HIKMAH DI PAGI HARI

Pagi-pagi ni aku bersiap macam biasa. Dan macam biasa jugaklah hari Isnin aku akan mengantuk teramat bila susah nak tidur malam sebelumnya. Puas aku golek sana golek sini tak boleh tidur jugak. Disebabkan tak boleh tidur, aku paksa diri untuk berak dengan harapan aku akan keletihan lepas tu. Tapi masih jugak tak berkesan. Tau-tau dah pagi.

Lepas bersiap aku keluar dari rumah sambil memikirkan tentang strategi untuk Start motor. Aku fikir macam mana nak menjadikan situasi aku Start moyor tu nampak begitu bergaya dan berkarisma. Tapi fikiran aku terbantut bila tengok tayar depan pancit. Ok, ini yang melemahkan aku. Ini lah punca-punca reputasi aku sebagai seorang pekerja contoh akan tercalar. Dah kompem aku akan lambat pergi kerja.

Aku redah jugak bawak motor tu ke stesen minyak untuk pam tayar. Harapan aku agar tayar tu cuma pancit manja, bukan bocor. Sebab kalau bocor, aku kena menunggu sampai pukul 9 atau 10 baru bengkel motor bukak. Itu sangat membuang masa aku. Pelik jugak aku kenapalah bengkel motor tak bukak seawal pagi.

Dah sampai stesen minyak, aku pun pam tayar. Tapi lepas aku cabut kepala pam tu, aku dengar bunyi angin. Aku Check bontot aku. Risau jugak bunyik tu bunyik aku kentut tanpa aku sedari. Tapi bukan! Bunyi tu datangnya dari tayar aku. Aku Check tayar aku dan..... rupanya.... tayar aku dah dalam Critical Condition rupanya. Selama ni aku merempit, memecut dengan tayar yang tunggu masa nak pecah je rupanya.

Memang ada hikmah tayar aku pancit pagi-pagi ni. Kalau tak, sampai ke sudah aku tak perasan keadaan tayar aku ya g dah reput tu. Bunga tebal lagi, tapi getah dah reput. Inilah tayar-tayar sekarang. Kalau dulu, getah tayar memang padu. Sekarang ni mungkin nak untung lebih, getah pun dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Tu yang jadi tak tahan lama tu. Sebabkan nak untung lebih sampai tak pedulikan nyawa pembeli. Kita pulak terpaksa beli dan mempertaruhkan nyawa kita sendiri demi keuntungan dorang.

2 comments.. read them below or add one

AtiqAziz AtiqAziz 22 December, 2014
Selalu jugak ada masalah susah tidur malam. Boleh guna tips 'berry' tu nnt. kikikii
Lelaki Ini Lelaki Ini 22 December, 2014
susah tidur minum susu dengan makan kacang badam bro. inysallah. haha