Hasad Dengki Menentukan Jatuh Bangun Sesebuah Syarikat

Hasad Dengki Menentukan Jatuh Bangun Sesebuah Syarikat

Hari ni baru aku ada kesempatan untuk meluangkan masa dengan blog kesayangan aku ni. Setelah beberapa hari dilanda sedikit masalah. Kabel Streamyx kena curi dah juga masalah kesihatan yang tak telah menghilangkan sedikit kekacakan luar biasa aku ni. Biasalah tu, cuaca tak menentu. Aku pun Direct kena jerebu. Nasib baik bukan denggi, cuma jangkitan kuman kat kerongkong. 

Ok, berbalik pada tajuk utama. Hasad dengki. Rasanya tak perlulah aku terangkan lagi apa makna hasad dengki tu. Ramai yang dah tau, dan dekat dengan perkara ni kan? Ibarat melihat pasir di jalan, ia ada di mana-mana saja. 

hasad dengki, perasaan hasad dengki, akibat perasaan hasad dengki, padah perasaan hasad dengki, hasad dengki dalam syarikat, bila ada perasaan hasad dengki
Sumber
Apa yang aku cuba tonjolkan kat sini adalah hasad dengki melibatkan penghuni sesuatu syarikat atau organisasi yang sama atau dalam bahasa mudah adalah melibatkan pekerja di dalam satu syarikat yang sama. Macam sama je. Hahaha. Mengikut pemerhatian aku yang tak seberapa ni, dapat aku simpulkan, benda ni memang banyak berlaku di mana-mana. 

Bila kita menubuhkan sesuatu syarikat atau organisasi, dah tentu matlamat utama adalah untuk berjaya dan mengaut keuntungan daripada sesuatu bisnes tersebut kan? Tapi macam mana agaknya, bila kita dok sibuk membina empayar, berusaha bersungguh-sungguh tetapi dalam masa yang sama terdapat beberapa perkara yang boleh menjejaskan draf kenaikan syarikat? Antaranya adalah sifat hasad dengki yang ada di dalam sesuatu syarikat itu.

Matlamat utama syarikat ditubuhkan untuk berjaya dan menjadi salah sebuah empayar yang kukuh di dalam negara. Adakah perlu untuk kita cemburu mahupun dengki dengan rakan sekerja yang dinaikkan pangkat atau lebih berjaya daripada kita. Itu kan rezeki dia? Rezeki yang dah ditentukan Allah SWT? Siapa kita nak dengki dan iri hati dengan kejayaan tu? Kita dengki pada siapa sebenarnya sedangkan itu rezeki daripada Allah SWT? Sepatutnya kita bagi sokongan tak berbelah bahagi pada dia. Terus Support dia supaya dia berjaya menaikkan lagi nama syarikat. Bukan dengki atau iri hati. Kita Support dia untuk syarikat juga.  Jika dia berpotensi besar untuk menaikkan syarikat TETAPI disebabkan sifat hasad dengki tu, dia dijatuhkan. Apa akan jadi pada syarikat? Syarikat akan bertahan ataupun jatuh? Harus diingat, menjatuhkan dia bermakna kita menjatuhkan syarikat juga. Bila syarikat jatuh, rasa-rasa seluruh penghuni syarikat itu akan bekerja seperti biasa ke? Silap-silap syarikat tak berupaya nak bayar gaji kita. Siapa yang susah? Tumbuk perut tanya selera.

hasad dengki, perasaan hasad dengki, akibat perasaan hasad dengki, padah perasaan hasad dengki, hasad dengki dalam syarikat, bila ada perasaan hasad dengki
Sumber
Aku memang banyak perhati gelagat manusia sekarang ni. Malangnya, sifat hasad dengki tu susah nak dijumpai pada bangsa lain. Banyaknya pada bangsa Melayu. Maaf cakap, sebab itulah syarikat-syarikat Melayu memang susah nak naik. Disebabkan masalah utamanya adalah sifat hasad dengki yang bersarang dalam diri. Tak boleh melihat orang lain senang. Tak boleh melihat orang lain lebih berjaya.Tak boleh tengok apa yang orang lain perolehi. Ingatlah, rezeki dah tertulis. Rezeki kita banyak ni, rezeki orang tu banyak ni. Dah ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap bahagian orang lain-lain. Tak perlu lah kita nak kisahkan tentang orang lain. Setiap pertikaian kita terhadap rezeki orang lain bermakna kita mempertikaikan Allah SWT. Betul atau salah apa yang aku cakap ni? Kalau salah, sila perbetulkan. Yelah, aku ni bukanlah seseorang yang baik dah alim, tetapi mengikut pemahaman aku, rezeki adalah kurniaan daripada DIA. DIA yang memberi rezeki. Jika kita pertikaikan, bermakna kita pertikaikan siapa? 

hasad dengki, perasaan hasad dengki, akibat perasaan hasad dengki, padah perasaan hasad dengki, hasad dengki dalam syarikat, bila ada perasaan hasad dengki,
Sumber
Jadi, diharap dengan artikel yang tak seberapa daripada aku yang tak seberapa ni dapat juga meninggalkan kesan walaupun sebesar zarah pada korang yang membacanya. Sama-sama kita buang sifat dengki yang ada dalam diri kita ini. Kita dah jauh tersasar sebenarnya. Antara sebab bangsa Melayu ni berpecah belah pun disebabkan sifat hasad dengki ni. Antara sebab kita susah nak berjaya pun disebabkan sifat hasad dengki ni. Jangan kita terus menggaru kurap yang ada di kulit sebab ia akan terus merebak. Cari penawarnya. Marilah kita kembali rapatkan saf. Itu yang terbaik. 

*Jom sama-sama kita amalkan surah Al-Kahfi ayat 10 pertama dan 10 terakhir. Baca sekali maksudnya. 

#prayformh370  #mh370

{ 14 comments.. read them below or add one }

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 20 March, 2014
Betul tuuu boni, ena pun byk juga perati orang2 macam ni.. ena ni pun ada juga perasaan dengki tu tapi benda tu semua boleh dikawal dengan akal dan terapkan sifat positif dalam diri..
Aku pengembara Aku pengembara 20 March, 2014
Hasad dengki ini memang satu sifat busuk yang boleh meruntuhkan sesebuah syarikat mahupun perniagaan. Lebih menyedihkan lagi, perasaan inilah yang telah bersarang dalam diri kita melayu..Sedih tgk Melayu kita kan Boni..
Aku pengembara Aku pengembara 20 March, 2014
Hasad dengki ini memang satu sifat busuk yang boleh meruntuhkan sesebuah syarikat mahupun perniagaan. Lebih menyedihkan lagi, perasaan inilah yang telah bersarang dalam diri kita melayu..Sedih tgk Melayu kita kan Boni..
ZULHILMI TEMPOYAK ZULHILMI TEMPOYAK 20 March, 2014
dah lama aku tak puas hati dgn kekacakan kau..
ZULHILMI TEMPOYAK ZULHILMI TEMPOYAK 20 March, 2014
dah lama aku tak puas hati dgn kekacakan kau..
Blogs Of Hariyanto Blogs Of Hariyanto 21 March, 2014
saya setuju dengan boni..bila ada orang lain yang memperoleh rejekinaik pangkatatau mendapat kejayaan..kita patut mendukung dan memberi support untuknya...dengan demikian hal itu akan jadi pembuka pintu juga rezeki bagi kita juga....
tak ada gunanya memelihara hasad dengki dalam hati akan kejayaan orang lain, karena itu akan membuat pintu rezeki bagi kita,
btw- semoga boni kembali sehat dan beraktifitas seperti semula lagi...keep happy blogging always...salam dari Makassar Indonesia :-)
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 21 March, 2014
InsyaAllah nak, penyakit hati ini hanya kita yang boleh mengubatnya sendiri...
Lea IsNawi Lea IsNawi 21 March, 2014
besar gedabak tulisan..huuuu

takbaik dengki2 ni.

fairus fairus 21 March, 2014
SIKAP YANG ADA PADA MANUSIA.. BILALAH KITA NAK BERUBAH..
Blog Santai Blog Santai 21 March, 2014
Sedihkan Boni..sifat hasad dengki tu tak pernah berubah. Dulu kini dan selamanya...
Ayu Ayu 24 March, 2014
Hasad dengki yang membawa kepada kehancuran diri sendiri...nauzubillah...
Pn Ayu Pn Ayu 24 March, 2014
betol tu boni..kenapa nak hasad dengki sesama manusia kan, rezeki tu datangnya daripada Allah :)
Pykaa Pdott Pykaa Pdott 25 March, 2014
Pyka cukup bnci org yg berdengki nie . Allah dah bg rezeki masing2 so tyah la smpai nak berdengki kan . Haish .
Unknown Unknown 26 March, 2014
orang tak leh terima kita lagi bagus dia mungkin :/ tu yang ada hasad dengki.. dia mungkin tak tahu ALLAH akan bagi rezeki dekat seseorang kalau dia sentiasa ingat dan berdoa. insyaallah dapat..

http://iluvtour.com