Terima Kasih Ephyra!

Terima kasih Ephyra!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni aku tak nak bebel panjang sebab otak aku masih belum di tahap yang terbaik untuk memerah setiap bait kata-kata yang indah dan puitis. Cukuplah dua perenggan je untuk hari ni.

Ok, baru-baru ni aku ada Join satu Contest yang dianjurkan oleh Team Ephyra. Contest Selfie bersama Mug Ephyra. Nampaknya Ephyra bijak bermain dengan emosi dan jugak keinginan aku. Apalagi aku ni bergelar Mr Selfie. Aku buat keputusan untuk Join Contest tu tanpa syak wasangka maupun buruk sangka pada Ephyra. '

Setelah berfikir secara logik dan mengambil kira setiap sudut bacaan Geomatri dan juga ilmu Fasakh, aku buat keputusan untuk Selfie sambil menunggang motor kapcai terbaik aku. Jom tengok aksi-aksi tak senonoh aku tu.

produk ephyra

Aku tak tau apa istimewanya gambar ni sampai dipilih sebagai salah seorang pemenang Contest, tapi jauh di sudut hati aku mengatakan aku menang disebabkan kesucian yang terpancar di wajah nan suci aku tu.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan..... TERIMA KASIH EPHYRA! Haha. Sorry. Tercapslock pulak. Aku sendiri pun terkejut bila baca.

Terima kasih ye Team Ephyra sebab memilih aku sebagai salah sorang pemenang. Mungkin tak keterlaluan untuk aku katakan yang aku adalah calon terbaik jika Ephyra nak cari duta baru menggantikan Norman Hakim. Hahahaha. Ngamuk Memey Suhaiza kang.

Ok, jom lihat hadiah yang dihadiahkan oleh Ephyra. Tak mungkin set pelangsing daripada kedai Sensei Ah Beng & Kawan-Kawan  pulak kan. Dah tentu lah set-set produk daripada Ephyra sendiri.

gambar-gambar produk ephyra

Mohon cemburu buta. Lepas ni bukan je taf, malahan putih gebu kulit aku ni. Jangan pulak nanti korang ingat ada sorang artis Korea bersiar-siar kat KL.

siapa duta ephyra





Sekali lagi aku ucapkan ribuan terima kasih pada Team Ephyra kerana telah memilih aku sebagai salah seorang pemenang. Dan tahniah jugak pada peserta lain yang telah memenangi Contest ni.

Ok. Abang nak sapu sabun Ephyra tu kat perut. Kalau korang nak tau produk Ephyra ni produk apa, gatal-gatalkan tangan untuk klik Link kat bawah ni. Jumpa esok ye. Bye. Assalamualaikum.

FACEBOOK EPHYRA - Oceanlife2u
WEBSITE - www.oceanlife2u.com

6 comments.. read them below or add one

Dkna Abza Dkna Abza 06 May, 2016
kalau nak repeat order ephyra, jangan lupa whatsapp aku yea boni.. 0172217636. harga murah aku kasi..hehehee..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 06 May, 2016
amboi selfie kemainnnn Boni.