Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 Memang Mabeles!
Antara majlis yang sememangnya di tunggu oleh blogger-blogger seluruh tanah air adalah Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network. Bukan aku nak cakap bongkak mahupun takbur, tapi aku boleh katakan yang penganjuran kali ni antara yang paling terbaik daripada sebelum ni.
Sepetang Bersama Blogger 2012
Aku mengikuti majlis Sepetang Bersama Blogger dari pertama kali ia diadakan. Masa tu tahun 2012 kalau tak salah aku. Aku pun dibawa oleh sifu aku iaitu Zarul Umbrella. Aku masih ingat masa tu aku tak kenal sesiapa pun. Maklumlah, aku dulu tak tau langsung dunia blog ni dan tak tau langsung tentang Networking. Penganjuran ketika tu boleh dikatakan agak menarik walaupun kehadiran blogger dianggarkan sekitar 50 orang kalau tak salah aku. Aku pun tak berapa ingat.
|
Kemunculan pertama kali Bro Ilham di khalayak ramai. Heh heh. |
|
Nampak tak perbezaan Bro Framestone dulu dan sekarang? Hehehe |
|
Antara blogger yang terawal aku kenal dulu. Termasuklah Allahyarham Jejai yang berbaju hitam. Salah seorang daripada Big Bro aku. Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada beliau. |
Sepetang Bersama Blogger 2013
Tahun ke dua dilangsungkan, Sepetang Bersama Blogger menampakkan peningkatan yang agak ketara dengan kehadiran sekitar 100 orang blogger. Dan aku sendiri mula mengorak langkah lepas mengetahui serba sikit cara untuk memperkenalkan jenama kita pada blogger lain. Senjata rahsianya adalah kad nama. Kad nama biar ada muka sendiri. Heh heh. Baru orang senang nak ingat dan kenal. Itu yang aku praktikkan sampai sekarang. Dan masih lagi mempraktikkannya. Satu kelebihan bila berlangsungnya majlis-majlis macam ni, kita dapat peluang untuk menyebarkan lagi jenama kita pada blogger-blogger dan juga Advertiser yang lain.
|
Nampak lebih meriah dengan kehadiran tiga belon kat atas tu. Bro Denaihati masih lagi mengekalkan imej yang sama |
|
Lebih meriah untuk tahun ke dua penganjuran. |
|
Nampak aku agak kecengkungan kali ni. Tak cukup makan Friskies. |
Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014
Alhamdulillah, untuk Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 ni, sambutan memang di luar jangkaan. Disebabkan aku pernah hadir ketiga-tiga majlis ni, aku sendiri dapat katakan sambutan kali ni memang terlalu MABELES! Dengan kehadiran lebih daripada 300 peserta yang dapat didaftarkan dalam hanya seminggu tempoh pendaftaran dibuka.
Bukan tu je, jika sebelum ni Hotel Singgahsana menjadi lokasi penganjuran majlis sepetang bersama blogger, untuk tahun 2014 ni, ia diadakan di Saloma Bistro. Satu lokasi yang memang menarik dari dulu lagi. Dan ia benar-benar membuat peserta-peserta majlis berasa teruja.
Aku dapat ungkapkan yang sambutan Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 merupakan satu majlis gilang gemilang yang melibatkan para blogger. Nampak anjakan paradigma untuk penganjuran majlis kali ni. Dan, blogger-blogger yang hadir juga kesemuanya sangat sempoi dan mabeles lantas memeriahkan terus suasana.
|
Kali ni beliau nampak lebih RARE dan garang. Aku gelarkan beliau Tailong Blogger. |
|
Band Budak Kacamata Kacak akan beraksi! |
|
Penyanyi lupa lirik dari rancangan Jangan Lupa Lirik musim ke tiga. Hahaha |
|
Meriah dan HAVOC penganjuran kali ni. Sangat RARE! Ini pun separuh ada kat bawah stage dan luar, tak semua masuk bergambar. |
Aku bagi lima bintang untuk penganjuran Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 ni. Ia memang MABELES!
*minta izin cedok gambar ye kawan-kawan. Hehe