Cerita Lawak : tragedi di stadium Shah Alam.

Selamat hari Jumaat para-para pembaca,para-para blogger,dan para-para sakura.Semoga hari penghulu segala hari ini akan memberi kebahgiaan dan keceriaan kepada anda semua.Esok dah cuti dah kan?Kejap je rasa.Pejam celik pejam celik dah hari jumaat.Pejam celik pejam celik kejap je dah makin tua.Pejam celik pejam celik terus tak celik-celik.

Esok plak dah hari Sabtu.Hari yang ditunggu-tunggu .Tau sebab apa?Sebab final Piala Malaysia 2011.Aku tak sabar nak tunggu esok malam.Nak tengok samada ramalan aku bahawa Negeri Sembilan akan menakluki Piala tu akan menjadi kenyataan atau tak.Walaupun Selangor tak ke final,tapi disebabkan minat aku kepada bola sepak,aku akan support jugak final tu.Semangat kesukanan.

Cerita pasal final Piala Malaysia,aku teringat satu kejadian suatu ketika dahulu.Masa dulu-dulu,aku ni kaki stadium.Stadium tu dah macam rumah ketiga aku lah.Rumah kedua masa tu karaoke jamban.Hahaha.Masa tu  Piala Malaysia edisi ke berapa aku dah tak ingat dah.Tiba hari yang dinanti,aku dengan ND,rakan sealam persekolahan aku bersemangat untuk bergerak ke stadium.Dengan semangat yang jitu dan berkobar-kobar,kami bertolak dengan penuh bersemangat waja sambil sesekali mengacau-ngacau pengguna jalan raya yang lain.

aku dan ND.Err,bukan aku yang katik,tapi dia sebenarnya yang terlebih panjang.(sambil berdoa agar penipuan sunat aku ini akan diampunkan)

Setelah tiba di Stadium Shah Alam,kami melihat sekumpulan manusia mula beratur di pintu masuk.Kami berdua terus berlari pecut sepenuh tenaga dan berhabis-habisan sehingga terpancut-pancut peluh jantan kami.Kadang-kala seluar ND terlondeh-londeh hingga ke paras lutut,manakala halkum aku terkeluar-terkeluar daripada mulut.Namun demi mendapat barisan paling hadapan,kami abaikan segala itu dan menganggap itu adalah perkara biasa bagi seorang lelaki yang kacak seperti kami.Tidak cukup dengan itu,kami berebut pula dengan sekumpulan manusia yang sedang berbaris itu.Bermacam-macam aksi kami lakukan untuk menghalau mereka dari situ.Nd kadang-kala berpura-pura sebagai seorang pengemis tua yang sedang nazak manakala aku pula menyamar sebagai seekor hamster untuk mengaburi mata mereka semua.
Dan tak disangka misi kami itu berjaya.

Setelah dua jam berdiri dan beratur,akhirnya pintu masuk telah dibuka.Aku dengan bangganya sambil mengangkat-ngangkat kening, menyerahkan tiket kepada penjaga pintu itu.Namun,segala-galanya menjadi kejutan buat aku dan ND.

"Ni tiket perlawanan akhir bola sepak sekolah-sekolah rendah daerah Shah Alam bawah 9 tahun ni!Korang nak kencing aku ye?!!Dah!!Get lost from here!!",tengking penjaga pintu tersebut sambil menunjal-nunjal kepala aku dengan tiket tersebut.

Aku memandang ND dengan penuh rasa geram dan sakit hati.Dan tanpa rasa berdosa,aku membedil-bedil jari kaki beliau menggunakan gigi aku.

"Weh!!Aku tak bersalah.Aku pun tak tau adik aku bagi tiket tu!Aku ingatkan tiket final Piala Malaysia!!",terang ND sambil memancut-mancutkan air mata duyung.

Dan kami akhirnya memutuskan untuk berkelah di depan UITM Shah Alam sambil menangis-nangis meratapi nasib.


*Semoga kita akan dihidangkan dengan aksi first class dalam final Piala Malaysia 2011 esok.

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 28 October, 2011
@bloghok
adoi..ko lempang bulu kaki aku bro??
AnonymousAnonymous 29 October, 2011
haha sengal :P

tiket bola tak laku huhu :P

wjb baca tau

http://blogsigadis92.blogspot.com/2011/10/wajib-baca-tips-dan-nasihat-untuk.html
Unknown Unknown 31 October, 2011
@sis92
dag sengalkan orang,tak bersalah je promote blog die ek??hahahaha