gambar sekadar hiasan duniawi. sumber gambar --> miarismawati.blogspot.com |
Entri kali ini aku nak cerita tentang 'shuffle'. Korang mesti tahu apa tu 'shuffle'. Tarian yang sangat digemari oleh golongan-golongan belia masa kini. Dan aku pun salah seorang daripada belia yang pernah melakukan tarian sedemikian rupa di khalayak ramai.
Kisah terjadi beberapa bulan lepas. Semasa aku sedang melintasi satu restoran yang berada di bawah pejabat aku(pejabat bos haku). Masa tu 'lunch hour'. Jadi aku memang akan melintasi depan restoran tersebut yang sememangnya dipenuhi oleh insan-insan kelaparan untuk ke restoran pilihan aku yang jauh lebih murah dan berpatutan. Cuaca ketika itu hujan renyai.
Sedang aku melangkah dengan penuh bergaya dan bersemangat, secara tiba-tiba aku melakukan tarian 'shuffle' di tengah-tengah perkarangan tersebut. Dengan berlatar belakang kan cuaca hujan renyai-renyai, aksi aku menarik perhatian seluruh isi restoran tersebut dan berjaya memukau meraka. Masing-masing menonton aku dengan penuh teruja. Aku pula semakin galak me'nyafel'kan diri aku. Hampir 10 minit aku me'nyafel'kan diri, aku terus mengakhiri aksi aku dengan satu gaya yang sangat-sangat 'macho' di mata gadis-gadis yang memandang. Dengan diiringi tepukan gemuruh daripada para penonton, aku terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa menoleh sedikit pun.
"Kau dah kenapa 'shuffle' tengah-tengah jalan?", tanya rakan pejabat aku.
"Aku bukan 'shuffle' lah tu!!! Selipar aku licin!!! Aku nak terjatuh sebenarnya tadi tu!!", marah aku kepada beliau sambil terus berjalan membelah kelicinan jalan.
moral of the story : rajin-rajinlah tukar kasut lepas masuk jamban kerana selipar tidak menjamin keselamatan kepada anda terutama apabila jalan licin.Lebih-lebih lagi selipar yang dah haus tapaknya.