Aku pun tak tau lah apa nak jadi dengan aku sekarang ni.Terlalu sangat dengan Lisa Surihani.Puas aku memujuk damba,menasihati,memeras ugut,menggoreng-goreng hati aku ni,tapi dia nak juga mengingati si Lisa tu.Dia tu dah bercinta dah dengan dengan Yusri Dermaraju.Eh,Yusri KRU.Jangan nak degil sangatlah.Jangan sampai aku bagi arnab kunyah-kunyah hati aku sendiri.
Korang nak tau?Semalam terjadi sesuatu yang sangat-sangat dasyat pada diri aku.Disebabkan Lisa Surihani juga aku mimpi basah.Mimpi ketika itu sangat-sangat indah dan mengghairahkan.
Ketika itu,aku sedang berkejar-kejaran dengan Lisa kat satu kampung yang sangat-sangat cantik.Dipenuhi dengan patung-patung barbie doll berbaju pink.Ganas sungguh mimpi aku tu.Patung tu pun menari mengiringi aku dan Lisa yang ketika itu sedang berehat setelah penat berkejaran.Dan secara tiba-tiba ada seekor cengkerik menghidangkan kami berdua dengan kopi jhantan.Kami menikmati kesegaran kopi tersebut sambil menghayati tarian sekumpulan barby doll pink tersebut.Suasana ketika itu sungguh istimewa kerana aku bersama Lisa Surihani yang sememangnya teristimewa.
Sedang aku khayal menghayati tarian purbakala yang dipersembahkan oleh barby doll tersebut,Lisa memegang tangan seksi aku ini.Lisa menarik jari-jemari gebu aku ini dan mengajak aku ke satu tempat yang terpencil yang sunyi dan jauh daripada jerik pekik barby-barby doll tersebut.Sambil itu,matanya tepat merenung mataku.Dan ketika itu,aku benar-benar menjadi takut.Aku tiba-tiba menjadi trauma.Aku bimbang jika aku diapa-apakan oleh Lisa.
Lisa terus menarik aku.Dan setelah tiba di satu tasik yang sangat indah,
dia menyuruh aku berhenti.Dan secara tiba-tiba,die menjeling aku dengan satu jelingan yang terlalu seksi dan menggoda.Terlalu indah jelingan itu hinggakan aku secara tiba-tiba menggelek-gelek dan menghayun-hayunkan halkum aku ke kiri dan ke kanan..ke atas dan ke bawah.Aku secara tiba-tiba hilang akal,tumpuan dan juga pedoman.Aku cuba membaca sifir 1 dan juga sifir 2,namun jelingan itu tetap merajai hati dan sanubari ini.Sejam aku cuba menghafal lagu tepuk amai-amai,namun segala itu tidak berhasil kerana jelingan itu telah mengaburi mata hati aku.Disebabkan tidak mampu lagi menolak godaan itu,aku terus bertanya kepada Lisa.
"Lisa,kenapa kau buat aku macam ni?Kenapa kau seksa aku?",tanyaku lembut kepada Lisa Surihani.
"Kerana aku hendak melihat kau basah",rintih Lisa Surihani sambil tersenyum manja.
Belum sempat aku berkata apa-apa,Lisa terus mensepak dan mentolak aku ke dalam tasik tersebut.Aku terkejut dan terus menjerit.Aku meracau-racau,memekik-mekik dan berjoget-joget di dalam tasik tersebut.
"Kau dah kenapa Lisa??!!",tengking aku.
"Lisa kepala hotak hang!!",mak aku menengking aku semula.
Aku terus melihat sekeliling,dan mendapati aku berada dalam kolah mandi rumah aku.Habis basah lencun aku ketika itu.
"Lagi sekali kau tido menjerit-jerit,aku lontar kau kat jamban jiran plak!!",tengking mak aku lagi sebelum sempat aku bertaubat.
*kalau Lisa Surihani dah kawin,lagi teruk agaknya keadaan aku ni.HAHAHAHAHA