FAKTOR TERBESAR KEKALAHAN MALAYSIA KEPADA THAILAND

Keputusan Malaysia bertemu Thailand tadi kat Bukit Jalil untuk Final kedua Piala Aff 2014 berkesudahan Malaysia menang 3-2. Tapi sayang sekali. Kemenangan ni masih tak dapat menjulang Malaysia untuk menjuarai Piala Aff sebab Malaysia masih kalah dengan keputusan agregat 3-4. 

Faktor terbesar kekalahan Malaysia kepada Thailand adalah disebabkan Safee Sali. Hahaha. Buat pasal aku ni. Tak tak. Aku bergurau kasar je tu. Ok, aku serius ye. 

Dalam Game malam ni, ada yang mengatakan Player Thailand memang sangat berkualiti dan jauh meninggalkan Player Malaysia. Yang tu aku setuju tang berkualiti tapi membandingkan yang kualiti pemain Malaysia dengan pemain Thailand jauh berbeza aku memang tak berapa setuju. Tengok pada keseluruhan Game, aku dapat katakan yang Player Malaysia juga ada kualiti tersendiri. Bagi aku lebih kurang je Levelnya. Kualiti ni pun aku baru nampak Start daripada Malaysia bertemu Vietnam dalam Game kedua separuh akhir tu. Aku ada buat sedikit uji kaji guna penunu Bunsen, dan aku nampak kualiti dorang agak seimbang. 

Apa yang aku nampak sebenarnya faktor terbesar dan faktor utama kekalahan Malaysia kepada Thailand adalah dari segi stamina. Yang ni aku dah berulang kali sebut sebelum ni. Player Thailand dibarisi dengan ramai pemain muda sedangkan Malaysia pulak dibarisi ramai Player Otai masih berbisa. Ini yang mewujudkan satu jurang ketara antara Malaysia dengan Thailand. Mana mungkin pemain otai ni dapat bertahan dengan kelajuan dan stamina dari pemain muda Thailand. 

Aku sendiri pun dah nak masuk 30 ni dah terasa berbeza stamina aku kalau main Futsal. Kalau dulu, aku boleh berlari keliling Court Futsal siap turun naik turun naik lagi. Bukan nak berlagak tak tentu hala, tapi itulah kenyataannya. Aku mampu untuk mengekalkan stamina aku walaupun berlari tak henti-henti sambil sesekali menjeling-jeling awek-awek yang jadi penonton masa tu dan mintak nombor telepon masa tengah berlari pecut. Hebat tak hebat bukan stamina aku? Tapi sekarang ni, bukan je nak lari turun naik turun naik, nak berkelip mata masa lari pecut pun aku dah pancit. Paru-paru rasa macam nak meletup. Rasa macam nak keluarkan kejap paru-paru aku ni kat tepi Court dan teruskan permainan. Stamina bila umur dah meningkat ni sangat berbeza dengan stamina zaman-zaman muda bergetah. Jadi inilah yang menyebabkan Malaysia kalah kepada Thailand.

SEBAB-SEBAB UTAMA MALAYSIA KALAH KEPADA THAILAND DI FINAL PIALA AFF 2014, KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS THAILAND FINAL KEDUA PIALA 2014 DI STADIUM BUKIT JALIL, MALAYSIA KALAH BERTEMU DENGAN THAILAND
Nampak tak pemain nombor 17 tu? Walaupun berkualiti dari segi kekacakan dan permainan bola, tapi bila dah berumur, stamina dah mula longgar. Tak padu lagi macam zaman muda beliau. Mana mungkin nak kekalkan stamina macam pemain-pemain muda Thailand. SUMBER
Game malam ni antara yang terbaik aku pernah saksikan di pentas Asia Tenggara. Ia sangat Fantastik. Bombastik, dan juga roti bom. Terima kasih kepada kedua-dua pasukan kerana mempersembahkan aksi yang sangat menarik, Game laju dan sangat menghiburkan. Aku juga nak ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pemain Malaysia memberi persembahan terbaik biarpun tak memenangi Piala Aff edisi kali ni. Walaupun kebanyakan dorang Otai, tapi memberikan semangat melawan dan tak mudah putus asa. Itulah semangat harimau yang kita nak. 

Alangkah sayangnya jika Malaysia tidak ada lagi pengganti kepada dorang-dorang ni. Aku masih tak nampak lagi pemain-pemain muda yang setaraf atau lagi hebat daripada Safiq Rahim, Shukor Adan, Indraputra, Kunanlan, Amri Yahyah. Piya, Matyo, Apek, dan mungkin juga Safee Sali. 

Aku masih tak nampak objek-objek yang lebih hebat daripada dorang ni. Takkan untuk edisi akan datang masih lagi nak menggunapakai pemain yang sama? Walaupun mereka hebat, tapi susah nak kalahkan lawan. Dah terbukti dalam Game malam ni. Kita kalah disebabkan Stamina. Kita ada Player yang berkualiti macam nama-nama yang aku sebut kat atas. Kualiti memang kualiti terbaik. Tetapi kualiti ni takkan berkekalan. Ia wajib disambung oleh generasi-generasi baru iaitu pemain muda. 

Semua orang tak mahu Game yang ditunjukkan malam ni, hanya akan dapat kita lihat malam ni sahaja. Kita nak kesinambungannya. Kita nak Game-Game berkualiti yang dihasilkan oleh pemain-pemain berkualiti dapat disaksikan terus menerus. Bukan berakhir malam ni.

Jadi, FAM sewajibnya dan seharusnya menjadikan ia realiti. Cari gali dan Train pemain-pemain muda agar lebih hebat daripada pemain-pemain berkualiti yang ada sekarang ni. 

Dan, macam aku cakap sebelum ni, takkan kita masih nak ulang-ulang Piala yang sama lagi? Kita sepatutnya dah mula hebat bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya di pentas Asia. Bukan lagi Asia Tenggara. Aku dah mula nampak kebangkitan Vietnam. Thailand jugak dah semakin meningkat dan mampu bersaing dengan negara-negara Asia. Tapi Malaysia masih lagi terhegeh-hegeh di peringkat Asia Tenggara.

Kita dah menunjukkan graf kebangkitan, tapi sayangnya graf tu tersekat di skala 6. Eh... tersekat di peringkat yang sama. Dan mungkin juga ada sedikit penurunan. Sepatutnya graf tu dah meningkat dan semakin meningkat. Kita tak boleh lagi berada di takuk yang lama. FAM kena main peranan bersungguh-sungguh. Kita perlukan ramai pemain muda yang berkualiti. 

Aku nak tanya apa jadi pada budak-budak Soccer Kid? Budak-budak tu ramai yang berkualiti. Boleh dikatakan hampir kesemuanya. Dorang boleh bersaing di peringkat antarabangsa, bukan hanya peringkat tempatan. Tapi apa jadi kat dorang? Adakah kualiti dorang akan semakin berkembang? Atau masih tersekat di tahap yang sama? Atau terus menurun disebabkan tak terdedah pada program yang sebetulnya. 

Budak-budak Soccer Kid yang dihimpunkan dulu semuanya terpecah sana sini. Ada yang kena hantar kat sekolah sukan tu, ada yang kena hantar kat sekolah sukan ni. Lepas tu apa jadi? Macam tak ada apa-apa pun yang jadi. Kita dah tau program-program sekolah sukan tak mampu nak hasilkan pemain-pemain yang berkualiti di peringkat lebih tinggi. Tapi kenapa masih kekalkan? Kenapa tak tukar sistem. Kenapa nak guna cara yang sama? Kenapa nak kekalkan cara yang sama kalau ternyata cara tu tak boleh berkembang lebih besar? Kenapa nak kena Stick? 

Jangan tanya aku nak tukar sistem macam mana. Aku tak tau sebab aku bukan orang sukan. Ini yang sepatutnya difikirkan oleh FAM dan orang-orang yang berkenaan. Aku yakin kita ada ramai pakar dalam program pembangunan sukan. Jadi aku harap ADA sistem yang boleh melahirkan seberapa ramai pemain berkualiti di peringkat antarabangsa. Kita memang perlu lahirkan pemain-pemain berkualiti, bukan mengutip. Pergh. Macam tak percaya je aku yang taip ni. Hahaha. Begitu berkaliber penulisan aku kali ni. 

Jadi, jadikan pengajaran daripada kekalahan ni. Kita perlukan pemain muda yang berkualiti. Kita dah boleh tengok pada pasukan Thailand. Dorang dibarisi dengan ramai pemain muda berkualiti. Pemain Malaysia terus menerus harapkan pemain otai. Walaupun mereka sangat berkualiti, tapi sampai bila kualiti itu akan dapat dikekalkan. Satu hari nanti dorang pasti akan bersara dari bola sepak. Satu hari nanti pasti dorang akan lepaskan dunia bola sepak dan mula menumpukan perhatian pada keluarga dan juga bisnes.

Macam aku pun, aku sekarang dah mula tumpukan perhatian pada kerjaya aku sebagai salah seorang pemasang pelamin yang agak kacak. Main futsal pun sekali sekala. 

Jadi, FAM.. teruskan melangkah dengan langkahan positif dan menjadikan graf kebangkitan tu semakin meningkat dan semakin meningkat. Bukan semakin menurun. 


SEBAB-SEBAB UTAMA MALAYSIA KALAH KEPADA THAILAND DI FINAL PIALA AFF 2014, KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS THAILAND FINAL KEDUA PIALA 2014 DI STADIUM BUKIT JALIL, MALAYSIA KALAH BERTEMU DENGAN THAILANDDalam bola sepak, rupa paras tak penting. Apa yang penting hebatnya seseorang pemain itu. Itu yang harus dihargai dan disanjungi. 


{ 10 comments.. read them below or add one }

tarmizi tarmizi 20 December, 2014
harap dollah saleh boleh buat eksperimen..
budakbandunglaici budakbandunglaici 20 December, 2014
Haha ingatkan betul baju no 17 rupanya edit.. tak pe tahun depan ada lagi
suwara entertainment suwara entertainment 20 December, 2014
Ya betul, kita kalah stamina..mana2 game yg HM main, 2nd half dah nampak pancit..ayoyo..sedih mmg sedih..kita dah lead baiknpunya tadi 3-0..bkn senang nk dpt gol sebanyak tu..tapi ending x cantek, kena bedal ngan cik gajah sudah..huhuhu

Apapun, semangat Harimau Malaya tetap membara..teruskan usaha berlipat kali ganda..kalah kita kalah bermaruah..

Diorg dah kena start amik Shaklee ni..ehhh tetiba..hikhik
titan titan 20 December, 2014
Keba tunggu gua jadi jurulatih bola la jawabnya nih..
AzmanAzman 20 December, 2014
Satu lagi kelemahan passing bola jarak jauh masih lemah..kena traning lebih tu hehehe
Nadia Johari Nadia Johari 20 December, 2014
tu dia ulasan panjang..malam ni kedua-dua terbaik.harap ada yang menjadi pengganti mereka..dan mereka juga adalah yang terbaik supaya malaysia mampu ke hadapan
Sukma Sukma 21 December, 2014
Semangat mmg tinggi tapi kualiti main agak kurang...
mselim3 mselim3 21 December, 2014
Assalammualaikum.. bro boni kacak,

mselim3 secara keseluruhan.. suka pandangan dan ulasan bro nie.. kita kekurangan pelapis.. yang berkualiti. Doakan mutu bola sepak kita agar sebaris zaman2 era kegemilangan moktar dahari..k

mselim3
miss yatie miss yatie 22 December, 2014
assalamualaikum budak kacak, lama tak dengar berita, apa kabar
lama tak bersua, tetap sama suka interframe hahaha..

apa2 pun malaysia menang, bukan senang nak kalahkan thai kan
Azrio Kun Azrio Kun 09 January, 2015
Aku suka part pemain no 17 tu.. Adohaii... Haha