Pergi menyetan di Mines Wellness Hotel

Sejuk gila babeng.Itulah yang mampu aku ungkapkan keadaan aku sekarang ni.Terasa macam nak berjemur dalam unggun api je.Aku baru je balik daripada menghantar satu dokumen ke The Mines bersama dengan dua orang rakan sepejabatku Bro Mail dan juga Bro Kiki.Tadi keadaan hujan tersangatlah lebat sampaikan aku tak nampak jalan.Nasib baik hari ni aku menDespatchkan diri menaiki kereta bos aku.Kalau tak,memang lenjun la aku.Kalau dah lenjun tu,memang akan kelihatan lah baju dalam aku ni dan terus menjadi bahan tontonan gadis-gadis bermata keranjang.Tercemar kesucian aku nanti.Hakhakhakhak.

Tapi,sejuk-sejuk macam ni pun,aku akan tetap mengupdate blog miskin aku ni.Orang cakap,kalau nak menghabiskan sesuatu pekerjaan,kita mesti buat sesuatu yang akan meninggalkan kepuasan pada diri kita.Jadi,inilah kepuasan aku.Kepuasan aku tatkala aku dapat menaip dan menaip menggunakan jari-jemari genius aku ni.Tahap kepuasan ni sama dengan kepuasan baru lepas berak batu.Bila taik tu dah lepas daripada satu halangan ketat yang sempit,terasa nikmat satu badan.Menggejelat dan menggelupur keriangan seluruh tubuh badan aku ni.Hakhakhakhak.Ini pun sebenarnya salah satu daripada nikmat dunia.



Tadi buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke  Mines Wellness Hotel .Agak menarik juga lah.Tapi yang tak berapa menarik tu,sebab aku menghantar dokumen kepada seorang pak kaduk(lelaki).Hahaha.Terasa macam tak bermakna je perjalanan jauh tu.Kalau yang menerima dokumen tu seorang gadis semasa,mungkin aku tak merasa letih macam ni.Tapi ada juga hikmahnya.Kalau aku jumpa seorang gadis semasa,mungkin kegedikan aku melebihi kegedikan seekor pacat yang tergedik-gedik minta penampar.Hahaha.

Jadi,apa-apa pun,aku nak nasihat kat para-para blogger dan para-para pembaca semua.Sentiasa peka dan berhati-hati apabila memandu di waktu hujan lebat.Kerana jalan sangat licin dan juga tahap penglihatan kita seperti tahap penglihatan ayam rabun malam yang sedang melarikan diri daripada penyembelih-penyembelih berlesen.


0 comment... add one now