Selamat hari Khamis semua.Alahai.Terasa kejap sangat masa berlalu.Rasanya macam baru semalam hari Isnin.Tau-tau dah hari Khamis.Esok dah Jumaat.Tau-tau dah tahun 2012.Hahahaha.Semakin tua aku rupanya.Walaupun paras rupa aku menunjukkan umur 'sweet 17',tapi hakikatnya aku dah 26 tahun.Hakhakhakhakhak.
Sementara ada masa yang agak terluang ni lebih baik aku meng'update'kan blog aku daripada aku membuang masa dengan mengacau-ngacau 'officemate' yang lain.
Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman aku berhadapan dengan satu situasi yang sangat-sangat penuh debaran dan sangat mengerikan.Amaran keras untuk sesiapa yang mempunyai penyakit jantung,darah tinggi,strok,sawan babi melampau-lampau,dan juga sistem peranakan jatuh.Anda yang mempunyai penyakit-penyakit ini dilarang keras untuk meneruskan pembacaan anda.
Kisah bermula pada satu petang yang damai di satu restoran.Menjadi kebiasaan aku akan melepak bersama 'member2' Selayang jika ada masa terluang.Macam-macam cerita yang akan kitorang cerita dan bergelak bersama-sama.Tapi entah bagaimana hari itu menjadi hari yang cukup mengerikan.Sedang rancak berbual,tiba-tiba aku terbersin dengan cukup kuat.Kelantangan bunyi bersin aku sangat cukup kuat sehingga dapat didengari oleh penduduk taman yang bersebelah taman kami.Lantaran daripada bersin itu,aku menyedari ia disusuli sekali bersama cecair likat menganyal berwarna putih kekuningan yang terpancut keluar daripada lobang hidung aku yang segak ini.Dan yang mengerikan ialah objek tersebut tepat masuk ke dalam gelas Gjal,salah seorang 'member' aku.Belum sempat aku membuat apa-apa tindakan susulan aku melihat Gjal dengan rakusnya menghabiskan air beliau.Dan secara tiba-tiba aku melihat wajahnya berubah secara mendadak.
"Pergh!!!Sedap betul air hari ni.Tak pernah aku rasa air sesedap ni!!",teriak Gjal menggelupur kesedapan sambil memesan segelas lagi air,
Aku hanya mampu tercengang.Tidak tau apa yang perlu aku lakukan.Jadi aku membuat keputusan untuk terus mendiamkan diri sahaja sambil terus menanggung rasa bersalah sehingga sekarang.Hakhakhak.
moral of the story : awasi lah air anda ketika anda lepak bersama kawan-kawan.Kita kadang kala alpa akan kehadiran objek-objek dasyat yang akan menghuni gelas air kita.Hehehe.