sumber |
Kita semua telah bersama-sama sejak berpuluh-puluh tahun di dalam Malaysia. Walaupun kita berlainan bangsa dan berlainan agama, namun hakikatnya , kita bagaikan satu bangsa kerana bernaung di bawah langit yang sama. Jangan dirosakkan keamanan yang telah terbina selama ini.
Ingatlah, kami masih mampu bersabar lagi jika isu perkauman dimainkan. Walaupun di dalam hati sangat-sangat membara, namun perasaan itu kami buang sejauh-jauhnya agar tidak menggugat keamanan dan keharmonian ini.
Tetapi ingat juga tentang ini. Kami tidak akan mampu bersabar lagi jika yang dimainkan itu adalah agama, Nabi dan Allah, Tuhan kami. Itu semua adalah kekasih hati kami. Walaupun kamu sering melihat kami ini berpecah-belah, tetapi jika disentuh tentang itu, kami akan menjadi satu. Dan kamu pasti tidak akan sanggup melihat apa yang bakal terjadi bila perkara itu berlaku. Kerana kami sanggup mati kerana agama dan kekasih kami.(Nabi dan Allah).
sumber |
Semoga perkara yang berlaku itu menjadi pengajaran buat semua. Marilah kita saling menghormati antara satu sama lain. Kita hidup di dalam keharmonian sudah lama. Kekalkan keharmonian itu. Agama kami mengajar untuk menghormati agama lain. Begitu juga agama anda. Aku juga mempunyai teman berlainan agama dan aku amat menghormati agama mereka. Jadi, peliharalah keharmonian ini. Biarlah ia kekal hingga ke anak cucu kita. - Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam.
sumber |
P/S Ingat, jauhi sikap-sikap sebegitu. Ia tak baik untuk keharmonian kita. Jangan jadikan facebook dan laman sosial lain tempat untuk mengutuk. Ia sangat-sangat tak berfaedah. Dan memberi kesan yang sangat buruk.
baca nasihat smbil angguk2