Aku tak pasti macam mana kualiti dan prestasi motor 135 LC model yang baru. Sebab aku guna second model. Model yang lama. Bagi aku model lama ni agak lasak dan tahan lama sikit. Aku dah guna lebih 5 tahun tanpa ada apa-apa masalah lagi. Cuma kekuranganya adalah dari segi kelajuan. Dari segi kelajuan, memang 135 LC first model yang pegang. First model boleh lari 180km/j. Model yang aku gunakan sekarang ni pula hanya boleh pergi dalam 140km/j-150km/j sebab ada cut off. Manakala model yang terbaru aku tak pasti berapa laju boleh pergi.
Setakat ni, motor aku memang tak ada apa-apa masalah. Cuma yang latest model ni aku tak pasti macam mana prestasinya. Kalau korang ada pengalaman dengan 135 LC model terbaru, boleh kongsi di ruangan komen.
**Teringat masa zaman main motor dulu. Masa tu aku pakai RXZ. Satu hari aku pergi bengkel untuk modified Engine.
" Tauke, saya mau ini motor lari 350km/j. Lu boleh bikin ka?",soal aku.
"Haiyoo, lu cakap sama Legend Maa. Apa yang wa tara boleh buat? Semua boleh maa!!",jawab tauke bengkel.
"Ada betul kaa? Berapa lama boleh siap?",soal aku.
"5 minit sudah siap. Wa kasi tulis 350 saja kat lu punya meter. Tulis pakai Marker Pen. Aiyoo. Lu gila ka apa? Laju itu macam, lu mau terbang kaa??Ini Ar Le Jek maa! Bukan Ducati. Gila punya budak"
Adeh, tak pasal-pasal aku digilakan. Hahaha.