baru aku tau macam mana rasanya bila Shooting Scene-Scene Fighting. Nampak je macam mudah kan, tapi sebenarnya sangat-sangat susah. Itu pun bukan banyak pun aksi-aksi yang terhasil hari tu. Beberapa ketul je. Itu pun dah pancit dan terus kena asma. Hahaha.

Jadi, aku agak tabik lah pelakon-pelakon filem aksi terutama Fighting ni. Macam mana lah dorang hadap kepenatan dan kesemputan yang agak mengerikan ni. Nak kena hafal step pulak tu. Salah step boleh lebam muka. Mata dah lebam, awek boleh mintak putus tu.

Ok, setakat ni je lah aku nak bebel. Nantikan ye video aksi Raksasa Manja yang akan muncul tak lama lagi kat Youtube. Mungkin tak sehebat dan selincah filem-filem aksi yang ada, tapi aku rasa ni yang dah terbaik kitorang buat untuk eksperimen video aksi yang pertama kitorang.

2 comments.. read them below or add one

Kekzamanis Kekzamanis 05 May, 2016
Waiting for the video.. Ngeehehe..
Unknown Unknown 05 May, 2016
hahahaha.. tunggu....