Sampai ke sana, aku terus tukar baju. Tengok kat dalam, Ben Ashaari dengan konco-konco dia dah bergelimpangan dalam gelanggang futsal.
Dah bergelimpangan dalam gelanggang futsal. |
Antara blogger-blogger yang hadir semalam. |
Kemain blogger-blogger ni. Boleh tahan juga dorang main futsal. Tapi memang bukan tandingan aku lah. Aku ni ibarat Messi. Satu dalam berjuta. |
Antara blogger yang hadir malam tu. Meriah. Dan hangit dengan bau peluh masing-masing. Hahaha. |
Memang bagus kalau program dan aktiviti macam ni diadakan selalu. Macam aku, walaupun aku ni tak hebat main futsal, tapi aku dapat jadikan ni peluang untuk beramah mesra dengan blogger-blogger lain dan juga mengeluarkan peluh yang dah bertahun-tahun sebati dengan lemak aku ni.