Banjir kali ni buat aku hilang mood terus untuk menaip blog mahupun berkeliaran bersiar-siar kat Facebook. Aku jadi serba salah sebenarnya. Aku kat sini masih lagi selesa dalam hidup. Ada tempat tidur, ada tempat berteduh dan juga masih cukup makan pakai sedangkan mangsa-mangsa banjir kat negeri-negeri yang dilanda musibah serba-serbi kekurangan sana-sini. Itu belum lagi yang masih kat atas bukit berlindung di dalam hutan menunggu untuk diselamatkan hinggakan ada yang terkorban tak ada sumber makanan.
Tahun ni memang banjir yang paling buruk dan teruk dalam sejarah Malaysia. Kat Kelantan air naik sampai tingkat 4. Itu memang tinggi.
Aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni. Ini musibah yang diturunkan Allah. Dan musibah ini mungkin diturunkan untuk mengingatkan kita yang sentiasa lalai dan senang berada dalam keadaan selesa. Cuma banyak kali dah berlakunya banjir ni tapi seolah-olah masih tak ada lagi persediaan-persediaan kukuh untuk menghadapinya.
Siapa jangka sama sekali tahun ni banjir betul-betul di luar dugaan. Cuma pada mulanya 'Bapak' kita buat hal dengan pergi bercuti kat luar negara pulak. Nasib baik dia dah tersedar daripada lamunan dan keseronokan duniawi dia dan turun padang terus. Sekurang-kurangnya sejuk sikit hati rakyat yang memang meluap-luap perasaan marah.
Sekarang ni yang terbaik, kita lupakan segala idealogi-idealogi politik masing-masing dan kita bersatu tak kita warna kulit untuk membantu sedaya upaya mangsa-mangsa banjir ni.
Rakyat jugak jangan memandang serong bantuan-bantuan daripada askar dan juga segala jabatan-jabatan seperti jpam kerana mereka dah bersungguh-sungguh memberi bantuan. Jangan sebab kita tak nampak, kita buat tuduhan melulu kat dorang. Aku banyak kali jugak nampak lori-lori askar yang bergerak atas jalan raya dengan muatan-muatan berisi kotak. Yang tu memang aku yakin barang-barang bantuan seperi makanan dan air mineral.
Jangan kita bergaduh sesama sendiri kerana peperangan sesama kita takkan membantu menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi ni. Sama-sama kita berganding bahu untuk membantu mangsa-mangsa banjir ni. Mereka memang memerlukan kita.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan. Betulkan niat tu. Jangan menangguk di air yang keruh semata-mata untuk mendapatkan nama ataupun melonjakkan nama. Jika benar-benar ingin membantu buatlah dengan seikhlas hati bukannya untuk dikenali mahupun mendapatkan pengaruh.
Satu hal lagi yang membuatkan tahun ini satu tahun yang paling buruk buat Malaysia adalah berita tentang kapal terbang Air Asia. Berita ni memang benar-benar menggemparkan kita. Belum selesai lagi bab banjir, satu lagi malapetaka melanda. Mungkin sudah tiba masanya kita mula mendekati diri kita kepadaNYA. Aku sendiri pun selalu leka dan lalai dengan nikmat-nikmat duniawi. Mungkin ini juga faktor Pencipta marah pada kita. Mungkin bencana ini datang sebagai medium untuk Dia menegur kita.
Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat semua.
Lepas satu, satu...
Kalau kita ditempat pemimpin tu pon, entah boleh survive ke tak,
stress levelnya sgt tinggi...
jadi, cara terbaik adalh belajar dr pengalaman dan bertindak utk lebih baik masa akan dtg...